Rabu, 26 Mac 2014

Tarragon, dah "Tara".... dah "Gone"

Dah lama tak berseloroh.  Posting saya akhir-akhir ni serious aja.  Sambir menyebar ilmu berkebun di rumah, jual-jual benih.  Hari ni kita berseloroh sekejap.
Dulu saya ada tanam tarragon.  French tarragon, bukan Russian Tarragon.  Masa tu pokok tumbuh dengan galak.  Tak terfikir nak simpan benih.  Sebab ingat pokok akan kekal subur.  Semua dah tiada.  Pokok mati ketika kami berpindah.  Cari anak pokok merata tempat, tak dapat.  Rupa-rupanya herba yang mampu menaikkan selera makan ini sukar ditemui.  Cari merata tempat, yang dapat hanya Russian Tarragon.
Saya terjumpa packing daun kering, 250g dijual dengan harga RM200.  Jadi, RM800 sekilo.  Itu daun kering yang berkualiti rendah. Yang dituai segar tak tahulah berapa harganya.

Jadi mulalah shopping separuh bumi mencari benih "French" Tarragon.  Dapatlah pesan 10 benih.  Bila Akhirnya terima benih French Tarragon yang diidamkan.  Benih halus mikroskopik, diletak dalam vial kecil.  Saya pun buka vial tuang ke atas tapak tangan.  Sedang teruja sangat, tak perasan kipas sedang berputar ligat dan mula menala ke arah saya.

Woosh!!!!

Habis benis yang seni hilang dari pandangan terlekat kat TShirt.  

Mulalah teraba-raba cuba menyelamatkan benih yang terlekat kat baju.

"What's happening?" Tiba-tiba Puteri muncul.

Selepas memahami apa yang berlaku, Puteri muncul dengan kanta pembesar.  Jangan mimpi Puteri, kita pesan sekali lagi.  French Tarragon dah tarra,  dah gone.

Vial yang sepatutnya berisi benih taragon kini berisi habuk yang lekat dibaju, diharapkan ialah benih tarragon yang telah diterbangkan oleh angin kipas.

4 ulasan:

  1. ala...ruginya...mahal x benihnye? kalau dah daunnya mahal tentu benih pon mahalkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak dapat. Yang ada kat area Kajang ni semuanya Russian Tarragon. Walaupun pokok serupa, tidak seharum French Tarragon.

      Padam
  2. cuba vacuum kawasan terdekat. tapi pastikan vacuum dah dibuang habuk2 terlebih dulu.
    lepastu tanam semua habuk2 yang disedut tu. ahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dah terlekat kat paru paru. He he.

      Padam