Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 3 Mac 2014

Sahabat Lama Yang Berkebun di Rumah

Hari Sabtu petang, bila tiada lagi rakan tanamsendiri berkunjung, saya ambil kesempatan untuk singgah ke tempat sahabat gardening di Kampung Baru Ampang. Rupa-rupanya sahabat saya tu sedang seronok menanam tomato. Katanya anak-anak suka makan. Ok lah tu.

Pokok tomato ceri hasil tanaman sahabat berkebun di rumah.
Sambil minum kami berbincang tentang cara dapatkan hasil yang terbaik.  Sahabat saya amalkan penggunaan baja kimia.  Bagi saya, baja apa-apa pun ok aja, ikut pilihan sendiri.   Tujuan berkunjung ke sana ialah untuk bincang-bincang dan cari idea untuk ebook tentang menanam tomato.  Masalah yang dihadapi ketika menanam dan lain-lain isu yang berkait.
Sudah tentu, waktu ini kalau berbincang tentang berkebun di rumah, isu utama ialah air.  Apa lagi bila kerajaan negeri ada hebahkan kemungkinan terpaksa dicatu bekalan air.  Saya perhati ruang laman sahabat saya ni, rupa-rupanya dah ada legeh besar berisi air.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan