Jumaat, 21 Mac 2014

Gambar Hari Ini -- Tomato

Tomato sedang ranum.


Akhir-akhir ni saya banyak tanam tomato.  Ini kerana saya sedang menulis ebook tentang penanaman tomato di rumah.  Ini kerana ada banyak juga soalan tentang tomato yang saya terima.  Saya perhatikan dari soalan yang ditanya, kebanyakan rakan-rakan mempunyai masalah yang sama.  Biasanya berkait dengan mikroiklim, pembajaan, dan penjagaan.

Saya cuba juga belek buku tempatan untuk syorkan mana-mana buku yang sedia ada kepada rakan-rakan.  Malangnya buku buku tersebut tertumpu pada penanaman di ladang.  Walaupun pada asasnya sama, penanaman di ladang adalah dalam skala yang besar.  Jadi cara pengurusannya agak berbeza.  Mungkin saya terlepas pandang.  Jika rakan-rakan ada temui buku tempatan yang boleh dijadikanbahan bacaan rakan-rakan yang berkebun di rumah, bolehlah syorkan.

Jadi, terpanggil untuk saya menulis ebook untuk orang macam kita, yang ingin makan tomato segar dari laman rumah, tiada masa untuk berkebun dan tak mahu guna racun.

Oleh kerana saya ingn gunakan ilustrasi bergambar, ebook tersebut makan masa yang lebih lama kerana gambar yang digunakan saya rancang untuk hasilkan sendiri, dan tanaman yang ditunjukkan adalah tanaman sendiri.

Jika ada topik yang rakan-rakan fikir perlu dimasukkan dalam buku ini, boleh letakkan pada ulasan posting ini.

2 ulasan:

  1. saya pun berminat nak tanam tomato, sebab anak suka makan. Pernah kerja part time dekat Cameron Highlands dulu tp depa buat cara hidroponik, tanam dalam beg. Benih beli kat nursery dah bercambah dan sudah dialih, tapi mcm lambat nak besar after 4 weeks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tanam kaedah biasa, lazimnya pertumbuhan lambat sedikit berbanding kaedah fertigasi atau hidroponik. Bagaimanapun pokok lebih kukuh.

      Padam