Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 22 Mac 2014

Rizom Temu Pauh

Selepas kemarau panjang, kebanyakan tanaman yang saya tanam kembali pulih.  Bukan tanaman aja, rumpai ruga telah mula tumbuh dengan galaknya.  Saya perhatikan ketika kemarau, banyak pokok besar yang ditanam di atas tanah mati.  Pokok dari jenis yang sama yang ditanam dalam pasu tak pula mati.

Mungkin kerana pokok atas tanah akarnya dah merayap jauh.  Bila saya siram, saya siram berdekatan dengan pokok sedangkan akar yang menyerap air berada jauh daripada pokok.  Pokok yang di dalam bekas, akarnya hanya terkepung di dalam bekas, jadi bila saya siram terus dapat menyerap air siraman.

Temu pauh yang saya tanam dalam bekas styrofoam tetap bertahan.  Hari ni saya pecahkan styrofoam dan dapatkan rizomnya, kerana ada rakan yang ingin berkunjung untuk membelinya.  Alhamdulillah, rizom bertunas dengan cantik.

Temu pauh juga dikenali sebagai temu mangga atau nama Latinnya Curcuma mangga.

Saya ada tanam temu pauh dalam polibeg kecil.  Semua hidup subur.  Saya jual RM5 satu polibeg.  Rizom bertunas pula saya jual dengan harga RM10 satu set, iaitu 5 rizom bertunas.  Kiriman dibuat melalui poslaju.

Jika dikerat rizom temu pauh, warnanya kuning cerah.  Ia menghasilkan aroma yang harum berbau mangga muda.  Saya makan temupauh muda, buat perisa sambal atau buat ulam.  Rasanya ok juga.  Ada yang bat kerabu.

Bila saya semak buku Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia, terbitan MARDI, ia ada mencatatkan kegunaan temu pauh untuk buang angin, ubat sakit dada, mengecutkan rahim (wanita lepas bersalin) dan awet muda.  Wow.  Bagaimanapun tuntutan tersebut hanya bersandarkan amalan orang dulu-dulu.  Tiada kajian secara sains untuk mengesahkannya. Mungkin kita boleh gunakan sebagai panduan, tapi perlu ada kajian terperinci.

Masih ada dalam 10 set available.  Jika rakan-rakan berminat boleh pesan sekarang.  SMS/WhatsApp 0175009364.  Jika pesan 3 set atau lebih sebelum 24 Mac, saya akan berikan benih campuran 5 jenis salad untuk tanaman ulam dalam mangkuk salad secara percuma.  Rakan-rakan hanya perlu tabur dan siram.  Lepas satu bulan kerat dan masukkan dalam mangkuk salad.  Semingggu kemudian tuai lagi, dan lagi.... :)
 Puas makan salad.

Temu pauh, enak dimakan dan ada kegunaan perubatan. 



2 ulasan: