Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Mac 2014

Tanamsendiri -- Kucai

TanamSendiri Kucai
Allium schoenoprasum, Allium tuberosum, Allium odoratum

Pokok kucai yang ditanam dalam pasu.



Jika gemarkan rasa bawang, kucai adalah tanaman yang patut ditanam di laman rumah terutamanya dalam patch herba.  Ada yang menyatakan kucai sukar ditanam kerana benihnya sukar tumbuh.  Ada pula yang menyatakan kucai mudah ditanam; campak aja pasti akan tumbuh.  Yang pasti, kucai sesuai ditanam di mana-mana sahaja; di tanah, atau dalam bekas.

Apa khasiat kucai?
Khasiat kucai sama dengan khasiat daun bawang.  Saya tanam kucai untuk rasanya yang enak.

Tanah apa yang sesuai untuk tanam kucai?
Kucai tak cerewet.  Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah.  Ada yang tanam kucai dalam tanah bekas lombong.  Ia hidup dengan subur.  Bagaimanapun, kucai paling elok ditanam dalam tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik.  Jadi, sebelum tanam kucai, campurkan baja organik atau kompos dan biarkan kira-kira 1 hingga 2 minggu sebelum menanam kucai.


Tanam guna apa?
Anda boleh gunakan biji benih atau rizom (bebawang) kucai.  Benih boleh dibeli dari blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364).  Letakkan 1 hingga 3 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm.  Kekalkan kelembapan tanah.

Jika guna rizom atau bebawang, tanam dalam lubang sedalam 5 cm.  Jangan mampatkan tanah.  Jika tanam menggunakan pokok yang sedia ada, pecahkan rumpun pokok kepada 3 atau 4 bahagian dan tanam dalam lubang sedalam 5 cm.

Cara penjagaannya?
Kucai tidak cerewet.  Ia tahan panas dan tidak perlukan air yang banyak.  Bagaimanapun kucai tidak tahan rumpai.  Jadi anda perlu merumput selalu untuk pastikan kucai tidak bersaing dengan rumpai.  Untuk pastikan pokok kucai rimbun, guntung buang tangkai bunga.

Bagaimana cara tuai?
Bahagian yang dimakan ialah daun.  Gunting daun dan biarkan bebawang terus hidup.  Daun baru akan tumbuh.

(iskandar di http://www.tanamsendiri.com)

11 ulasan:

  1. saya ada kucai sepasu.. nanti nak pindahkan dalam pasu panjang...

    BalasPadam
  2. saya fikir nak biarkan bunganya sebab nak tunggu sampai jadi benih, nampaknya kena la potong supaya rimbun ye... thanks for the infos. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila merimbun, rizom bebawang baru boleh dijadikan benih. Pertumbuhan lebih cepat jika dibandingkan dengan semai guna biji benih.

      Padam
  3. kalau beli kucai kt pasar yg ada akar & balik tanam blh tak? ke tanam bawang besar tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi kucai yang dijual jarang dijual dengan akar. Hanya daun dijual.

      Padam
  4. Salam en is
    Kucai yg saya semai, sudah 2 bulan tp masih kurus melidi dan hanya 2 daun setiap rumpun. Mohon pendapat en is. Terima kasih

    BalasPadam
  5. Kebiasaan brapa lama utk benih kucai tumbuh mnjadi tunas?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Saya beli biji benih dari tuan. Sudah cuba tanam utk kali ke2, tp kucai sy tak naik2. Apakah sebabnya tuan? Saya duduk di saudi...sy cuba tanam pada cuaca sekarang (sblm ni tanam pada cuaca panas) cuaca sejuk.

    BalasPadam
  8. Saya tanam melalui biji benih..tapi x nampak hidup lg..brpe lama selalunya benih kucai akan hidup?

    BalasPadam