Khamis, 6 Mac 2014

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Tanaman Milik Addriene

Pokok kacang bendi.  Gambar milik Addriene.

Pokok kacang botor sedia untuk memanjat.  Gambar milik Addriene.

Semaian kacang botor yang belum dialih.  Gambar milik Addriene.

Anak pokok kacang bendi.  Gambar milik Addriene.

Pokok jagung manis.  Gambar milik Addriene.

Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Addriene.  Addriene adalah rakan yang baru sahaja memulaan hobi menanam di rumah.  Saya perhatikan, tanah di sekitar rumah Addriene amat subur, kaya dengan bahan organik.  Pokok kacang botor adalah pokok yang memanjat, jadi Addriene perlu pasang pancang.  Pokok bendi keihatan terbantut sedikit, tapi saya yakin selepas 2 minggu akan datang pokok tersebut akan membesar dengan galak.
Saya kagum melihat pokok jagung.  Ia amat subur.  Addriene ada menyatakan kebimbangannya kerana kelihatan lebah kelulut menghurung bunga jagung.  Sebenarnya ini petanda baik kerana lebah kelulut membantu pendebungaan.  Ia tidak merosakkan tanaman.
Syabas Addriene.  Selamat datang ke dunia tanamsendiri.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan