Isnin, 31 Mac 2014

Menyiram, bahagian 17 daripada 40, dipetik daripada EBook "MENYIRAM"

IKLIM DAN AIR TANAH
Ada variasi jumlah air di dalam tanah dan ia berkait dengan iklim atau musim.  Ini jelas kerana jumlah hujan yang turun adalah berbeza mengikut musim.  Ia juga berbeza mengikut tempat kerana tempat yang berbeza menerima kuantiti hujan yang berbeza pada musim tertentu.  Misalnya di kawasan pantai di Terengganu menerima hujan yang lebat pada bulan Disember dan ada kawasan di pantai barat tidak menerima hujan langsung.

Satu lagi punca vasiasi kandungan air ialah suhu.  Ini kerana pada suhu yang rendah, kadar transpirasi tumbuhan adalah kurang berbanding ketika suhu tinggi.  Ini bermaksud tanah kering lebih cepat di waktu tengahari berbanding waktu awal pagi.

Jika pasang sistem pengairan ambil kira cuaca.  Jangan setkan pada setting yang sama di sepanjang tahun.
Mungkin anda perlu pasang penyukat hujan untuk rekodkan jumlah hujan di sepanjang tahun.  Dari data yang ada anda boleh tentukan setting sistem pengairan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan