Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 31 Mac 2014

Benih Untuk Dijual, Peria Katak Hobbit, Baka F1

Peria katak adalah peria bersaiz kecil.  Jenis Hobbit adalah jenis yang kecil dengan kulit yang kurang menggerutu berbanding baka OP.
Setiap pek mengandungi 5 biji benih peria katak.  2 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Menyiram, bahagian 17 daripada 40, dipetik daripada EBook "MENYIRAM"

IKLIM DAN AIR TANAH
Ada variasi jumlah air di dalam tanah dan ia berkait dengan iklim atau musim.  Ini jelas kerana jumlah hujan yang turun adalah berbeza mengikut musim.  Ia juga berbeza mengikut tempat kerana tempat yang berbeza menerima kuantiti hujan yang berbeza pada musim tertentu.  Misalnya di kawasan pantai di Terengganu menerima hujan yang lebat pada bulan Disember dan ada kawasan di pantai barat tidak menerima hujan langsung.

Satu lagi punca vasiasi kandungan air ialah suhu.  Ini kerana pada suhu yang rendah, kadar transpirasi tumbuhan adalah kurang berbanding ketika suhu tinggi.  Ini bermaksud tanah kering lebih cepat di waktu tengahari berbanding waktu awal pagi.

Jika pasang sistem pengairan ambil kira cuaca.  Jangan setkan pada setting yang sama di sepanjang tahun.
Mungkin anda perlu pasang penyukat hujan untuk rekodkan jumlah hujan di sepanjang tahun.  Dari data yang ada anda boleh tentukan setting sistem pengairan.

Bebawang Pokok Bunga Harum Sundal Malam

Bebawang Harum Sundal Malam kini ada stok. 1 set 5 bebawang harganya RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Jika beli 5 set menggunakan satu alamat penerima, kendalian poslaju percuma.

Ahad, 30 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Tomato Red Heart, baka F1

Tomato Red Heart adalah tomato saiz besar dari baka F1.  Pokok jenis indeterminate.  Benih amat sukar diperoleh. Satu pek mengandungi 10 benih dijual dengan harga RM10. Untuk peminat tomato, benih ni "object of desire". Tiada gambar disertakan oleh pembekal benih.

SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih



Benih Untuk Dijual -- Tomato F1 Saiz Besar, Red Rock

Tomato Red Rock adalah tomato saiz besar dari baka hibrida.  Benih sukar diperoleh. .  Satu pek mengandungi 10 benih dijual dengan harga RM5.

SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Menyiram, Dipetik darpada Ebook "Menyiram" -- Bahagian 16 Daripada 40

IKLIM
Iklim sesuatu kawasan memberi kesan terhadap jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. Ia juga menentukan samada kita boleh siram sahaja menggunakan bekas penyiram atau mesti memasang sistem pengairan yang lebih rumit bermula dari menyemai hingga ke waktu menuai.

Di kawasan yang kering, atau ketika musim panas yang kering anda mungkin perlu pasang sistem pengairan yang membekalkan air secara berkala, walaupun kadang-kadang ada hujan tetapi kadar kehilangan air yang tinggi mungkin menyebabkan kita perlu ada sistem pengairan.

Dalam keadaan tertentu, sistem pengairan diperlukan sistem pengairan untuk dapatkan hasil tuaian yang lumayan.  Ini lazimnya benar jika kita menanam menggunakan kaedah batas intensif yang mempunyai pelbagai tanaman yang ditanam dengan rapat, kerana tanaman perlukan air yang cukup, dalam kuantiti yang banyak.

Bersambung...
Untuk artikel sebelum ini, klik pada lebel "Menyiram"

Jumaat, 28 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Terung Mini Sejambak

Buah terung purple yang bersaiz kecil sepanjang 10 cm (4 inci).  Buah enak dibuat ulam, dicelur dan dibuat ulam atau dimasak sebagai sayur.


Satu pek mengandungi 10 benih.  1 pek RM5.

SMS/WhatsApp 0175009365 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Terung mini sejambak mempunyai saiz yang kecil.  

Benih Untuk Dijual -- Terung Panjang Purple Tempatan

Terung Panjang Purple Tempatan adalah terung bulat baka tempatan.  Ia tahan penyakit dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Setiap pek mengandungi 10 biji benih (purata).  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Pautan Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Terung Bulat Purple Tempatan

Terung Bulat Purpleini adalah baka tempatan.  Ia tahan penyakit dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Setiap pek mengandungi 10 biji benih (purata).  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Pautan Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Terung Pendek Tangkai Purple

Terung pendek tangkai ungu yang enak rasanya.  Pokok tahan penyakit.  Satu pek mengandungi 10 benih.  5 pek mengandungi RM10.

SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk membuat pesanan.

Cara Memesan Benih

Terung tangkai ungu, gambar milik pembekal benih.

Benih Untuk Dijual -- Terung Panjang Purple, Baka Hybrida F1

Pokok dari jenis tegak dan tahan penyakit.  Buah mudah lekat, panjang dan bengkok sedikit.  Buah bewarna ungu dan boleh dituai 65 hari selepas disemai.
Benih dijual dalam pek kecil (purata 10 biji benih) dengan harga RM10 untuk 5 pek.

Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih
Benih Terung Panjang



Terung panjang purple.

Benih Untuk Dijual -- Terung Coco Lai

Terung Coco Lai 5 adalah terung bulat hijau.  Terung ini enak dimasak kari atau dipetik muda untuk dibuat ulam.  Satu pek mengandungi 10 benih. 5 pek dijual dengan hharga RM10.

SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Terung Bulat Hijau Coco

Terung Bulat Hijau Coco adalah terung bulat hijau dengan jalur-jalur putih.  Buah terung ini kelihatan seperti buah kelapa muda, sebab itulah ia dinamakan coco iaitu singkatan coconut.  Terung ini enak dimasak kari.  Satu pek mengandungi 10 benih. 5 pek dijual dengan hharga RM10.

Untuk pesanan, sila SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Terung Bulat DwiWarna, Baka F1

Benih Terung Bulat DwiWarna, baka hibrida F1, tahan hujan dan panas.  Buah bujur bersaiz sederhana dengan warna ungu berjalur putih.
Benih dijual dalam pek kecil dengan harga 5 pek RM10.  Setiap pek mengandungi 10 biji benih secara purata.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih


Terung Bulat DwiWarna

Benih Untuk Dijual -- Terung Bulat Purple, Baka F1

Buah terung bulat dari baka ini mempunyai isi yang mampat.  Buah enak dimasak terutamanya gulai/kari.

Benih dari batch baru.  Benih Terung Bulat, baka hibrida F1 mempunyai pertumbuhan yang galak dengan banyak ranting.  Bunga dan buah berwarna ungu tua.  Buah bulat serta mampat dengan jisim 400 hingga 500g.  Buah dapat dituai selepas 55 hari di semai.

Benih dijual dalam pek kecil dengan harga 5 pek RM10.  Setiap pek mengandungi 10 biji benih secara purata.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Terung Pendek Purple June

Terung pendek Purple June, menghasilkan buah terung yang ungu berkilau dengan panjang sekitar 20cm.

Benih dijual dalam pek kecil dengan harga 5 pek RM10.  Setiap pek mengandungi 10 biji benih secara purata.  Jumlah benih adalah terhad, dapatkan dengan segera.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Terung Pendek Ratna

Benih Terung Pendek, Ratna, baka hibrida F1, menghasilkan pokok yang tahan penyakit layu bakteria dan virus.  Bunga dan buah berwarna ungu.  Buah panjang antara 15 hingga 20 cm dengan garispusat 4 cm. Isi buah berwarna putih dengan tekstur yang halus. Jisim 100 hingga 200g.  Buah dapat dituai selepas 80 hari di semai.

Terung Pendek Baka Ratna


Benih dijual dalam pek kecil dengan harga 5 pek RM10.  Setiap pek mengandungi 10 biji benih secara purata.  Jumlah benih adalah terhad, dapatkan dengan segera.

SMS/WhatsApp 0175009364


Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Terung Besar Giant Naga

Terung panjang yang besar dengan buah yang gemuk. Kulit buah berwarna ungu dengan permukaan yang licin matte finish. Pokok terung dari jenis ini juga bersaiz besar. Cantik juga kalau ingin dijadikan pokok hiasan.  Boleh ditanam di dalam pasu.
Buah terung ini mempunyai kulit yang apabila dimasak menjadi rapuh.  Ia tidak mudah disiat setelah masak, sebaliknya akan mudah terlerai.  Isinya lemak dan rasa seperti mantega.  Jika anda tidak gemarkan terung sebelum ini, tanamlah terung ini. Selepas menikmatinya, pandangan anda tentang terung tidak akan sama lagi.

Buah Terung Pendenk Giant Naga

Satu pek mengandungi 10 benih.   2 pek dijual dengan harga RM10.
SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Terung Panjang Hijau

Terung Panjang Hijau menghasilkan buah yang panjang, antara 30 hingga 45 cm dengan kulit berwarna hijau dengan permukaan matte.  Pokok berbuah dalam masa 8 minggu.

1 pek mengandungi 10 benih dijual dengan harga RM2.  Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364.


Cara Memesan Benih




Terung Panjang Hijau, gambar dibekalkan oleh pembekal benih.



Benih Untuk Dijual -- Terung Besar Naga Putih, Snow Naga

Terung Besar Naga Putih, menghasilkan buah bewarna putih susu dengan saiz 18cm yang gemuk.  Pokok terung jenis ini tahan penyakit dan mempunyai batang dan ranting yang kukuh. Isinya lembut, enak digoreng, dipanggang, dicelur atau dibuat ulam.  Sebelum ini saya namakan terung ini terung pendek susu.  Saya dapati buah yang dihasilkan besar dan lebih sesuai dikategorikan sebagai terung besar.

Setiap pek mengandungi 10 benih (purata).  2 pek dijual dengan harga RM10.



Ulasan rakan Tanamsendiri yang telah menanam Terung Naga Putih:


Cara Memesan Benih
Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui sms/WhatsApp Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

Khamis, 27 Mac 2014

Mengapa Bayar Kalau Ingin Dibuang?

Masih jelas terdengar suara mak ketika zaman kanak-kanak dulu.

"Beli pisang tak timbang kulit ker?"

"Hah dah timbang kira kulit pun berbayar. Kenapa nak buang. Pergi letak dalam bekas baja (tong kompos)."

Begitulah cara kami di tahun 70an. Terbawa bawa hingga kini. Kulit pisang ni kalau dibuat kompos, hasilkan baja berkualiti. Cacing tanah pun akan gembira. Pokok yang tumbuh pasti ceria.
Apa lagi ya, yang boleh dibuat kompos?


Benih Kongsi -- 27 hingga 31 Mac

Untuk pembelian yang diproses hari ini hingga 31 Mac, benih percuma atau benih kongsi yang diberi ialah campuran 5 jenis benih salad. Campuran salad ini boleh dituai selepas 3 minggu disemia dan dicampur ke dalam mangkuk salad. Pokok dibiar tumbuh lagi untuk tuaian berikutnya. Jangan terlepas benih kongsi minggu ini.

Benih Untuk Dijual -- Terung Doree

Terung Doree menghasilkan buah bewarna hijau berjalur hijau muda dengan bentuk yang bujur sebesar penumbuk.  Pokok terung jenis ini tahan penyakit dan mempunyai batang dan ranting yang kukuh.

Satu pek mengandungi 10 benih (purata).  Satu pek RM5.
Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih


Benih Untuk Dijual -- Terung Telunjuk

Terung Telunjuk menghasilkan buah bewarna hijau cerah dengan saiz 10cm.  Pokok terung jenis ini tahan penyakit dan mempunyai batang dan ranting yang kukuh.

Satu pek mengandungi 10 benih (purata).  Lima pek RM10.
Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih


Rabu, 26 Mac 2014

Kiriman Benih Diterima Lewat

Kiriman benih untuk pesanan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu hanya sempat dikirim esok.  InsyaAllah pesanan tersebut akan diterima pada hari Khamis atau Jumaat.
Pesanan pada hari Sabtu dan Ahad telah dikirim semalam tetapi selepas waktu kutipan.  Kiriman hanya akan diterima esok.
Harap maklum.

Tarragon, dah "Tara".... dah "Gone"

Dah lama tak berseloroh.  Posting saya akhir-akhir ni serious aja.  Sambir menyebar ilmu berkebun di rumah, jual-jual benih.  Hari ni kita berseloroh sekejap.
Dulu saya ada tanam tarragon.  French tarragon, bukan Russian Tarragon.  Masa tu pokok tumbuh dengan galak.  Tak terfikir nak simpan benih.  Sebab ingat pokok akan kekal subur.  Semua dah tiada.  Pokok mati ketika kami berpindah.  Cari anak pokok merata tempat, tak dapat.  Rupa-rupanya herba yang mampu menaikkan selera makan ini sukar ditemui.  Cari merata tempat, yang dapat hanya Russian Tarragon.
Saya terjumpa packing daun kering, 250g dijual dengan harga RM200.  Jadi, RM800 sekilo.  Itu daun kering yang berkualiti rendah. Yang dituai segar tak tahulah berapa harganya.

Jadi mulalah shopping separuh bumi mencari benih "French" Tarragon.  Dapatlah pesan 10 benih.  Bila Akhirnya terima benih French Tarragon yang diidamkan.  Benih halus mikroskopik, diletak dalam vial kecil.  Saya pun buka vial tuang ke atas tapak tangan.  Sedang teruja sangat, tak perasan kipas sedang berputar ligat dan mula menala ke arah saya.

Woosh!!!!

Habis benis yang seni hilang dari pandangan terlekat kat TShirt.  

Mulalah teraba-raba cuba menyelamatkan benih yang terlekat kat baju.

"What's happening?" Tiba-tiba Puteri muncul.

Selepas memahami apa yang berlaku, Puteri muncul dengan kanta pembesar.  Jangan mimpi Puteri, kita pesan sekali lagi.  French Tarragon dah tarra,  dah gone.

Vial yang sepatutnya berisi benih taragon kini berisi habuk yang lekat dibaju, diharapkan ialah benih tarragon yang telah diterbangkan oleh angin kipas.

Isnin, 24 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Kucai Madu

Benih Kucai Madu.  Pokok kucai di sebelah kanan adalah dari baka tempatan.  Ia diletak sebagai hiasan sahaja.  Saya belum dapat pokok kucai dari baka yang diiklankan kerana benih baru sahaja disemai.

Benih Kucai Madu menghaslkan pokok kucai dari jenis daun pipih dengan rasa bawang berserta sari manis.  Daun kucai sesuai dibuat perisa menggantikan perisa bawang, misalnya dalam sup, telur dadar dan sayur goreng.

Satu pek mengandungi 30 atau lebih benih dijual dengan harga RM5 satu pek.  Untuk pesan, SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih

Tanamsendiri -- Kucai

TanamSendiri Kucai
Allium schoenoprasum, Allium tuberosum, Allium odoratum

Pokok kucai yang ditanam dalam pasu.



Jika gemarkan rasa bawang, kucai adalah tanaman yang patut ditanam di laman rumah terutamanya dalam patch herba.  Ada yang menyatakan kucai sukar ditanam kerana benihnya sukar tumbuh.  Ada pula yang menyatakan kucai mudah ditanam; campak aja pasti akan tumbuh.  Yang pasti, kucai sesuai ditanam di mana-mana sahaja; di tanah, atau dalam bekas.

Apa khasiat kucai?
Khasiat kucai sama dengan khasiat daun bawang.  Saya tanam kucai untuk rasanya yang enak.

Tanah apa yang sesuai untuk tanam kucai?
Kucai tak cerewet.  Ia boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah.  Ada yang tanam kucai dalam tanah bekas lombong.  Ia hidup dengan subur.  Bagaimanapun, kucai paling elok ditanam dalam tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik.  Jadi, sebelum tanam kucai, campurkan baja organik atau kompos dan biarkan kira-kira 1 hingga 2 minggu sebelum menanam kucai.


Tanam guna apa?
Anda boleh gunakan biji benih atau rizom (bebawang) kucai.  Benih boleh dibeli dari blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364).  Letakkan 1 hingga 3 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm.  Kekalkan kelembapan tanah.

Jika guna rizom atau bebawang, tanam dalam lubang sedalam 5 cm.  Jangan mampatkan tanah.  Jika tanam menggunakan pokok yang sedia ada, pecahkan rumpun pokok kepada 3 atau 4 bahagian dan tanam dalam lubang sedalam 5 cm.

Cara penjagaannya?
Kucai tidak cerewet.  Ia tahan panas dan tidak perlukan air yang banyak.  Bagaimanapun kucai tidak tahan rumpai.  Jadi anda perlu merumput selalu untuk pastikan kucai tidak bersaing dengan rumpai.  Untuk pastikan pokok kucai rimbun, guntung buang tangkai bunga.

Bagaimana cara tuai?
Bahagian yang dimakan ialah daun.  Gunting daun dan biarkan bebawang terus hidup.  Daun baru akan tumbuh.

(iskandar di http://www.tanamsendiri.com)

Sabtu, 22 Mac 2014

Rizom Temu Pauh

Selepas kemarau panjang, kebanyakan tanaman yang saya tanam kembali pulih.  Bukan tanaman aja, rumpai ruga telah mula tumbuh dengan galaknya.  Saya perhatikan ketika kemarau, banyak pokok besar yang ditanam di atas tanah mati.  Pokok dari jenis yang sama yang ditanam dalam pasu tak pula mati.

Mungkin kerana pokok atas tanah akarnya dah merayap jauh.  Bila saya siram, saya siram berdekatan dengan pokok sedangkan akar yang menyerap air berada jauh daripada pokok.  Pokok yang di dalam bekas, akarnya hanya terkepung di dalam bekas, jadi bila saya siram terus dapat menyerap air siraman.

Temu pauh yang saya tanam dalam bekas styrofoam tetap bertahan.  Hari ni saya pecahkan styrofoam dan dapatkan rizomnya, kerana ada rakan yang ingin berkunjung untuk membelinya.  Alhamdulillah, rizom bertunas dengan cantik.

Temu pauh juga dikenali sebagai temu mangga atau nama Latinnya Curcuma mangga.

Saya ada tanam temu pauh dalam polibeg kecil.  Semua hidup subur.  Saya jual RM5 satu polibeg.  Rizom bertunas pula saya jual dengan harga RM10 satu set, iaitu 5 rizom bertunas.  Kiriman dibuat melalui poslaju.

Jika dikerat rizom temu pauh, warnanya kuning cerah.  Ia menghasilkan aroma yang harum berbau mangga muda.  Saya makan temupauh muda, buat perisa sambal atau buat ulam.  Rasanya ok juga.  Ada yang bat kerabu.

Bila saya semak buku Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia, terbitan MARDI, ia ada mencatatkan kegunaan temu pauh untuk buang angin, ubat sakit dada, mengecutkan rahim (wanita lepas bersalin) dan awet muda.  Wow.  Bagaimanapun tuntutan tersebut hanya bersandarkan amalan orang dulu-dulu.  Tiada kajian secara sains untuk mengesahkannya. Mungkin kita boleh gunakan sebagai panduan, tapi perlu ada kajian terperinci.

Masih ada dalam 10 set available.  Jika rakan-rakan berminat boleh pesan sekarang.  SMS/WhatsApp 0175009364.  Jika pesan 3 set atau lebih sebelum 24 Mac, saya akan berikan benih campuran 5 jenis salad untuk tanaman ulam dalam mangkuk salad secara percuma.  Rakan-rakan hanya perlu tabur dan siram.  Lepas satu bulan kerat dan masukkan dalam mangkuk salad.  Semingggu kemudian tuai lagi, dan lagi.... :)
 Puas makan salad.

Temu pauh, enak dimakan dan ada kegunaan perubatan. 



Jumaat, 21 Mac 2014

Gambar Hari Ini -- Tomato

Tomato sedang ranum.


Akhir-akhir ni saya banyak tanam tomato.  Ini kerana saya sedang menulis ebook tentang penanaman tomato di rumah.  Ini kerana ada banyak juga soalan tentang tomato yang saya terima.  Saya perhatikan dari soalan yang ditanya, kebanyakan rakan-rakan mempunyai masalah yang sama.  Biasanya berkait dengan mikroiklim, pembajaan, dan penjagaan.

Saya cuba juga belek buku tempatan untuk syorkan mana-mana buku yang sedia ada kepada rakan-rakan.  Malangnya buku buku tersebut tertumpu pada penanaman di ladang.  Walaupun pada asasnya sama, penanaman di ladang adalah dalam skala yang besar.  Jadi cara pengurusannya agak berbeza.  Mungkin saya terlepas pandang.  Jika rakan-rakan ada temui buku tempatan yang boleh dijadikanbahan bacaan rakan-rakan yang berkebun di rumah, bolehlah syorkan.

Jadi, terpanggil untuk saya menulis ebook untuk orang macam kita, yang ingin makan tomato segar dari laman rumah, tiada masa untuk berkebun dan tak mahu guna racun.

Oleh kerana saya ingn gunakan ilustrasi bergambar, ebook tersebut makan masa yang lebih lama kerana gambar yang digunakan saya rancang untuk hasilkan sendiri, dan tanaman yang ditunjukkan adalah tanaman sendiri.

Jika ada topik yang rakan-rakan fikir perlu dimasukkan dalam buku ini, boleh letakkan pada ulasan posting ini.

Khamis, 20 Mac 2014

Stok Benih -- Benih Harum Sundal Malam Habis Stok

Bebawang harum sundal malam telah habis stok.  Saya berharap dalam 1 bulan lagi dapat bekalkan bebawang batch baru.  

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Kangkung

Kangkung tuaian Alice.  Gambar milik Alice Lim.

Wah sekarang hujan dah mula turun seperti sediakala.  Semangat untuk berkebun di rumah mula berkobar.  Maklum sajalah, tanaman di laman rumah mula kelihatan subur dan ceria.  Bila suasana basah, mula terlintas nak tanam kengkung kerana kangkung adalah tanaman yang gemar kawasan yang basah.

Untuk dapatkan tuaian yang berterusan, Alice amalkan kaedah tuai dan tumbuh lagi.  Untuk dapatkan tuaian berterusan jangan cabut pokok.  Ketika tuai, kerat batang kira-kira 5 cm dari paras tanah.

Benih Untuk Dijual -- Terung Black Beauty

Terung Black Beauty berbentuk bujur dengan kulit hitam berkilau.  Benih bercambah dalam masa 3 hingga 5 minggu.  Setiap pokok menghasilkan buah antara 5 - 10 biji setiap kali kitaran.  Pokok tahan lama jika dijaga.

1 pek mengandungi 10 benih.  Setiap pek dijual dengan harga RM10.

Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih


Contoh pek benih dan buah terung black beauty.
 

Rabu, 19 Mac 2014

TanamSendiri-- Terung

Tanamsendiri Terung
Terung atau nama Latinnya Solanum melongena adalah tumbuhan sayur buah yang sesuai ditanam di negara kita.  Ada 16 jenis benih terung boleh diperolehi daripada tanamsendiri.com.  Terung bukannya tanaman baru.  Ia telah ditanam di negara Cina dan India sejak 6000 tahun dahulu.

Daripada soalan yang saya terima, saya andaikan terung bukannya suatu yang mudah untuk disemai.  Bagaimanapun, apabila pokok terung telah kukuh, ia mudah dijaga.

Tanah yang macamana sesuai untuk tanam terung?
Terung tak cerewet.  Mana-mana tanah yang longgar dan tidak menakung air sesuai untuk tanam terung.  Jika struktur tanah kurang sesuai, anda hanya perlu ubah suai sedikit.  Misalnya jika tanah terlalu berpasir, tambah sedikit tanah liat.  Jika tanah mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir.  Untuk memastikan tanah mampu menyimpan air, gaulkan baja organik atau kompos.

Terung gemarkan nitrogen, fosforus dan kalium.  Jadi boleh letakkan lebih sedikit baja organik, serta sedikit abu tanaman.

Nak letak bekas terung tempat panas atau tempat teduh?
Terung perlukan cahaya yang banyak.  Letak tempat panas.

Apakah pH yang sesuai untuk pokok terung?
Terung gemar tanah dengan pH antara 5.5 hingga 6.5.  Jangan risau jika tiada meter pH.  Julat ini adalah julat pH tanah yang lazim.  Kecualilah jika anda berada di kawasan bukit batu kapur atau kawasan tepi laut, kebiasaanya anda tak perlu risau tentang pH tanah untuk tanaman terung.

Nak semai benih terung dalam bekas semaian ker?
Boleh juga.  Saya guna dulang semaian.  Mana-mana bekas yang tidak menakung air OK aja.

Nak guna tanah yang macamana untuk semai benih?
Mana-mana tanah yang mampu menyimpan air.  Benih terung belum perlukan nutrien, jadi bahan media semaian, misalnya tanah gambut, sabut kelapa, sabut kelapa sawit, semuanya boleh dgunakan.  Tanah kebun (tanah atas, topsoil) boleh digunakan.  Boleh juga guna tanah kebun yang dicampur dengan humus.  Cuma jangan guna tanah yang digaul dengan arang atau abu kerana ia tidak sesuai.  Kandungan garam yang terlalu tinggi mampu menggangu percambahan benih terung.

Ketika menyemai, pastikan …
Ketika menyemai letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung daripada hujan.  Pastikan tanah sentiasa lembap.

Nak kena rendam dulu ker benih?
Elok juga rendam dalam air suam antara 2 hingga 8 jam.  Tak rendam pun tak apa, cuma lambat sedikit benih bercambah.

Berapa hari ambil masa untuk bercambah?
Walaupun kadang-kadang benih dari tanamsendiri cepat bercambah, jangkamasa benih bercambah lazimnya antara 14 hngga 21 hari, iaitu 2 hingga 3 minggu.  Biasanya saya akan terima panggilan daripada rakan-rakan kerana menyangka mendapat benih yang tidak bernas.  Bernas, cuma rakan-rakan perlu sabar menanti.

Banyak mana nak tanam pokok terung?
Jika nak tanam untuk makan sendiri, saya syorkan 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung.  Nak tanam lebih, lagi baik.  Seeloknya jangan tanam kurang, bimbang kempunan. ;P

Bila nak alih cambahan?
Alih bila daun sebenar kelihatan, iaitu ketika daun ke tiga dan keempat kelihatan.  Biasanya 2 minggu selepas benih bercambah.
Nak tanam berapa pokok dalam satu pasu?
Tanam satu pokok.  Jika ada banyak ruang kosong, tanam sawi atau salad dalam ruang tersebut.

Jika tanam atas batas?
Jika tanam atas batas, jarakkan batas antara batas 60 hingga 90 cm, aitu 2 hingga 3 kaki.

Jika nak tanam secara intensif?
45 cm (1.5 kaki) pun ok juga.

Perlu membaja di peringkat awal?
Elok gaulkan dulu tanah dengan baja organik.  Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.  Letak banyak baja.  Jika buat begini, tak perlu tambah baja selepas menanam.

Perlu merumput?
Perlu, jangan bazirkan ruang dan baja untuk tumbuhan yang tidak diingini.  Seeloknya cabut rumpai seminggu sekali.  Cabut aja, jangan cangkul kerana akar pokok terung tak tumbuh dalam.

Perlu siram ker?
Jika tak hujan, siram untuk pastikan tanah kekal lembap.

Perlu membaja?
Kan dah letak baja sebelum mengalih.  Memadai siram dengan teh kompos tanamsendiri.

Perlu pasang sungkup?
Elok juga, misalnya tutup tanah dengan pelepah kelapa, atau jerami jagung, atau cebisan tempurung untuk kekalkan kelembapan tanah.

Perlu pangkas?
Bila pokok dah tumbuh setinggi satu kaki, cubit buang tunas utama untuk hasilkan pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi.

Makhluk perosak?
Jika pokok lemah lazimnya lalat putih akan menyerang.  Lalat buah juga kadang-kadang menyerang buah.  Jadi untuk pastikan serangan makhluk perosak kurang, pastikan pokok subur.  Macam kita juga, kalau badan lemah, mudah terkena jangkitan penyakit.

Bila nak tuai?
Jika menanam untuk makan sendiri, tuai ketika buah paling enak rasanya, iaitu ketika buah paling berkilau.  Bila buah mula pudar, rasa pahit semakin kuat.



Isnin, 17 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Terung Sekaki



Terung sekaki adalah terung pendek dengan kulit ungu.  Buah enak dibuat ulam, dimasak atau dipanggang.  Benih baka F1.
5 pek dijual dengan harga RM10.  Satu pek mengandungi 10 benih.
Daripada ujicambah yang dibuat, benih ini bercambah dalam masa 1 minggu.

Untuk pesanan sila SMS/WhatsApp 0175009364

Cara Memesan Benih

Ahad, 16 Mac 2014

Stok Benih -- Peria Katak

Peria Katak baka 922 telah habis stok.  Bagaimanapun kami ada menerima stok baru peria katak, yang juga baka F1.  Baka yang saya maksudkan ialah baka "Spine" yang menghasilkan buah kecil yang lebih panjang.

Benih Untuk Dijual -- Kacang Botor, Phosphocarpus tetragonus

Kacang Botor ini adalah dari baka memanjat yang menghasilkan buah yang banyak.  Buah, bunga, serta pucuknya boleh dimakan.  Buah enak dimakan ketika muda. Perlukan kawasan yang luas dan bina para atau pancang untuk pokok memanjat.  Pokok berbuah selepas 20 minggu disemai.
Benih dari baka yang menghasilkan pokok yang rimbun dengan buah yang berkilau.




Buah Kacang Botor, enak dibuat ulam ketika muda.

Satu pek mengandungi 5 biji benih.  Lima pek dijual dengan harga RM10.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Cara Memesan Benih

------------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013, 16 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Asparagus



Benih asparagus baka hibrida (F1) dari jenis yang tumbuh merimbun.

1 pek mengandungi 10 benih.  2 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk membuat pesanan, sila SMS/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih

TanamSendiri -- Asparagus

TanamSendiri Asparagus (Asparagus officinalis)
Tanaman asparagus lambat mendatangkan hasil kerana bahagian yang dituai ialah bahagian umbut atau pucuk muda yang baru tumbuh. Jika menanam di rumah, anda hanya dapat menuai pucuk asparagus selepas 8 bulan. Tuaian semakin banyak bila rumpun asparagus berumur 2 tahun.
Bagaimana pun berbaloi tunggu kerana asparagus yang paling enak adalah asparagus segar. Jika anda tanam di rumah, tuai terus masak, memang itulah asparagus yang paling segar.

Seeloknya tanam asparagus atas tanah pada batas. Pokok asparagus tahan sehingga 20 tahun, jadi pilih tempat yang kekal yang bebas dari angin kencang kerana pokok asparagus tumbuh setinggi 2 meter. Boleh juga tanam dalam pasu besar, tapi pada pendapat saya, lebih sesuai tanam di atas tanah.

Ada dua cara tanam iaitu menggunakan “crown” iaitu stok akar bertunas atau menggunakan benih.

Tanah
Pilih kawasan dengan niat untuk tanam lama. Tanah dengan elok salirannya dan terlindung daripada angin. PH tanah yang sesuai adalah antara 6.3 hingga 7.5. Jika tanah berpasir yang kaya dengan organik, misalnya tanah beris sesuai untuk tanam asparagus. Jika tanah kaya dengan tanah liat, tambahkan pasir dan pastikan kawasan tidak menakung air. Ia air bertakung, buat lurah parit untuk pastikan kawasan tersebut tidak menakung air. Seeloknya kawasan tersebut bebas rumpai yang mempunyai akar yang dalam, misalnya semalu, lalang, dan petai padang.

Waktu Menanam
Di negara kita yang mempunyai suhu yang tinggi, bila-bila masa pun sesuai. Seeloknya tanam selepas musim hujan. Di kawasan lembah Kelang, bulan April adalah waktu yang sesuai kerana di waktu tersebut lazimnya tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.

Cara Menyemai Menggunakan Benih
Semai di dalam bekas semaian yang mengandungi tanah kompos. Semai benih di dalam lubang sedalam 2.5 cm (1 inci). Kekalkan suhu sekitar 20 hingga 30 darjah sehingga benih mula bercambah. Lazimnya benih bercambah dalam masa 10 hingga 60 hari.

Apabila cambahan mula tumbuh kira-kira 5 cm (2 inci), letakkan semaian di tempat panas dalam 2 jam sehari untuk kukuhkan anak pokok. Apabila anak pokok kukuh, iaitu antara 10 hingga 12 minggu selepas benih bercambah, alih anak pokok ke atas batas batas yang telah digaul dengan baja organik. Jarakkan antara anak pokok antara 30 hingga 45 cm (12 hinggga 18 inci).

Menanam Menggunakan Akar Bertunas
Tanam akar bertunas dalam lurah yang dibuat khas sedalam 30 cm (12 inci) dengan lebar 20 cm (8 in). Jarak antara lurah 45 cm (18 in) dengan ruang lorong laluan 1 m (3 kaki) antara batas lurah. Tabur baja organik (tinja lembu, atau tinja ayam/kambing) membentuk lapisan yang nipis dan gaul dengan tanah kira-kira 10 cm (4 inci). Letakkan akar bertunas di tengah lurah batas. Jarakkan antara akar bertunas 30 hingga 45 cm (12 – 18 inci). Timbus lurah batas dan siram dengan air.

Penjagaan
Siram pokok setiap hari dan cabut rumpai apabila perlu. Pastikan tanah kekal lembap tetapi air tidak bertakung. Tambah baja organik setiap kali selepas menuai umbut asparagus. Baja ditambah dengan menabur baja organik secara sungkup.

Menuai
Seeloknya jangan tuai pucuk tunas yang keluar dari akar pada tahun pertama. Pada tahun kedua, tuai sedikit sahaja. Seeloknya tuai pada tahun ketiga. Ini memberikan masa untuk rimbunan pokok asparagus untuk bertapak kukuh. Apabila pucuk tunas telah tumbuh banak, tuai secara berterusan, misalnya 3 hari seali. Tuai pucuk tunas yang tumbuh sepanjang 13 hingga 18 cm (5 hingga 7 inci).

Perosak
Siput dan lintah bulan gemar memakan anak pokok asparagus. Terdapat juga kekabuh yang menyerang pokok asparagus.

Mana Nak Dapatkan Benih?
Rakan-rakan boleh dapatkan bnih daripada blog ini dengan sms/WhatsApp 0175009364.

Selasa, 11 Mac 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Penggunaan Teh Kompos

Tanaman sebelum disiram dengan teh kompos dan seminggu selepas disiram dengan teh kompos.  Gambar milik Puan Poziah.

Pagi ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh rakan tanamsendiri, iaitu Puan Poziah.  Gambar menunjukkan tanaman sebelum disiram dengan teh kompos tanamsendiri dan seminggu selepas disiram.
"Menjadi ker tak?", tanya Puan Poziah.
Rakan-rakan boleh tolong jawabkan.
Terima kasih Puan Poziah kerana sudi berkongsi gambar.
----------------------------------
Set Uncang Teh Kompos masih ada stok.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.  Harga hanya RM50 (dah termasuk kendalian poslaju).

Ahad, 9 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Cili Padi Burung

Cili burung adalah sejenis cili padi.  Buah muda berwarna kuning susu dan buah ranum berwarna merah.  Cili dari jenis ini pedas.  Benih berasal dari Thailand.  Satu pek mengandungi 10 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Cili Burung, gambar milik pembekal benih.

Untuk pesanan sila SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Solok

Cili solok berbentuk jantung yang lonjong dengan purata 8 cm (3 inci) dengan kulit yang sederhana tebal.  Cili ini sederhana pedas dan sesuai dibuat solok.

Satu pek mengandungi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]


Cara Memesan Benih 

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Abang Pedas

Cili Merah Abang adalah cili merah pedas baka hibrida yang mempunyai saiz yang besar panjang dengan isi yang tebal dan pedas.  Cili ini tahan serangan  penyakit.

 Setiap pek mengandunngi 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesan SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Kampung (OP)

Cili Merah Kampung baka campur.  Benih bercambah dalam masa 1 minggu selepas disemai.  Benih tahan penyakit dan buah sederhana pedas.  Saiz buah sebesar jari kelingking dan pokok berbuah lebat.  Sesuai dibuat jeruk atau dihiris dan dicampur kicap.  Enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.

Cili kampung lebat berbuah.



1 pek mengandungi purata 20 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesan SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah Kulai

Cili Merah baka Kulai menghasilkan cili yang sesuai dibuat sambal atau dimasak yang mempunyai tahap pedas yang sederhana. Pokok dari baka ini menghasilkan buah muda yang berwarna hijau muda dan buah ranum yang berwarna merah segar. Saiz buah kira-kira 15 cm (6 inci).  Pokok cili dari jenis ini tumbuh tegak, sederhana terbuka, dengan pertumbuhan yang cepat serta tahan penyakit.

Setiap pek mengandungi purata 10 biji benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Merah, Baka Red and Spicy

Cili Merah baka Red and Spicy menghasilkan cili yang sesuai dibuat sambal atau dimasak.  Cili mempunyai tahap pedas yang sederhana.  Menghasilkan buah muda yang berwarna hijau muda dan buah ranum yang berwarna merah segar.  Saiz buah kira-kira 15 cm (6 inci).  Pokok cili dari jenis ini tumbuh tegak, sederhana terbuka, dengan pertumbuhan yang cepat serta tahan penyakit.

Setiap pek mengandungi purata 10 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk buat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Memesan Benih

Jumaat, 7 Mac 2014

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Yuhana Yunus

Satu lagi koleksi gambar yang saya terima adalah satu set gambar kiriman Yuhana Yunus.  Gambar menunjukkan hasil tanaman ayah pengirim iaitu En Yunus yang menanam menggunakan kaedah fertigasi.  Benih semaian adalah daripada set eksotik terung.  Gambar menunjukkan dua daripada beberapa jenis terung yang ditanam iaitu terung panjang ungu dan terung bujur purple dan terung bujur black beauty (classic black oval).  Memang berbaloi tanam terung.  Terima kasih Yuhana kerana sudi berkongsi gambar.

Terung panjang ungu dengan buah yang sedia untuk dituai.  Gambar milik Yuhana Yunus.


Pokok terung bujur black beauty dengan buah yang lebat.  Gambar milik Yuhana Yunus.

Pokok terung black beauty cantik jika dijadikan pokok hiasan.  Gambar milik Yuhana Yunus.  

Buah terung black beauty enak dipanggang dan disapu minyak zaitun.  Gambar milik Yuhana Yunus.

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Kapsikum

Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Puan Premala.  Ada antara rakan pengunjung yang menyatakan sukar untk tanam kapsikum di kawasan tanah rendah.  Gambar ini membuktikan rakan-rakan yang tinggal di kawasan rendah yang panas juga boleh tanam kapsikum yang menghasilkan buah.

Pokok kapsikum yang menghasilkan buah berwarna kuning.  Gambar milik Pn Premala Balasubramaniam. 

Buah kapsikum yang merah menyala kelihatan cantik membuatkan pokok ini boleh juga dijadikan pokok hiasan. Gambar milik Pn Premala Balasubramaniam.

Lihatlah sendiri, lengkap warna lampu isyarat trafik. :)  Gambar milik Pn Premala Balasubramaniam.

Buah kapsikum yang belum ranum berwarna hijau.  Gambar milik Pn Premala Balasubramaniam.  

Cantik.  Terima kasih Pn Premala kerana sudi berkongsi gambar.

Khamis, 6 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Kapsikum Kuning

Cili Benggala yang manis rasanya.  Cili ranum berwarna kuning.  Setiap pek mengandungi secara purata 10 biji benih.  2 pek dijual dengan harga RM10.

Cili Kapsikum Kuning, gambar dibekalkan oleh pembekal benih.
Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]
Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Cili Oscar

Cili Oscar atau Cili Tanglung adalah cili manis (sweet pepper) hijau yang sukar diperoleh di negara kita.
Kini ia boleh didapati dari tanamsendiri.com

1 pek mengandungi 10 benih.
1 pek RM10.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.


Benih terhad, jangan lepaskan peluang ini.
Untuk maklumat lanjut hubungi atau sms/whatsapp 0175009364.

-------------------------------------
Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114

atau

CIMB
Zaitun Ismail
12750009113528

atau

Iskandar ab Rashid
Bank Islam 12092020181754,  atau
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825

atau

bayar ke akaun PayPal
[email protected]

Benih Untuk Dijual -- Kapsikum Merah


Cili kapsikum yang manis rasanya.  Cili ranum berwarna merah.  Setiap pek mengandungi secara purata 10 biji benih.  2 pek dijual dengan harga RM10.



Cili Kapsikum Merah, gambar dibekalkan oleh pembekal benih.

Untuk membuat pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]
Cara Memesan Benih


Status Kiriman

Pesanan awal minggu ini yang mengandungi set uncang teh kompos hanya sempat diisi semalam dan akan dikirim hari ini.  InsyaAllah ia akan masuk sistem ttrekking poslaju esok dan rakan-rakan akan terima konsignment esok.  Terima kasih kerana sabar menanti.

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Tanaman Milik Addriene

Pokok kacang bendi.  Gambar milik Addriene.

Pokok kacang botor sedia untuk memanjat.  Gambar milik Addriene.

Semaian kacang botor yang belum dialih.  Gambar milik Addriene.

Anak pokok kacang bendi.  Gambar milik Addriene.

Pokok jagung manis.  Gambar milik Addriene.

Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Addriene.  Addriene adalah rakan yang baru sahaja memulaan hobi menanam di rumah.  Saya perhatikan, tanah di sekitar rumah Addriene amat subur, kaya dengan bahan organik.  Pokok kacang botor adalah pokok yang memanjat, jadi Addriene perlu pasang pancang.  Pokok bendi keihatan terbantut sedikit, tapi saya yakin selepas 2 minggu akan datang pokok tersebut akan membesar dengan galak.
Saya kagum melihat pokok jagung.  Ia amat subur.  Addriene ada menyatakan kebimbangannya kerana kelihatan lebah kelulut menghurung bunga jagung.  Sebenarnya ini petanda baik kerana lebah kelulut membantu pendebungaan.  Ia tidak merosakkan tanaman.
Syabas Addriene.  Selamat datang ke dunia tanamsendiri.  


Rabu, 5 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Set Ulam

Koleksi 15 pek benih mudah disemai dan dijaga dari 5 jenis benih yang istimewa. Set ulam adalah sayur pilihan yang boleh dimakan mentah, sebagai ulam (salad dan rojak).  Anda akan dapat menikmati sayur ulam tanamsendiri 4 hingga 6 minggu selepas disemai.


Pesan sekarang, tak lama lagi anda dapat nikmati ulam seperti ini.

Set ini dipilih khas untuk beginner, dan boleh ditanam dalam bekas tanpa perlukan kawasan bertanah. Hanya pastikan tempat letak bekas tanaman terima cahaya yang cukup.

Kini anda boleh ulam tanamsendiri  walaupun tinggal di tingkat atas pangsapuri.

Set Ulam mengandungi
Set ini mengandungi 15 pek benih dari sayur yag biasanya dibuat ulam.
Set mengandungi benih berikut:

1. Ulam raja (3 pek)
2. Timun (3 pek)
3. Kacang botor (3 pek)
4. Kacang panjang (3 pek)
5. Cili (3 pek)


 Cara Menanam
Cara menanam disertakan.


Setiap Set Ulam hanya RM30
Pesanan dikirim melalui poslaju.
Jumlah pek terhad.  Jangan ketinggalan.

Cara Memesan Set Ulam:
1.  Tentukan jumlah set serta harganya.  Jika anda ingin beli 1 set, harganya RM30.
2.  Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.

Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754

atau

Zaitun Ismail
CIMB
7017583738

Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114

atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]

4.  Kemudian emel [email protected] atau sms 0175009364 dan nyatakan
a)  maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Ulam"  serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.

5.  Pastikan anda menerima respons daripada kami.  Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.

6. Pihak kami akan berikan nombor trekking poslaju untuk rujukan.

7.  Kiriman dibuat pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.


Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Laman Herba Azie

Laman herba Azie.  Gambar milik Azie.

Hari ini kita dapat menatap gambar kiriman Azie.  Tanaman herba di tanam dalam bekas dan disusun rapat.  Antara herba yang ada termasuk rosemary, basil, daun kari, serai dan cili merah.  Tanaman begini cukp lengkap untuk dijadikan perisa makanan.  Seronok jika menanam herba, bila nak memasak aja, keluar depan rumah, gunting aja mana-mana herba yang perlu.

Terima kasih Azie kerana sudi berkongsi gambar.

Selasa, 4 Mac 2014

Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Galaxy

Kacang panjang dari baka hibrida berkualiti tinggi.  Benih menghasilkan tanaman yang tahan penyakit.
Pokok kacang panjang galaxy menghasilkan biji berwarna putih.  Kacang panjang ini menggasilkan lenggai yang lembut dan enak dibuat ulam.  Pokok boleh dituai selepas 6 minggu disemai.  Pokok memanjat dengan melilit.
 
Setiap pek mengandungi 5 biji benih. Lima pek dijual dengan harga RM10.  Jenis benih boleh dicampur.

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]

Cara Memesan Benih

Stok Benih

Benih salad coral hijau dan salad coral merah telah habis stok.  Untuk senarai salad yang ada untuk dijual, sila lihat panel kanan blog.

Isnin, 3 Mac 2014

Sahabat Lama Yang Berkebun di Rumah

Hari Sabtu petang, bila tiada lagi rakan tanamsendiri berkunjung, saya ambil kesempatan untuk singgah ke tempat sahabat gardening di Kampung Baru Ampang. Rupa-rupanya sahabat saya tu sedang seronok menanam tomato. Katanya anak-anak suka makan. Ok lah tu.

Pokok tomato ceri hasil tanaman sahabat berkebun di rumah.
Sambil minum kami berbincang tentang cara dapatkan hasil yang terbaik.  Sahabat saya amalkan penggunaan baja kimia.  Bagi saya, baja apa-apa pun ok aja, ikut pilihan sendiri.   Tujuan berkunjung ke sana ialah untuk bincang-bincang dan cari idea untuk ebook tentang menanam tomato.  Masalah yang dihadapi ketika menanam dan lain-lain isu yang berkait.
Sudah tentu, waktu ini kalau berbincang tentang berkebun di rumah, isu utama ialah air.  Apa lagi bila kerajaan negeri ada hebahkan kemungkinan terpaksa dicatu bekalan air.  Saya perhati ruang laman sahabat saya ni, rupa-rupanya dah ada legeh besar berisi air.