Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 19 Mac 2014

TanamSendiri-- Terung

Tanamsendiri Terung
Terung atau nama Latinnya Solanum melongena adalah tumbuhan sayur buah yang sesuai ditanam di negara kita.  Ada 16 jenis benih terung boleh diperolehi daripada tanamsendiri.com.  Terung bukannya tanaman baru.  Ia telah ditanam di negara Cina dan India sejak 6000 tahun dahulu.

Daripada soalan yang saya terima, saya andaikan terung bukannya suatu yang mudah untuk disemai.  Bagaimanapun, apabila pokok terung telah kukuh, ia mudah dijaga.

Tanah yang macamana sesuai untuk tanam terung?
Terung tak cerewet.  Mana-mana tanah yang longgar dan tidak menakung air sesuai untuk tanam terung.  Jika struktur tanah kurang sesuai, anda hanya perlu ubah suai sedikit.  Misalnya jika tanah terlalu berpasir, tambah sedikit tanah liat.  Jika tanah mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir.  Untuk memastikan tanah mampu menyimpan air, gaulkan baja organik atau kompos.

Terung gemarkan nitrogen, fosforus dan kalium.  Jadi boleh letakkan lebih sedikit baja organik, serta sedikit abu tanaman.

Nak letak bekas terung tempat panas atau tempat teduh?
Terung perlukan cahaya yang banyak.  Letak tempat panas.

Apakah pH yang sesuai untuk pokok terung?
Terung gemar tanah dengan pH antara 5.5 hingga 6.5.  Jangan risau jika tiada meter pH.  Julat ini adalah julat pH tanah yang lazim.  Kecualilah jika anda berada di kawasan bukit batu kapur atau kawasan tepi laut, kebiasaanya anda tak perlu risau tentang pH tanah untuk tanaman terung.

Nak semai benih terung dalam bekas semaian ker?
Boleh juga.  Saya guna dulang semaian.  Mana-mana bekas yang tidak menakung air OK aja.

Nak guna tanah yang macamana untuk semai benih?
Mana-mana tanah yang mampu menyimpan air.  Benih terung belum perlukan nutrien, jadi bahan media semaian, misalnya tanah gambut, sabut kelapa, sabut kelapa sawit, semuanya boleh dgunakan.  Tanah kebun (tanah atas, topsoil) boleh digunakan.  Boleh juga guna tanah kebun yang dicampur dengan humus.  Cuma jangan guna tanah yang digaul dengan arang atau abu kerana ia tidak sesuai.  Kandungan garam yang terlalu tinggi mampu menggangu percambahan benih terung.

Ketika menyemai, pastikan …
Ketika menyemai letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung daripada hujan.  Pastikan tanah sentiasa lembap.

Nak kena rendam dulu ker benih?
Elok juga rendam dalam air suam antara 2 hingga 8 jam.  Tak rendam pun tak apa, cuma lambat sedikit benih bercambah.

Berapa hari ambil masa untuk bercambah?
Walaupun kadang-kadang benih dari tanamsendiri cepat bercambah, jangkamasa benih bercambah lazimnya antara 14 hngga 21 hari, iaitu 2 hingga 3 minggu.  Biasanya saya akan terima panggilan daripada rakan-rakan kerana menyangka mendapat benih yang tidak bernas.  Bernas, cuma rakan-rakan perlu sabar menanti.

Banyak mana nak tanam pokok terung?
Jika nak tanam untuk makan sendiri, saya syorkan 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung.  Nak tanam lebih, lagi baik.  Seeloknya jangan tanam kurang, bimbang kempunan. ;P

Bila nak alih cambahan?
Alih bila daun sebenar kelihatan, iaitu ketika daun ke tiga dan keempat kelihatan.  Biasanya 2 minggu selepas benih bercambah.
Nak tanam berapa pokok dalam satu pasu?
Tanam satu pokok.  Jika ada banyak ruang kosong, tanam sawi atau salad dalam ruang tersebut.

Jika tanam atas batas?
Jika tanam atas batas, jarakkan batas antara batas 60 hingga 90 cm, aitu 2 hingga 3 kaki.

Jika nak tanam secara intensif?
45 cm (1.5 kaki) pun ok juga.

Perlu membaja di peringkat awal?
Elok gaulkan dulu tanah dengan baja organik.  Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.  Letak banyak baja.  Jika buat begini, tak perlu tambah baja selepas menanam.

Perlu merumput?
Perlu, jangan bazirkan ruang dan baja untuk tumbuhan yang tidak diingini.  Seeloknya cabut rumpai seminggu sekali.  Cabut aja, jangan cangkul kerana akar pokok terung tak tumbuh dalam.

Perlu siram ker?
Jika tak hujan, siram untuk pastikan tanah kekal lembap.

Perlu membaja?
Kan dah letak baja sebelum mengalih.  Memadai siram dengan teh kompos tanamsendiri.

Perlu pasang sungkup?
Elok juga, misalnya tutup tanah dengan pelepah kelapa, atau jerami jagung, atau cebisan tempurung untuk kekalkan kelembapan tanah.

Perlu pangkas?
Bila pokok dah tumbuh setinggi satu kaki, cubit buang tunas utama untuk hasilkan pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi.

Makhluk perosak?
Jika pokok lemah lazimnya lalat putih akan menyerang.  Lalat buah juga kadang-kadang menyerang buah.  Jadi untuk pastikan serangan makhluk perosak kurang, pastikan pokok subur.  Macam kita juga, kalau badan lemah, mudah terkena jangkitan penyakit.

Bila nak tuai?
Jika menanam untuk makan sendiri, tuai ketika buah paling enak rasanya, iaitu ketika buah paling berkilau.  Bila buah mula pudar, rasa pahit semakin kuat.



2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Berapa lama ya usia tanaman untuk menghasilkan buah?Daun pokok terung sering dimakan (ulat/belalang), tidak pasti siapa yang makan. Bagaimana nak elak dari dimakan oleh serangga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya, 90 hari dah dapat tuaian pertama.

      Padam