Isnin, 20 Oktober 2014

Benih Untuk Dijual -- Terung Putra, Bujur Ungu


Terung Putra
Pokok terung Putra menghasilkan buah dengan saiz yang lazim iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.  Buah berbentuk bujur dngan kulit bewarna ungu dengan jalur hijau muda.  Buah terung putra lazimnya tiada biji dengan rasa terung yang lembut enak dimasak atau dihiris nipis dan dibuat ulam.  Tuai buah ketika masih muda dengan kulit yang berkilau.

Menyemai
1. Rendam benih terung putra di dalam air suam yang bebas klorin selama 2 hingga 8 jam.
2. Semai benih di dalam lubang sedalam 1 cm dalam  dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah semaian atau kompos. Boleh juga gunakan Jiffy-7.
3. Sembur air dengan penyembur untuk lembapkan tanah.  Letakkan dulang semaian di tempat cerah (terima cahaya matahari) untuk naikkan suhu semaian. Benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 4 minggu.

Mengalih
1. Sementara itu sediakan bekas tanaman atau tanah untuk tanaman.  Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah atas (topsoil) yang digaul dengan pasir dan baja organik (misalnya tinja ayam, kambing, puyuh). Nisbah rumusan 2:1:1 dan peram selama 2 minggu.
2. Jika tanam di atas tanah, buat batas dan gaulkan dengan baja organik. Gaulkan 1 tin baja (tin susu pekat manis) untuk lubang setiap anak pokok.  Biarkan selama 2 minggu.
3. Apabila semaian mempunyai 4 helai daun (atau 2 minggu lepas bercambah), alih anak pokok.  Tanam dalam lubang sedalam 5 cm (2 inci) atau sehingga paras daun benih.  Jangan padatkan tanah.  Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.

Penjagaan
1. Siram 2 kali sehari jika tanam dalam bekas atau 1 hari sekali jika tanam di atas tanah ddi hari yang tidak hujan. Pokok akan mula berbunga selepas 2 minggu dialih.
2. Merumput jika perlu.
3. Tambah baja setiap 2 minggu.
4. Pokok akan berbuah dan dapat dituai selepas 1 bulan dialih.  Tuai ketika kulit buah paling berkilau.

Cara Dapatkan Benih
Untuk 5 pek benih (1 pek ada 10 benih), jumlah perlu dibayar ialah RM20, iaitu RM10 untuk benih dan RM10 untuk kendalian poslaju. Bayaran dibuat ke mana-mana akaun berikut.  Kemudian SMS/WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]
Nama, Alamat, No HP, Benih yang dipesan, Bank Pembayaran serta amaun dibayar.

Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114

CIMB
Zaitun Ismail
7017583738 atau
 atau

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

Rujukan emel, [email protected]
Rujukan no mobile 0175009364



Tiada ulasan:

Catat Ulasan