Ahad, 30 Mac 2014

Menyiram, Dipetik darpada Ebook "Menyiram" -- Bahagian 16 Daripada 40

IKLIM
Iklim sesuatu kawasan memberi kesan terhadap jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. Ia juga menentukan samada kita boleh siram sahaja menggunakan bekas penyiram atau mesti memasang sistem pengairan yang lebih rumit bermula dari menyemai hingga ke waktu menuai.

Di kawasan yang kering, atau ketika musim panas yang kering anda mungkin perlu pasang sistem pengairan yang membekalkan air secara berkala, walaupun kadang-kadang ada hujan tetapi kadar kehilangan air yang tinggi mungkin menyebabkan kita perlu ada sistem pengairan.

Dalam keadaan tertentu, sistem pengairan diperlukan sistem pengairan untuk dapatkan hasil tuaian yang lumayan.  Ini lazimnya benar jika kita menanam menggunakan kaedah batas intensif yang mempunyai pelbagai tanaman yang ditanam dengan rapat, kerana tanaman perlukan air yang cukup, dalam kuantiti yang banyak.

Bersambung...
Untuk artikel sebelum ini, klik pada lebel "Menyiram"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan