Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 29 April 2014

Gambar oleh Rakan Tanamsendiri -- Seha

Hari ini kita dapat menatap gambar yang dikirim oleh Seha.  Tanaman ditanam di ruang rumah yang sempt.  Saya perhatikan pokok menjadi dan tumbuh dengan subur.  Memang cantik pokok ni.  Untuk kurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh kulat, perlu kerat daun tua di bahagian bawah untuk pastikan aliran udara tidak terganggu.  Terima kasih Seha kerana sudi berkongsi gambar.
Pokok bendi berbuah lebat.  Gambar milik Seha.
Terung bula 933 sedang berbuah.  Gambar milik Seha.
Terung bulat dengan kulit yang cantik berkilau.  Gambar milik Seha.
Cili merah yang tumbuh subur.  Cili yang dihasilkan merah menyala bila ranum.  Gambar milik Seha.

Menyiram, Bahagian 31 daripada 40, Dipetik daripada ebook "Menyiram"

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENYIRAM

TINGKATKAN INFILTRASI
Pecahkan kerak pada permukaan tanah sebelum menyiram kerana ia menghalang infiltrasi air ke dalam tanah.  Jika tanah tidak serap air dengan mudah, anda boleh tambah keupayaan tanah untuk menyerap air dengan menggali lubang yang cetek pada menggunakan garfu tanah, atau kayu tugal.  Ini jika anda siram menggunakan penyiram.  Jika gunakan wayar titis, buat alur di sepanjang wayar penitis menggunakan penggerat.

JUMLAH AIR YANG PERLU DISIRAM
Jumlah air yang perlu disiram bergantung pada beberapa factor iaitu iklim, cuaca, jenis tanaman, jenis tanah, dan jumlah tanaman dalam sesuatu unit ruang.  Ada yang syorkan 1 inci (2.5 cm) air setiap minggu ketika musim kemarau dan ½ inci (1.25cm) air seminggu di musim yang ada hujan.  Tidak perlu siram di musim tengkujuh.  Bagaimanapun ia bergantung kepada lokasi, suhu dan kelembapan.

Jadi, secara kasar anda perlu siram kira-kira 1 litre air bagi setiap 1 kaki persegi. Air tersebut akan masuk ke dalam tanah antara 15 hingga 30 cm.  Untuk ketahui samada anda siram kurang atau lebih air, perhatikan keadaan tanah dan keadaan pokok.

Jika anda menanam secara intensif (tanaman padat) lebih banyak air kerana tanaman hasilkan lebih banyak tuaian secara keseluruhan dalam masa yang singkat.  Mujurlah tanah mampu menyimpan air yang lebih banyak jika tanaman padat kerana kurang air hilang melalui sejatan dan tanah mempunyai lebih banyak bahan organic yang mampu menyimpan lebih banyak air.

Sukat jumlah hujan menggunakan penyukat hujan (bekas silinder dan pembaris) untuk memahami taburan hujan di kawasan rumah anda.  Ia dapat membantu anda membuat keputusan sama ada tanaman perlu disiram pada waktu tertentu.

Tanah mempunyai keupayaan untuk menyimpan air secara terhad. Jadi anda perlu ambil beberapa langkah supaya ia menyimpan air hingga ke kapasiti medan iaitu keupayaan tanah menyimpan air.  Jika tanah kering ia perlukan air yang banyak.  Jangan siram lebih daripada keupayaan tanah menyimpan air kerana air tersebut akan membazir.  Lagipun, terlebih air akan merosakkan struktur tanah.

TERLEBIH SIRAM
Ini akan menyebabkan akar tanaman tidak pergi jauh membuatkan pokok lebih sensitif terhadap perubahan kandungan air. Jika air kurang pokok akan cepat stree kerana tidak dapat menyerap air secukupnya.  Ia juga menyebabkan pokok kekurangan nutrient kerana akar tidak merayap jauh, jadi keupayaan untuk mencari dan menyerap nutrient juga kurang. 

Lagi pun terlebih siram adalah amalan yang membazir.  Jika gunakan air paip, harga air amat tinggi dan ini akan meningkat bil air setiap bulan.

SIRAMAN YANG TAK SEKATA

Siraman air yang terlalu banyak selepas tanah terlalu kering secara berterusan boleh menyebabkan tuaian rosak, misalnya buah tomato akan pecah kulit, daun salad, kobis, dan akan merekah.    

Isnin, 28 April 2014

Soalan Pengunjung -- Buah Tomato Reput Di Pangkal

Salam En Iskandar,
Pokok tomato saya telah berbuah dengan lebat.  Malangnya buah buruk di bahagian pangkal.  Adakah ini angkara serangga perosak?  Saya belah buah, tiada ulat di dalamnya.


Buah tomato yang rosak di pangkal.  Gambar milik Norsita Tugimin. Terima kasih Norsita kerana sudi berkongsi gambar.

------------------------------------------
Waalaikum salam,
Bila dikerat tiada ulat di dalamnya, ini tanda buah tidak diserang ulat.  Sebenarnya buah rosak kerana penyakit reput pangkal buah atau dalam bahasa inggeris, blossom end rot.  Ini lazimnya berlaku apabila pokok mengalami stress kekurangan air ketika putik buah sedang membentuk.  Ia juga tanda salur dalam pokok lemah kerana kekurangan kalsium.

Kutip buang buah yang rosak, dan tambah baja yang mengandungi kalsium.  Boleh juga ditabur serbuk kapur atau cangkerang/kerang/tulang yang telah dilumatkan.  Apabila pokok berbunga pastikan tanah tidak kering terutamanya di waktu tengahari.
 

Menyiram, Bahagian 30 Daripada 40, Dipetik daripada ebook "Menyiram"

WAKTU MENYIRAM
Ada banyak pendapat tentang waktu yag sesuai untuk menyiram.  Ramai antara pekebun yang berpendapat bahawa waktu pagi adalah waktu terbaik untuk menyiram.  Ini kerana tanah menjadi lembap di waktu pagi sebelum matahari naik dan memanaskan tanah tersebut.  Jadi, apabila tanaman memerlukan air, air telah tersedia untuk diserap oleh tanaman.  Ini mungkin sesuai jika laman kebun di rumah anda berpasir.  Ada juga pekebun yang syorkan menyiram di waktu pagi dan melarang menyiram di waktu malam kerana katanya jika menyiram di waktu malam akan menyebabkan kehadiran makhluk perosak dan penyakit kerana tanah lembap sepanjang malam.  Jadi, jika kebun di laman rumah anda menghadapi masalah penyakit, elok menyiram di waktu pagi.

Menyiram di waktu pagi juga sesuai jika anda tinggal di kawasan yang sejuk.  Sebab itulah jika buka buku berkebun kebiasaannya disyorkan menyiram sebelah pagi kerana penulis buku berkenaan merujuk kepada kawasan iklim yang sejuk, terutamanya buku impot.  Siram di waktu pagi elok di kawasan sejuk kerana cahaya pagi akan memanaskan tanah dengan cepat.

Ada pekebun pula gemar menyiram di sebelah petang, iaitu selepas tanah berada pada suhu yang paling tinggi, tetapi tidak terlewat untuk tanah menjadi tidak terlalu lembap di waktu malam.  Oleh kerana ketika ini tanah masih panas (suam), suhu air juga akan meningkat dengan lebih cepat.  Lagipun air akan mempunyai masa yang cuku untuk meresap masuk ke tanah di waktu malam, jadi kurang air akan hilang melalui sejatan berbanding jika disiram di waktu pagi.  Oleh sebab itu, siram di sebelah petang lebih sesuai dilakukan ketika musim kemarau.

Ia juga bermanfaat kerana walaupun di waktu malam, tumbuhan masih perlukan air.  Air diperlukan oleh tumbuhan bukan hanya untuk proses fotosintesis.

Kebanyakan pekebun tidak menyiram di waktu tengahari kerana air yang disiram akan sejat sebelum dapat diserap oleh tanaman.  Ini mungkin benar jika anda menyiram dengan menyembur air di permukaan tanah.  Lagipun ramai yang percaya titisan air yang terkena daun akan menyebabkan daun melecur.  Bagaimanapun jika anda sira secara titis atau  air yang hilang melalui sejatan dapat dikurangkan.


Kebiasaannya elakkan menyiram di waktu tengahari.  Jika siram waktu tengahari pastikan siram dengan jumlah air yang banyak sehingga tanah benar-benar basah iaitu sehingga lejuh.     

Bersambung esoh, Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum menyiram

Ahad, 27 April 2014

Jaga Tanah

Untuk rakan-rakan yang menanam menggunakan baja organik, seeloknya jaga tanah.  Pastikan tanah hidup.  Maksud saya, jaga struktur tanah supaya komuniti (pelbagai hidupan) yang bermanfaat dapat hidup dan membiak.  pH yang sesuai untuk hidupan adalah sekitara 5.5 hingga 7.5.

Nilai neutral ialah pH 7.0..  Kalau dapat kekalkan pH pada nilai tersebut kira perfectlah.  Jika pH terlalu rendah atau terlalu tinggi rakan-rakan perlu ubahsuai tanah.

Satu daripada cara untuk sukat pH tanah ialah dengan menggunakan meter penyukat.  Tanah dalam pasu tanaman terung adalah pada tahap neutral iaitu 7.0.  Tanah dalam bekas tomato juga berada dalam jula neutral, iaitu pH 6.0.

Menyiram -- Bahagian 29 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

MEMERIKSA KELEMBAPAN TANAH
Periksa aras kelembapan tanah dengan mengorek tanah kira-kira 10 cm (4 inci) Ambil tanah yang dikorek dan letak atas tapak tangan.  Jika tanah kering bila dikepal ia tidak menggumpal membentuk bola.  Ingat baawa tanah liat lebih mudah membentuk bola berbanding tanah berpasir.  Anda perlu siram.  Ketak semula tanah tersebut ke dalam lubang yang anda telah korek.

Bersambung esok, "Waktu Menyiram"

Sabtu, 26 April 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Bayam


Koleksi 15 pek benih bayam yang mudah disemai dan dijaga yang terdiri daripada 5 jenis benih bayam yang istimewa. Anda akan dapat menikmati bayam tanamsendiri dalam masa 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Set ini  boleh ditanam dalam bekas tanpa perlukan kawasan bertanah yang luas. Kini anda boleh menanam sayur bayam  di rumah walaupun tinggal di tingkat atas pangsapuri.



Set ini mengandungi: 

1. Bayam Merah Autumn (3 pek)
2. Bayam Merah red field (3 pek)
3. Bayam Putih Daun Bulat (3 pek)
4. Bayam Hijau Daun Tajam (3 pek)
5. Bayam Malabar (3 pek)

Cara Menanam
Cara menanam bayam ada disertakan dalam set ini.

Setiap Set Bayam dijual dengan hanya RM30.
Pesanan dikirim melalui poslaju.  Poslaju percuma.
Jumlah pek terhad.  Jangan ketinggalan.

Cara Memesan Set Bayam:
1.  Tentukan jumlah set serta harganya.  Jika anda ingin beli 1 set sahaja, harganya ialah RM30.
2.  Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

4.  Kemudian emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 dan nyatakan
a)  maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Bayam"  serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.

5.  Pastikan anda menerima respons daripada kami.  Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

6. Pihak kami akan berikan nombor treking poslaju untuk rujukan.

7.  Kiriman dibuat dalam masa 1 minggu.


Benih Untuk Dijual -- Bayam Merah Red Field

Bayam Merah Red Field adalah bayam yang berwarna merah maroon.  Seluruh pokok berwarna sedemikian.  Bayam boleh dimasak seperti biasa dan jika direbus ia menghasilkan cecair berwarna merah.  Di Amerika Syarikat, bunga bayam ini digunakan sebagai pewarna makanan,  sama seperti kita gunakan bunga telang.





Setiap pek mengandungi 100+ biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Cara Memesan Benih

Jumaat, 25 April 2014

Menyiram, Bahagian 28 Daripada 40, Dipetik daripada Ebook "Menyiram"

TANDA TEKANAN AKIBAT KEKURANGAN AIR
Anda akan pelajari bagaimana mengenali tanaman yang tertekan akibat kekurang air dengan hanya memerhati rupa tanaman tersebut.  Tekanan kekurangan air yang teruk amat jelas sebab tumbuhan layu, tetapi tumbuhan yang baru mengalamai tekanan kekurangan air menunjukkan tanda yang kurang jelas lama sebelum tumbuhan tersebut hentikan semmua aktiviti.

Apabila air sukar diperolehi, tumbuhan mula kehilangan kilau atau kesegahan pada permukaan daun.  Ia kelihatan kurang "ceria".  Apabila tekanan bertambah, ia mula nampak "jatuh" tak tidak lagi tegak seperti biasa.  Bahagian sisi daun mula kelihatan  berkedut dan tidak lagi rata.  Apabila semakin teruk, tunas utama layu dan tidak lagi menuding ke langit.  Jika lama mengalami tekanan kekurang air, tumbuhan akan mula mengjadi kering dan rapuh.

Layu bukan tanda tanah kering.  Misalnya, di waktu tengahari (panas terik) tumbuhan sengaja layu untuk kurangkan kadar kehilangan air.  Ia akan kembali segah apabila cuaca tidak lagi panas selepas tengahari.

Ada tumbuhan lebih cepat layu berbanding tumbuhan yang lain.  Misalnya, tumbuhan yang mempunyai daun yang nipis seperti pokok timun cepat layu daunnya berbanding tumbuhan dengan daun yang tebal, misalnya kailan.

Periksa tumbuhan untuk tentukan ia mengalamai tekanan kekurangan air di waktu awal pagi atau di waktu malam.  Jika tanaman layu ketika ini, itu tanda ia mengalami tekanan kekurangan air yang teruk dan tidak mendapat air yang cukup.  Jika anda siram air yang cukup tetapi pokok tetap layu, itu tanda pokok telah dijangkiti penyakit atau akar telah rosak.  Misalnya jika anda alih pasu, akar yang merayap keluar daripada pasu telah putus.  Pokok tetap layu walaupun tanah dalam pasu tersebut lembap.

Khamis, 24 April 2014

Menyiram, Bahagian 27 Daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN BEBAWANG:  Tanaman bebawang perlukan air yang paling banyak ketika masih muda dan kurang air apabila matang dan tidak perlukan air langsung sebelum menuai iaitu ketika bawang kerng.

KAEDAH MENYIRAM
PEMERHATIAN TANAH DAN TANAMAN
Cara menyiram atau pengairan yang elok ialah dengan memastikan tanaman mendapat air secukupnya mengikut keperluan, pada masa yang tepat dan tidak lebih dari itu.  Jika tanaman yang telah mendapat air yang secukupnya disiram, ia tidak mendatangkan faedah dan penggunaan air pada waktu tersebut adalah suatu pembaziran dan tidak efisien.

Sebaliknya, jika anda tidak menyiram sehingga tanaman layu, pertumbuhan tanaman tersebut terbantut atau pokok mungkin mengeluarkan bunga patu waktu yang tidak sepatutnya, dan penggunaan air juga tidak efisien.

Cara pengairan yang ideal ialah siram apabila air yang boleh diserap oleh tanaman berkurang, tetapi sebelum tanaman terpaksa berkerja lebih kuat untuk menyerap air tersebut mengikut keperluan tanaman tersebut.  Maksudnya, jika tanaman tidak mendapat air secukupnya ia akan mula layu.  Lazimnya apabila separuh daripada air yang boleh dicapai telah hilang daripada tanah,  tanah perlu disiram.  Jadi, untuk tentukan waktu yang perlu disiram perhatikan tanah dan tanaman dengan teliti.  Jangan tunggu sehingga tanaman layu.

Tawaran Set Bendi

Bendi adalah tanaman yang mudah ditanam di rumah.  Ia sesuai dengan iklim di negara kita, mudah tumbuh dan mudah dijaga.  Pokok bendi boleh dijadikan tanaman hiasan.  Buahnya pula enak dimakan.  Ada juga yang memasak daun bendi menggunakan resepi masakan daun lobak putih.

Bendi mudah dijaga.


Set Bendi adalah terdiri daripada 15 pek kecil (mengandungi 5 benih) pelbagai jenis bendi termasuk:
1. Bendi kampung (pendebungaan terbuka) (3 pek).
2. Bendi hijau berbuah lebat (3 pek).
3. Bendi singa (buah putih panjang dan lambat liat) (3 pek)
4. Bendi putih laut selatan (buah putih, lembut dan permukaan licin) (3 pek)
5. Bendi jackpot (buah lebat dengan pertumbuhan yang galak) (3 pek)

Harga satu set, RM30. Harga termasuk poslaju dan panduan menanam.  Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0183601610.

Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

4. Kemudian emel [email protected].com/[email protected] atau sms/WhatsApp 0183601610 dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) jenis benih serta bilangan pek, dalam pesanan ini, Set Bendi
c) nama, alamat, dan no hp penerima benih.

5. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0183601610 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Ruang Sempit Tapi Nak Tanam Di Rumah Sebagai Mata Pencarian

Salam En Iskandar,
Sebagaimana yang tuan sedia maklum, perbelanjaan untuk isi rumah kini amat besar dan ini menekan kami sekeluarga.  Adakah mungkin dengan menanam sendiri di rumah dapat membantu saya menambah pendapatan?  Untuk makluman tuan saya tinggal di kawasan rumah flat.  Di ruang depan bangunan ada ruang kosong dan kami telah tebas sedikit ruang kira-kira 20 kaki X 5 kaki.
----------------------------------
Waalaikum salam Puan,
Ya, ia tak mustahil.  Oleh kerana puan ingin hasilkan pendapatan dan modal agak "tight", elok dibuat perancangan yang lebih supaya impian tersebut tercapai.  Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu.

1.  Jika Puan ada kerja lain, berapa lamakah masa boleh ditumpukan untuk aktiviti berkebun?
2.  Oleh kerana ruang yang diambil berada di kawasan awam, bagaimanakah Puan ingin melindunginya?
3.  Adakah Puan tinggal di tingkat atas, bagaimanakah caranya untuk memastikan pokok menerima air yang secukupnya?
4.  Niatnya tuaian untuk makan keluarga dan untuk membuat duit.  Pokok apakah yang sesuai ditanam?
5. Dimanakah atau bagaimanakah tuaian akan dijual?

InsyaAllah kita akan bincangkan topik ini bila saya ada masa terluang.
Bendi adalah antara tanaman yang mudah ditanam dan tidak cerewet.  Buahnya lebat dan menghasilkan buah yang berterusan.  Mungkin tanaman ini menjadi pilihan yang sesuai.


Gambar Hari Ini -- Cendawan

Cendawan mutiara putih dan cendawan tiram (gambar kecil) yang sedia untuk dituai.
Sambil sambil seronok menanam sayur, saya cuba juga tanam cendawan.  Tak banyak, cukup untuk makan keluarga serta kongsi dengan rakan-rakan.  Cara tanam cendawan berbeza sedikit dengan menanam sayur kerana cendawan tidak membuat makanan sendiri.  Oleh sebab cendawan tak perlu buat makanan sendiri, ia tak perlukan cahaya sebagaimana sayur yang lain.

Sebenarnya, tuai apa-apa pun memang seronok, apa lagi tuaian segar seperti cendawan ni.  Memang puas hati.  Ada rakan yang tanya kalau-kalau saya ada jual bongkah cendawan.  Saya tak jual.  Bongkah yang saya dapat ni saya beli daripada Puan Sarah Mohd Noor.  Kalau rakan-rakan nak cuba boleh pesan dari Puan Sarah melalui SMS atau WhatsApp.  No Puan Sarah 0133712660.

Saya sendiri masih dalam peringkat belajar tanam cendawan menggunakan media alternatif, iaitu media yang mudah diperolehi.  Sekarang dalam peringkat menghasilkan dan menyimpan spora dan spawn untuk tujuan tersebut. Kalau menjadi, saya akan jual ebook panduan serta spawn dan spora untuk tujuan tersebut.

Rabu, 23 April 2014

Soalan Rakan -- Tentang Bunga Timun

Saya tanam timun, tapi keluar semua bunga jantan... sebab apa?

-----------------------------
Ini memang perkara biasa. batch pertama adalah seperti pemanggil serangga pendebunga. Ia seperti mempelawa serangga supaya datang. Batch yang berikutnya baru ada bunga betina. Lazimnya, bagi setiap bunga betina, ada 10 bunga jantan.

Benih Untuk dijual -- Jagung Manis Baka Taiwan

Jagung manis hibrida baka Taiwan ini menghasilkan buah yang besar, padat, dan lemak manis.  Isinya berwarna kuning/oren.  Buah dapat dituai selepas 60 hingga 80 hari selepas disemai.  Jangan lepaskan peluang.  Bilangan benih adalah terhad.

1 pek mengandungi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.
Cara Memesan Benih

Jagung Manis Taiwan


Selasa, 22 April 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Sayur Dalam Pasu

Tanaman sayuran dalam bekas. Gambar milik Famyzza Mohd Yusof

Hari ini kita bertuah kerana dapat menatap gambar yang dikirim oleh Famyzza.  Gambar menunjukkan beberapa jenis sayur yang di tanam di dalam pasu di sekeliling rumah.

Kata Famyzza, "Tak puas makan sebab tuaian sedikit."

Saya kagum dengan usaha rakan-rakan dalam aktiviti tanamsendiri di rumah walaupun sibuk dengan tugas harian.  Berkebun bukan sahaja aktiviti yang sihat malah dapat upah lagi dengan tuaian yang segar dan enak. Sebenarnya Famyzza, tuaian yang segar, banyak mana pun tak akan puas makan.  Saya tahulah sebab time makan, kalau ada tuaian tanamsendiri, 3 pinggan tak cukup.  :)  Mujur ada aktiviti gardening, kalau tidak dah bertambah berat badan.

Dari kajian sains, aktiviti gardening adalah aktiviti yang terbaik untuk jantung.
Terima kasih Famyzza kerana sudi berkongsi gambar.

Rakan-rakan yang kirim gambar untuk dikongsi, terima kasih dan harap bersabar.  InsyaAllah gambar tersebut akan dipamerkan.    

Ahad, 20 April 2014

Soalan Pengunjung -- Saiz Peria Katak Kecil

Salam Enn. Iskandar,
Nak tanya, kenapa peria yang saya tanam daunnya jadi kuning  sedangkan saya siram selalu?
Buah peria yang dihasilkan pula kecil sangat, lebih terbantut dari biasa dan pokok cepat kering.

Gambar milik Alya Alyana.

Gambar milik Alya Alyana.

Gambar milik Alya Alyana.
-----------------------------------------
Waalaikum salam,
Saya perhatikan gambar yang dikirim, pada pendapat saya, tiada masalah dengan daun pokok peria tersebut.  Ia menjadi kuning kerana daun tersebut telah tua dan akan luruh.

Bagaimanapun, jawapan saya tadi adalah berdasarkan gambar yang dipamerkan.  Jika masalah daun kuning berlaku juga pada daun muda, kemungkinan besar kurang baja.  Taburkan baja organik setiap 3 hari sehingga masalah berkurang.  Apabila cukup baja, insyaAllah saiz buah yang dihasilkan juga akan kembali kepada saiz yang sepatutnya.

Buah peria tersebut bersaiz kecil kerana pokok peria ini adalah daripada jenis peria katak.  Saiz buahnya memang kecil.  Saya suspek sememangnya baka buah kecil.  Saya mungkin salah.  Ia mungkin juga kecil kerana kekurangan baja.  Apabila dah tabur baja secukupnya, selepas daun pulih, buah yang dihasilkan juga akan lebih besar atau gemuk.  InsyaAllah.

Soalan ketiga ni, iaitu pokok cepat kering juga menjadi clue kepada masa masalah daun dan buah.  Jika air telah disiram secukupnya tetapi pokok tetap cepat kering, kemungkinan semua masalah ini berkait dengan tanah.  Maksud saya struktur tanah kurang elok menyebabkan ia tak mampu menyimpan air.  Tambahkan kondisyener tanah untuk membaiki struktur tanah.

Saya ada menjual kondisyener tanah. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Sabtu, 19 April 2014

Soalan Pengunjung -- Serang Perosak Putih Berdebu

Salam En. Iskandar,
Pokok cili saya diserang perosak yang mempunyai debu putih.  Bagaimanakah cara mengatasinya?


Gambar milik Tinie Dewi.

Gambar milik Tinie Dewi.
----------------------------------------
Waalaikum salam,
Debu putih yang melekat pada makhluk perosak tersebut ialah sejenis kulat yang hidup dengan menyerap nutrien daripada cecair yang dirembeskan oleh makhluk perosak tersebut.  Nutrien untuk mnghasilkan rembesan tersebut diperoleh daripada tumbuhan yang didudukinya.  Biasanya apabila perosak sebegini gidup di atas permukaan daun, pokok akan sakit dan mati secara perlahan.

Kerat daun yang terkena serangan dan bakar.  Jika tidak mahu bakar, boleh cuba sembur bahagian bawah daun yang terkena serangan dengan rumusan berikut.

http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Jumaat, 18 April 2014

Soalan Pengunjung -- Waktu Tuai Buah Roselle

Salam En. Iskandar,
Pokok roselle saya sedang berbuah dengan lebat.  Adakah ia sedia untuk dituai?

Pokok roselle yang sedang berbuah. Gambar milik Tinie Dewi.

------------------------------------------
Waalaikum salam,
Dari gambar yang ditunjukkan, sebahagian daripada buah sedia untuk dituai.  Kerat tangkai dan ambil bahagian kelopak buah (kaliks).  Buah lazimnya sedia untuk dituai ketika kaliks paling tebal, biasanya 2 minggu selepas kelopak bunga gugur.

Gambar Hari Ini -- Terung Snow Naga

Terung Snow Naga, putih panjang dengan permukaan kulit berkilau matte. Cantik. 
Terung ada pelbagai bentuk dan warna.  Terung snow naga yang saya tanam menghasilkan buah kira-kira 30 cm dengan kulit berwarna putih dengan permukaan matte.  Terung ini tak sama rasanya dengan terung purple.  Terung snow naga enak dibuat gulai.  Kurang sesuai untuk dibuat ulam.  

Soalan Pengunjung -- Daun Tomato Bergulung

Salam Encik Iskandar,
Pokok tomato saya telah menghasilkan buah.  Saya perhatikan akhir-akhir ini daun pokok tomato saya mula berbentuk melengkung ke arah atas.  Apa yang harus saya lakukan?

Daun pokok tomato bergulung.  Gambar milik Tinie Dewi.

---------------------------------------
Waalaikum salam.
Jika melengkung ke arah atas pada semua daun, kebiasaannya ia bukannya suatu masalah.  Ini berlaku kerana pokok tomato cuba jajarkan kadar serapan cahaya matahari untuk proses fotosintesis dan transpirasi.  Dengan bergulung ke arah atas, permukaan atas daun yang terdedah dapat dikurangkan sedikit.  Ini mungkin kerana terlalu banyak cahaya atau pokok terlalu banyak kehilangan air melalaui transpirasi.

Tidak perlu bimbang.  Yang kita bimbang, jika hanya sebahagian dain bergulung.  Ini tanda daun tersebut diserang penyakit.  Untuk kepastian, perhatikan permukaan daun di sebelah atas.  Jika terdapat serangga halus atau daun menggerutu, kerat daun yang rosak dan bakar.

Menyiram, Bahagian 26 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN BEBAWANG: Tanaman bebawang perlukan air yang paling banyak ketika masih muda dan kurang air apabila matang dan tidak perlukan air langsung sebelum menuai iaitu ketika bawang kering.

KAEDAH MENYIRAM
PEMERHATIAN TANAH DAN TANAMAN
Cara menyiram atau pengairan yang elok ialah dengan memastikan tanaman mendapat air secukupnya mengikut keperluan, pada masa yang tepat dan tidak lebih dari itu.  Jika tanaman yang telah mendapat air yang secukupnya disiram, ia tidak mendatangkan faedah dan penggunaan air pada waktu tersebut adalah suatu pembaziran dan tidak efisien. 

Sebaliknya, jika anda tidak menyiram sehingga tanaman layu, pertumbuhan tanaman tersebut terbantut atau pokok mungkin mengeluarkan bunga patu waktu yang tidak sepatutnya, dan penggunaan air juga tidak efisien.


Cara pengairan yang ideal ialah siram apabila air yang boleh diserap oleh tanaman berkurang, tetapi sebelum tanaman terpaksa berkerja lebih kuat untuk menyerap air tersebut mengikut keperluan tanaman tersebut.  Maksudnya, jika tanaman tidak mendapat air secukupnya ia akan mula layu.  Lazimnya apabila separuh daripada air yang boleh dicapai telah hilang daripada tanah,  tanah perlu disiram.  Jadi, untuk tentukan waktu yang perlu disiram perhatikan tanah dan tanaman dengan teliti.  Jangan tunggu sehingga tanaman layu.

Khamis, 17 April 2014

Benih Untuk Dijual -- Labu Manis Fajar

Labu Fajar adalah labu manis yang mempunyai bentuk seperti labu manis butternut.  Labu ini mempunyai isi yang padat dengan rasa lemak manis.  Bahagian isi padat di bahagian atas dan tebal di bahagian bawah.  Benih ada di bahagian bawah. Labu ini dijual dengan harga yang tinggi di pasaraya. Satu biji mempunyai jisim 1.5 hingga 2.5 kg.

Benih adalah benih F1.
Setiap pek mengandungi 5 biji benih secara purata.
1 pek dijual dengan harga RM5.

SMS atau WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Cara Memesan Benih 

Labu manis baka Fajar.

Soalan Pengunjung -- Daun Rosemary Menjadi Hitam


Assalamualaikum Bang,
Saya ingin bertanya, 
1. Mengapa pokok rosemary yang saya tanam jadi hitam daunnya seperti ini?
2. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasinya?
3. Bagaimanakah caranya untuk hasilkan pokok dengan daun yang rimbun?

Pokok rosemary dengan daun yang jarang dan sebahagian daripada daun menjadi hitam.
Gambar milik Solehin Sabri.

Waalaikum salam.
Ya, boleh.
1. Kebiasaannya daun pokok rosemary menjadi hitam kerana terkena serangan kulat apabila terlebih siram. Pokok rosemary hanya perlukan sedikit air.
2. Kurangkan jumah siraman, iaitu memadai disiram dengan sedikit air setiap 3 hari.  Letakkan pokok ditempat cerah dengan aliran udara yang bebas.
3. Untuk hasilkan pokok yang rimbun, kerat batang pokok supaya tunas baru tumbuh.

Gambar oleh Rakan Tanamsendiri -- Bendi Hijau Berbuah Lebat

Benih serta pokok bendi hijau perbuah lebat.  Gambar kiriman Puan Hafizah Ibrahim

Pokok bendi yang dipangkas batang utama mempunyai ranting dari tunas sisi. Setiap ranting mempunyai buah.  Gambar oleh Puan Hafizah Ibrahim.
Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Pn Hafizah Ibrahim.  Gambar menunjukkan pokok bendi dari baka hijau berbuah lebat.  Selepas dikerat tunas utama, tumbuh tunas sisi.  Selepas beberapa minggu, setiap tunas yang telah menjadi ranting menghasilkan buah.  Murah rezeki.

Terima kasih Hafizah kerana sudi berkongsi gambar hasil tanaman.

Menyiram, Bahagian 25 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN TUAIAN BUAH DAN BIJI:  Tanaman tuaian buah lazimnya menghasilkan daun yang lebat jika mendapat air yang teratur.  Bagaimana pun ini tidak semestinya suatu yang elok kerana pokok mungkin akan lambat berbunga.  Jika pokok menerima air yang tidak teratur, ia akan menyebabkan pokok berbunga.

Apabila buah mula lekat dan membesar, tanaman tersebut perlukan air yang lebih banyak, jadi pastikan pokok disiram dengan air yang mencukupi.  Jika air tidak cukup, buah akan luruh.  Pokok yang sedang berbuah tidak tahan tekanan kekurangan air.  Ini kerana air yang lebih banyak banyak untuk pertumbuhan buah.  Sebenarnya bukan itu sahaja.  Ketika tumbuhan sedang berbuah, pertumbuhan akar menjadi perlahan atau terbantut dan keupayaan untuk menyerap air menjadi berkurang.  Kekurangan air boleh mempengaruhi jumlah tuaian, bagaimanapun ia boleh juga membuatkan buah lebih manis dan ini bukannya suatu yang tidak elok!

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Labu Manis Fajar

Labu manis fajar yang masih membesar.  Gambar milik Omar Muhammad.

Buah labu manis fajar yang baru dituai.  Gambar milik Omar Muhammad.

Alhamdulillah.  Hari ini kita dapat nikmati gambar kiriman Saudara Omar Muhammad.  Labu manis fajar adalah labu manis yang padat isinya dengan saiz buah yang kecil.  kebiasaannya sebiji hanya mencecah 1 hingga 1.5 kg.  Bila dibelah dua, bahagian atas buah labu ini mempunyai isi yang padat dan benih berada di dalam ruang di bahagian bawah buah.

Labu manis fajar enak dibuat pengat atau kaya.  Bijinya juga padat.  Untuk rakan-rakan dari kaum Adam yang berumur 40 tahun ke atas, elok makan biji labu yang digoreng.  Ia dapat membantu mengurangkan risiko masalah prostat.  Itu daripada bacaan saya dulu.  Dah lupa jurnal mana yang saya baca.  

Saya memang gemar tanam labu dari baka ini kerana cepat beruah dan mampu menghasilkan buah yang lebat.  Sdr Omar melakukan pendebungaan secara manual kerana kawasan rumah tiada serangga pendebunga.  Selamat menikmati tuaian dengan masakan labu yang enak.  Terima kasih Sdr Omar kerana sudi berkongsi gambar tuaian.

Gambar Hari Ini -- Ceri Barbados

Buah ceri barbados, rasanya masam seperti cermai.

Kadang-kadang bila tanamsendiri di laman rumah, seronok juga menanm pokok buah yang boleh dijadikan ornament atau hiasan.  Misalnya pokok ceri barbados.  Buahnya yang hijau dan bertukar merah bila ranum pasti menjadi daya tarikan bila pokok menghasilkan buah yang lebat.

Walaupun buahnya tak manis, pada lidah kanak-kanak tetap merasa enak.  Selain dari itu, buah yang ranum mampu menarik perhatian burung untuk berkunjung ke laman.

Rabu, 16 April 2014

Semut Sebagai Penternak

Kebiasaannya semut dan kerengga sahabat kita kerana ia membantu menguraikan bahan organik.  Bagaimanapun kadangkala semut boleh menjadi musuh.
Misalnya semut di dalam gambar ini yang saya ambil pagi tadi di permukaan bunga terung telunjuk.  Semut-semut tersebut "menternak" bena (aphids) untuk mendapatkan cairan dari bena tersebut.  Bena menyedut cecair daripada pokok terung dan semut mengambil sebahagian daripada cecair tersebut.  Ia seakan-akan sama dengan kita menternak lembu dan kambing penusu.  Selain daripada bena, semut juga menternak koya-koya (mealy bugs).
Aktiviti ini akan mencederakan kulit pokok yang kita tanam dan akan melemahkan pokok tersebut. Akibatnya pokok mudah diserang penyakit dan akan mati tidak lama kemudian.
Mujurlah ternakan semut tersebut daripada jenis serangga berbadan lembut, dan boleh dimusnahkan dengan semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak sebagaimana yang saya tunjukkan di dalam blog.

http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Semut menternak bena.  Gambar dibesarkan 2X.

Menyiram, Bahagian 24 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN SAYUR DAUN: Tanaman sayur daun perlukan air secara berterusan untuk hasilkan daun yang besar dan rangup. Tekanan akibat kekurangan air menyebabkan kualiti daun dan tumbuhan menurun dengan daun yang berserat, rasa yang kurang enak, pahit, dan berbunga lebih awal daripada yang sepatutnya. Jika tanam sayur daun, kekalkan kelembapan tanah dengan menyiram lebih kerap.

TANAMAN TUAIAN AKAR: Tanaman tuaian akar, misalnya lobak merah dan ubi keledek amat memerlukan air apabila akar membesar, dan perlukan air secara berterusan. Tekanan akibat kekurangan air boleh menyebabkan tanaman berbunga (bolting) atau pun menghasilkan rasa yang kurang enak. Pengairan yang tidak sekata, ada waktu terlalu kering dan ada waktu terlalu lembap boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan ada kalanya pertumbuhan melonjak. Pertumbuhan yang tidak sekata boleh menyebabkan tanaman lobak merah menghasilkan lobak yang bercabang.

Benih Untuk Dijual -- Bunga Telang, Clitoria ternatea

Sejenis pokok nadir, pokok bunga telang menghasilkan bunga bewarna biru dengan bahagian tengah bewarna putih.  Bahagian bunga digunakan sebagai pewarna makanan misalnya warna nasi kerabu, kuih ketan atau pulut tai tai, atau sebagai pewarna sirap biru yang dikenali sebagai nam dok anchan.  Bahagian akar pokok ini direbus untuk dijadikan ubat penenang atau antistress.

Bunga telang

Pokok ini adalah dari jenis kekacang yang memanjat.  Ia amat sesuai dijadikan pokok hiasan, terutamanya sebagai pelitup pagar.
Benih pokok ini tidak dijual secara komersial oleh syarikat pembekal benih.  Anda hanya boleh dapatkan benih dari baka pendebungaan terbuka dari blog ini (tanamsendiri.com).  Benih dipek secara manual.  Setiap pek mengandungi 10 biji.  5 pek benih dijual dengan harga RM10.  

SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Benih Bunga Telang



Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Basil Horapha Liquorice (Selasih Liar)

Pokok selasih liar, menghasilkan bau seperti likoris, makanan snek yang popular di Amerika dan Eropah.

Selasih liar adalah dari jenis basil yang kuat baunya.  Aroma yang dikeluarkan berbau wangi selasih bercampur kemangi (seperti bau likoris) dan berminyak yang mampu menghalau serangga perosak.  Ia juga digemari beberapa jenis bena (aphid) menyebabkan bena tersebut berpindah daripada tanaman lain ke pokok ini.  Oleh sebab itu selasih liar amat sesuai dijadikan pokok pelindung tanaman lain dalam Sistem Buddy. Jika tanam sayur, elok tanam pokok ini.  Apabila pokok matang daunnya mempunyai rasa gabungan antara selasih dan kemangi.  Enak dicicah sambal.

Setiap pek mengandungi 50 biji benih.  5 pek kecil dijual dengan harga RM10.

SMS/WHATSApp 0175009364 untuk membuat pesanan.


Cara Memesan Benih



Selasa, 15 April 2014

Benih Untuk Dijual -- Peria Katak

Pokok peria katak adalah pokok memanjat.  Daunnya digunakan dalam perubatan tradisi cina dalam bentuk teh.  Buah peria katak adalah jenis peria bersaiz kecil, iaitu sebesar 2 jari.  Ia mempunyai kulit yang menggerutu seperti kulit buaya.  Buah peria katak rasanya pahit dan enak digoreng dan dimakan bersama nasi.

Setiap pek mengandungi 5 biji benih peria katak.  2 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Buah Peria Katak

Benih Untuk Dijual -- Peria Katak Baka F1 "Spine"

Peria katak baka Spine.  Gambar daripada pembekal benih. 
Peria katak adalah buah peria yang bersaiz kecil.  Baka "Spine" menghasilkan buah yang mempunyai kulit menggerutu.  Pokok peria katak memanjat menggunakan sulur paut.



1 pek yang mengandungi 5 benih dijual dengan harga RM5.

SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Labu Air New Happiness

Benih labu air New Happiness menghasilkan pokok yang tahan penyakit terutamanya serangan virus.  Pokok menghasilkan buah sekitar 600g sebiji dengan bentuk yang cantik dan lambat tua.  Tuaian selepas 50 hari menanam, iaitu ketika buah sepanjang 16 hingga 18 cm.

Benih labu air new happiness. 


1 pek mengandungi 5 benih, dijual dengan harga RM5 satu pek.  Jumlah terhad, dapatkan segera.

Untuk pesanan sila SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Pesan Benih

Labu Air New Happiness

Benih Untuk Dijual -- Labu Air Ever Happiness

Benih labu air Ever Happiness menghasilkan pokok yang tahan penyakit terutamanya serangan virus.  Pokok menghasilkan buah sekitar 800g sebiji dengan bentuk yang cantik dan lambat tua.  Buah dapat dituai dalam masa yang singkat.

1 pek mengandungi 5 benih, dijual dengan harga RM5 satu pek.  Jumlah terhad, dapatkan segera.
SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih


Labu Air Ever Happiness 

Menyiram, Bahagian 23 Daripada 40, Dipetik daripada ebook "Menyiram"

TUMBUHAN MUDA: Tumbuhan muda perlukan kurang air tetapi perlu disiram lebih kerap kerana akar masih kecil dan daun yang sedikit tidak melindungi permukaan tanah daripada terdedah. Jadi, sejatan berlaku dengan kadar yang lebih tinggi. Oleh kerana tanah terdedah tanpa dilindungi, suhu juga tinggi.

TUMBUHAN YANG LEBIH MATANG: Tumbuhan matang perlukan lebih banyak air. Bagaimanapun ia mempunyai akar yang lebih dalam. Tumbuhan tersebut juga mempunyai daun yang lebih lebat yang bertindak seperti payung menutup permukaan tanah dan mengekalkan kelembapan persekitaran. Ia menghasilkan mikroiklim yang lebih lembap dan suhu yang lebih rendah.

Isnin, 14 April 2014

Menyiram, Bahagian 22 Daripada 40, Dipetik daripada ebook "Menyiram"

KEPERLUAN AIR BAGI SETIAP TANAMAN
Setiap tanaman memerlukan kuantiti air yang berbeza. Misalnya, kangkung yang diambil dari paya gemarkan air yang banyak. Pokok tembikai yang lazimnya ditanam tempat kering perlukan hanya sedikit air.
Tanaman yang mempunyai akar yang dalam tidak perlu disiram dengan air yang banyak berbanding dengan tanaman dengan akar yang cetek. Ada tanaman yang sentiasa perlukan air yang banyak. Ada tanaman hanya perlukan air yang banyak pada suatu ketika sahaja, misalnya ketika berbunga atau berbuah.
Jagi peringkat pertumbuhan tanaman memberi kesan terhadap kuantiti air yang diperlukan. Pertumbuhan akar amat galak untuk mencari air ketika tumbuhan masih muda dan menjadi perlahan apabila tumbuhan telah matang.

Tanah Semaian

Satu daripada masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan yang baru memulakan aktiviti menanam ialah memilih tanah atau medium yang sesuai untuk bekas semaian. Semai tapi tak tumbuh, kata rakan-rakan baru. Apabila dipicit, benih hancur dan mengeluarkan bau yang busuk. Benih telah mati dan telah diserang atau dimakan kulat. Ini adalah perkara biasa jika rakan-rakan gunakan tanah semaian yang tidak serasi.

Jika menyemai terus di atas tanah, tanpa menggunakan bekas semaian, kadang-kadang saya ada syorkan menggunakan tanah kebun, maksud saya tanah lapisan atas (topsoil) di ruang berkebun. Lazimnya tanah sebegini kaya dengan bahan organik serta mengandungi tanah liat. Bagaimanapun, tanah sebegini hanya sesuai jika menyemai terus di atas tanah. Jika menyemai di dalam bekas, persekitaran adalah berbeza. Tanah sebegini tidak lagi sesuai.

Ada juga rakan-rakan yang membeli tanah daripada nurseri. Kadang-kadang ia serasi. Kadang-kadang tidak serasi. Ini kerana kebiasaannya tanah yang diadun oleh pihak nurseri disasarkan untuk pokok bunga atau pokok yang telah matang, bukannya untuk akviti mencambah benih. Jadi, jika beli tanah daripada nurseri, nyatakan kepada penjual, “mahu tanah untuk semai benih” supaya mereka dapat memilih tanah yang sesuai untuk aktiviti menyemai.

Persekitaran dalam bekas semaian tidak sama dengan persekitaran di atas tanah. Bekas semaian yang sempit mempunyai perubahan kering dan basah secara mendadak, perubahan suhu juga mendadak. Keadaan sebegini membuatkan tanah mudah “lesu”. Jika adunan tidak serasi, tanah mudah menakung air kerana saliran menjadi kurang elok apabila tanah menjadi mampat. Permukaan tanah juga mudah membentuk kerak. Tanah mudah menjadi ketulan yang keras menyebabkan akar cambahan tidak dapat tumbuh dengan galak. Kandungan garam yang tinggi pula menyebabkan akar yang baru tumbuh melecur atau “terbakar.”

Kadangkala tanah mengandungi benih rumpai atau makhluk perosak. Rumpai yang tumbuh akan berebut ruang serta sumber yang lain dengan cambahan. Makhluk perosak pula akan memakan cambahan dan membunuh cambahan tersebut. Ada juga tanah yang mengandungi pathogen, iaitu hidupan seni atau mikrob yang membawa penyakit.

Rumusan adunan tanah semaian yang “betul” penting untuk mencambah benih serta menghasilkan cambahan yang subur. Ini adalah penting untuk menghasilkan tanaman yang subur dengan tuaian yang diidamkan. Adunan tanah semaian yang elok seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Ketumpatan yang rendah. Tanah ringan kata pekebun. Tanah sebegini biasanya longgar dan mempunyai banyak ruang kosong.
  • Mudah mengalirkan air dan mengandungi udara.
  • Mampu menyimpan air dengan banyak.
  • Mempunyai julat pH yang hampir neutral.
  • Tidak membentuk kerak dengan mudah. 
  • Cukup kukuh untuk cambahan membentuk sistem akar yang mantap.
  • Mempunyai struktur yang kukuh dan stabil.

Nak beli tanah atau adun sendiri?

Jika rakan-rakan ingin menyemai benih dalam Kuantiti yang kecil (semai sedikit sahaja untuk aktiviti berkebun di rumah), saya syorkan di peringkat awal, beli tanah semaian. Bila dah tahu tanah yang macamana yang sesuai digunakan, atau serasi, barulah cuba adun sendiri tanah semaian.

Jika beli tanah semaian, pastikan ia 100% organik. Jika anda ingin semai benih untuk kebun atau ladang, elok diadun sendiri.

Kami ada menjual adunan semaian. Harganya RM10 untuk 1 pek berjisim lebih kurang 1 kg. Kiriman melalui poslaju. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Saya juga ada menulis Ebook ringkas berjudul “Menyediakan Adunan Semaian Sendiri.” Saya jual versi PDF yang sesuai dibaca menggunakan HP atau mobil. Versi ini adalah untuk bacaan sendiri. Harganya RM20 satu salinan. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.


Ahad, 13 April 2014

Menyiram, Bahagian 21 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

JARAK ANTARA TANAMAN
 Jika tanam di atas tanah, jarak antara tanaman mempengaruhi kaedah pengairan. Ini kerana jika lebih banyak tanaman ditanam dalam satu kawasan, lebih banyak air diperlukan. Misalnya jika anda tanam pokok cili dengan jarak 45 cm anda munkin perlu siram beberapa hari sekali tetapi jika anda tanam satu pokok cili bagi setiap 2 meter, anda mungkin tidak perlu menyiram. Ini kerana air yang tersimpan di dalam tanah mungkin mencukupi.

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Isi Kuning Gold Rush

Tembikai triploid isi kuning tanpa biji. Buah berwarna hijau muda dengan jalur hijau tua.  Tembikai Gold Rush berbaloi jika ditanam.

Harga 1 pek, RM5.  Setiap pek mengandungi 5 benih. WhatsApp/SMS 0175009364 untuk membuat pesanan.

Jumaat, 11 April 2014

Benih Untuk Dijual -- Melon Sugar Mel (Rock Melon)

Benih menghasilkan buah berbentuk bulat dengan berwarna hijau muda bersabut.  Isi hijau muda dengan sari yang manis.

Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih




Benih Untuk Dijual -- Melon Apollo

Benih yang amat sukar diperolehi, Melon Apollo kini boleh diperolehi melalui Tanamsendiri.com.

Benih menghasikan pokok yang memanjat.  Ia menghasilkan buah yang boleh dituai antara 75 hingga 80 hari selepas disemai.enghasilkan buah bujur seberat 2 kg.  Kulit berwarna kuning dengan sabut yang jarang.  is berwarna putih dengan tekstur yang halus.  Ia beraroma lembut manis dengan rasa yang manis.  Kandungan gula dalam jus antara 15% hingga 17%.

1 pek mengandungi 5 benih.  Harga 1 pek RM5.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364

Tembikai Susu Apollo.
Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Golden Delight

Tembikai Golden Delight adalah tembikai isi kuning tanpa biji.  Buahnya berbentuk bulat dengan kulit berwarna hijau muda berjalur hijau tua.

1 pek dijual dengan harga RM5. Satu pek menagndungi 5 biji.

Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Mellow

Buah tembikai yang berbentuk bujur dengan warna kulit hijau muda dengan jalur hijau tua.
Buah mempunyai isi merah dengan sari manis.

1 pek benih yang mengandungi 5 biji benih dijual dengan harga RM5.

SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Isi Merah Sugar Baby

Tembikai isi merah Sugar Baby.
Buah bulat dengan kulit berwarna hijau tua.  Isi merah tanpa biji dengan sari yang manis.  Setiap buah seberat 3 hingga 5 kg.  Kandungan gula 12 hingga 14%.  Pokok tahan panas dan tahan kulat.  Pertumbuhan galak.  Tuaian selepas 60 hingga 65 hari disemai.

SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

1 pek (5 benih) dijual dengan harga RM5.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Mas Kuning

Tembikai Mas Kuning adalah antara benih yang sangat laku yang dijual melalui tanamsendiri.com.  Benih ini hampir habis terjual dalam masa 2 minggu selepas benih ini diperkenal.  Kami telah mendapat stok baru dan benih ini dijual semula mulai hari ini.  Untuk pesanan, sila SMS/WhatsApp 0175009364.

Tembikai Mas Kuning, gambar oleh pembekal benih.

Lagi benih eksotik dari tanamsendiri.com. Tembikai Mas Kuning menghasilkan buah bujur dengan berat sekitar 3 kg. Kulit berwarna kuning dengan isi berwarna merah dengan biji yang kurang. Buahnya manis dengan jus mengandungi gula sekitar 11 hingga 13%. 1 pek mengandungi 5 benih. Harga 1 pek, RM5.

Cara Memesan Benih


Stok Tembikai dan Melon

Banyaknya senarai benih yang tertunggak.  Rupa-rupanya dah lama tak update senarai tembikai dan melon.  Benih ada pelbagai jenis. Kalau tak update manalah rakan-rakan nak tahu ia available....
Tembikai Mas Kunng, buah bujur, kulit kuning, isi merah seedless
Tembikai Max II, buah bulat. Kulit hijau muda berjalur hijau tua dengan isi kuning, ada biji.
Tembikai Sugar Baby, buah bulat hijau tua, dengan isi merah.
Tembikai Golden Delight, buah bulat hijau muda dengan jalur hijau tua. Isi kuning, seedless.
Tembikai Goldrush, isi kuning tanpa biji.
Tembikai Mellow, buah bujur, hijau muda berjalur hijau tua, isi merah seedless
Melon Sugar Mel, kulit bersabut, isi hijau muda
Melon Aroma Merah Mas Madu, bulat kulit bersabut, isi merah muda,
Melon Apollo, buah bujur, kulit kuning muda, isi putih.
Melon Emas, tiada penjelasan.

Antara Mencari Cendawan dan Menanamnya

Saya kira saya antara yang bernasib baik kerana ayah tidak merokok, minat berkebun dan suka memburu.  Apa yang saya maksudkan   "memburu" di sini bukannya keluar menembak, tetapi mencari cendawan liar.  Aktiviti biasanya di hujung minggu selepas hujan.  Saya sudah pasti mengikutnya dan belajar sedikit sedikit tentang cara memilih cendawan yang selamat dimakan.

Ayah sememangnya cerewet memilih cendawan sebab mak tiak akan memasak cendawan yang waswas.  Ada antara petua yang ayah beri betul, tapi berbahaya.  Contohnya, ayah kata, kalau cendawan warna putih biasanya selamat dimakan.  Ada juga jenisnya yang bahaya.  Tapi ayah tak tunjukkan jenis yang berbahaya.  Cuma memberi penjelasan secara lisan.  Cendawan warna merah jangan makan. Pesannya lagi.  Sambil berjalan saya menyepak cendawan bola (puffballs), padahal itu cendawan yang paling enak dimakan.  Cuma bila telah membentuk spora, ia beracun.

Ketika mennjntut ijazah pertama, bidang yang saya pilih ialah biology (sains hayat).  Sudah pasti satu daripada kursus yang saya ambil ialah mycology iaitu sains tentang kajian cendawan dan kulat.  Dari situ saya belajar perkara asas tentang cendawan, racun (mycotoxins) yang dihasilkan dan pelbagai perkara lagi yang berkait dengan cendawan.  Sudah tentu, kursus diambil di waktu musim panas, dan selepas peperiksan akhir, penyarah jamu kami dengan hidangan cendawan liar yang kami kutip di wasan "meadow."

Bila tinggal di Kuala Terengganu, saya gemar ke Pasar Payang di sebelah petang.  Ini kerana di sebelah petang orang ulu akan bawa cendawan hutan.  Waktu itu baru saya tahu ada cendawan yang berwarna merah yang boleh dimakan dan enak rasanya.

Bila tinggal di lembah kelang, saya ada mengenali beberapa orang dari etnik India yang juga gemar mengutip cendawan liar.  Dari sini saya dapat tahu di kawasan lembah Kelang ada cendawan putih yang amat beracun.  Saya ada mengutipnya di sekitar Bangi.  Racun yang dihasilkannya tidak pecah walaupun dimasak dan cendawan ini mampu mebunuh dengan menyerah saraf dalam masa yang singkat.

Cendawan tidak membuat makanan. Ia hidup dengan menyerap nutrien daripada pokok yang mati.  Oleh itu walaupun jenis cendawan yang lazimnya selamat dimakan, mungkin tidak selamat dimakan di kawasan tertentu.  Misalnya cendawan yang memakan tumbuhan atau pohon yang telah disembur dengan racun. Jadi, apa yang akan berlaku jika cendawan yang telah terkena racun ini dijual di pasar?  Jadi bahaya juga jika membeli cendawan liar di pasar jika sipengutip alpa.

Kebiasaannya, bila menemui cendawan dalam kuantiti yang banyak, saya akan mencari tanda ia telah dimakan haiwan lain.  Saya pernah menemui cendawan yang tumbuh dengan kuantiti yang amat banyak di batang sawit yang telah ditebang.  Saya hanya mengutipnya bila ada kesan sebahagian daripada cendawan telah imakan oleh pak belang.  Hari itu dapat kutip 3 guni cendawan, itu pun jumlahnya tak terjejas.

Di sekitar Semenyih, ada kalanya cendawan liar dijual di gerai di tepi jalan.  Cendawan putih yang tumbuh di atas tanah, yang dikenali sebagai cendawan busut.  Pada asasnya cendawan ini selamat dimakan.  Jika cendawan dah matang dan menghasilkan spora, ia mula menghasilkan toksin yang mampu membuatkan sipemakan sakit perut.

Cara yang paling selamat untuk makan cendawan ialah beli di pasar dan pasaraya.  Tapi cendawan yang kurang segar tidak seenak cendawan yang segar.  Bagi saya jika ingin makan cendawan yang paling enak ialah keluar cari cendawan. Tapi perlu belajar secara terus, dan jangan setakat membaca maklumat kerana jika tersalah maklumat, ia boleh membawa maut.  Berbaloi tak?  Tak berbaloi langsung.

Jadi apa opsyen lain?  Yang kedua paling enak dan selamat ialah tanamsendiri cendawan.  Jika kena caranya puas makan. Dan cara ini paling selamat kerana anda tidak bergantung pada orang lain.



 
\Cendawan tiram yang ditanam pemilik blog.

Selasa, 8 April 2014

Status Pesanan

Salam rakan-rakan yang memesan benih/alatan,
Kiriman Set English Herb ditangguhkan hingga esok.  Pesanan 10 set pertama mengandungi benih rosemary, bagaimanapun besanan yang ke 11 dan seterusnya tidak mengandungi benih tersebut kerana stok yang terhad.  Ia akan diganti dengan benih herba yang lain.  Set English Herbs masih ada stok.
Pesanan yang mengandungi keratan juga ditangguhkan kiriman hingga esok kerana cuaca  menghindar kami daripada aktiviti mendapatkan keratan.
Pesanan hari Isnin dan berikutnya hanya mampu diisi esok.

Harap maklum.  Terima kasih kerana sabar menanti.

Isnin, 7 April 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kadeesa

Hari ini saya pamerkan gambar hasil tanaman yang dikirim oleh Puan Kadeesa.  Kata Puan Kadeesa, sejak tanamsendiri di rumah, banyak perbelanjaan sayur dapat dikurangkan.  Bukan itu sahaja, keluarga dapat menikmati sayur segar bebas racun.

Alhamdulillah.  Memang kagum melihat gambar-gambar ni.

Timun jepun hasil tanaan Kadeesa pasti rangup bila dituai nanti.  Boleh dibuat ulam atau dihidangkan bersama salad.
Timun mini yang masih muda.  Gambar milik Kadeesa.
Terung pendek ini mungkin dari baka Ratna kelihatan berkilau.  Terung baka ini mempunyai sis dengan sari manis jika dipetik muda iaitu ketika kulit paling berkilau.

Buah terung terung pendek. Gambar milik Kadeesa.
Nah tengoklah putik terung ni, begitu subur.
Putik terung dari baka pendek. Gambar milik Kadeesa.
Tomato pun kelihatan amat subur.  InsyaAllah tak lama lagi lebih banyak buah akan lekat.  Baka ini rasanya masam-masam manis. Enak dimakan begitu sahaja atau dimasak.

Tomato ceri.  Gambar milik Kedeesa.
Bendi juga menjadi.  Pokok masih rendah tapi dah berbiuah dengan buah yang sempurna.  Berbaloi tanam bendi kerana ia menghasilkan buah dalam jangkamasa yang lama.

Pokok bendi sedang berbuah.  Gambar milik Kadeesa.
Kangkung juga menjadi.  Banyak khasiat sayur ni.  Bayam malabar juga menghasilan daun yang lebar.  Mungkin ini sudut ulaman.  Pokok ulam raja juga kelihatan amat subur.

Pokok kangkung. Disebelah kanan gambar kelihatan pokok ulam raja dan bayam malabar (sayur maharaja).

Terima kasih Kadessa kerana sudi berkongsi gambar.  

Ahad, 6 April 2014

Set Baru, Set English Herbs, tapi hanya ada 10 set sahaja

Kopi terpakai untuk dibuat baja.  Kopi dikutip dari Starbuck.


Sambil sambil keluar ambil angin singgah ngopi kat Starbuck. Sebelum balik, grab serbuk kopi terpakai. Percuma aja. Kaya dengan nitro. Untuk pokok memang terbaik.
Sambil tu plan Set Herbal English. Benih halus sangat. Sweet Basil (~50 benih), Thyme (~50 benih), rosemary (~10 benih), Oregano (~50 benih), cilantro (100 benih), dan benih paling sukar diperoleh, tarragon (~50 benih).
Benih yang ada hanya cukup untuk 10 set sahaja. RM50. Harga termasuk poslaju. Sms/WhatsApp 0175009364 untuk pesan.

Jumaat, 4 April 2014

Gambar oleh rakan tanamsendiri -- Cambahan Timun Jepun

Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Puan Rosilah Sukemi.  Gambar menunjukkan cambahan timun jepun yang tumbuh amat subur di dalam pasu.  Melihatkan keadaan anak poskok, insyaAllah tak lama lagi Puan Rosilah akan nikmati buah timun jepun yang segar dan rangup. Terima kasih Puan Rosilah kerana sudi mengirim gambar untuk ditatap bersama.


Anak pokok timun jepun.  Gambar milik Puan Rosilah Sukemi.