Jumaat, 11 April 2014

Antara Mencari Cendawan dan Menanamnya

Saya kira saya antara yang bernasib baik kerana ayah tidak merokok, minat berkebun dan suka memburu.  Apa yang saya maksudkan   "memburu" di sini bukannya keluar menembak, tetapi mencari cendawan liar.  Aktiviti biasanya di hujung minggu selepas hujan.  Saya sudah pasti mengikutnya dan belajar sedikit sedikit tentang cara memilih cendawan yang selamat dimakan.

Ayah sememangnya cerewet memilih cendawan sebab mak tiak akan memasak cendawan yang waswas.  Ada antara petua yang ayah beri betul, tapi berbahaya.  Contohnya, ayah kata, kalau cendawan warna putih biasanya selamat dimakan.  Ada juga jenisnya yang bahaya.  Tapi ayah tak tunjukkan jenis yang berbahaya.  Cuma memberi penjelasan secara lisan.  Cendawan warna merah jangan makan. Pesannya lagi.  Sambil berjalan saya menyepak cendawan bola (puffballs), padahal itu cendawan yang paling enak dimakan.  Cuma bila telah membentuk spora, ia beracun.

Ketika mennjntut ijazah pertama, bidang yang saya pilih ialah biology (sains hayat).  Sudah pasti satu daripada kursus yang saya ambil ialah mycology iaitu sains tentang kajian cendawan dan kulat.  Dari situ saya belajar perkara asas tentang cendawan, racun (mycotoxins) yang dihasilkan dan pelbagai perkara lagi yang berkait dengan cendawan.  Sudah tentu, kursus diambil di waktu musim panas, dan selepas peperiksan akhir, penyarah jamu kami dengan hidangan cendawan liar yang kami kutip di wasan "meadow."

Bila tinggal di Kuala Terengganu, saya gemar ke Pasar Payang di sebelah petang.  Ini kerana di sebelah petang orang ulu akan bawa cendawan hutan.  Waktu itu baru saya tahu ada cendawan yang berwarna merah yang boleh dimakan dan enak rasanya.

Bila tinggal di lembah kelang, saya ada mengenali beberapa orang dari etnik India yang juga gemar mengutip cendawan liar.  Dari sini saya dapat tahu di kawasan lembah Kelang ada cendawan putih yang amat beracun.  Saya ada mengutipnya di sekitar Bangi.  Racun yang dihasilkannya tidak pecah walaupun dimasak dan cendawan ini mampu mebunuh dengan menyerah saraf dalam masa yang singkat.

Cendawan tidak membuat makanan. Ia hidup dengan menyerap nutrien daripada pokok yang mati.  Oleh itu walaupun jenis cendawan yang lazimnya selamat dimakan, mungkin tidak selamat dimakan di kawasan tertentu.  Misalnya cendawan yang memakan tumbuhan atau pohon yang telah disembur dengan racun. Jadi, apa yang akan berlaku jika cendawan yang telah terkena racun ini dijual di pasar?  Jadi bahaya juga jika membeli cendawan liar di pasar jika sipengutip alpa.

Kebiasaannya, bila menemui cendawan dalam kuantiti yang banyak, saya akan mencari tanda ia telah dimakan haiwan lain.  Saya pernah menemui cendawan yang tumbuh dengan kuantiti yang amat banyak di batang sawit yang telah ditebang.  Saya hanya mengutipnya bila ada kesan sebahagian daripada cendawan telah imakan oleh pak belang.  Hari itu dapat kutip 3 guni cendawan, itu pun jumlahnya tak terjejas.

Di sekitar Semenyih, ada kalanya cendawan liar dijual di gerai di tepi jalan.  Cendawan putih yang tumbuh di atas tanah, yang dikenali sebagai cendawan busut.  Pada asasnya cendawan ini selamat dimakan.  Jika cendawan dah matang dan menghasilkan spora, ia mula menghasilkan toksin yang mampu membuatkan sipemakan sakit perut.

Cara yang paling selamat untuk makan cendawan ialah beli di pasar dan pasaraya.  Tapi cendawan yang kurang segar tidak seenak cendawan yang segar.  Bagi saya jika ingin makan cendawan yang paling enak ialah keluar cari cendawan. Tapi perlu belajar secara terus, dan jangan setakat membaca maklumat kerana jika tersalah maklumat, ia boleh membawa maut.  Berbaloi tak?  Tak berbaloi langsung.

Jadi apa opsyen lain?  Yang kedua paling enak dan selamat ialah tanamsendiri cendawan.  Jika kena caranya puas makan. Dan cara ini paling selamat kerana anda tidak bergantung pada orang lain.



 
\Cendawan tiram yang ditanam pemilik blog.

3 ulasan:

  1. Aslm tuan Iskandar, sy ada beli bberapa bongkah cendawan dan letak bongkah tersebut di rak buku saya. Disebabkan kurang sihat saya lambat menuai cendawan2 tiram tersebut, pagi ini saya lihat cendawan tersebut telah mengeluarkan spora yg banyak, adakah cendawan tersebut telah menjadi toxic?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanyacendawan yang dijual secara komersial selamat dimakan walaupun telah terlebih matang.

      Padam