Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Februari 2014

Tomato Ceri KingCup Menunggu Masa Untuk Ranum

Satu tangkai buah tomato ceri baka kingcup.

Tanam tomato di kawasan rumah adalah suatu aktiviti yang memuaskan hati.  Ini kerana tomato mudah tumbuh apabila disemai, mudah dijaga dan cepat mendapat hasil.  Bagaimanapun bila persekitaran terlalu panas atau terlalu basah, pencagaan mencabar sedikit.  Kali ini penghasilan buah tidak sebanyak yang diharapkan.  Sebahagian daripada putik buah gugur ketika suhu terlalu tinggi.  Saya perhatikan bila cuaca panas terik, pokok tomato tahan tetapi apabila suhu mencecah melebihi 38 darjah Celsius, putik buah mula kering dan gugur.
Sebenarnya ada cara untuk membantu putik buah supaya tidak gugur.  Jika cuaca terlalu terik dan kemarau panjang seperti sekarang, pastikan tanah tidak kering sebelum menyiram.  Jika tanah kering di waktu tengahari, siram atau setkan timer sistem titis untuk siraman sekitar pukul 10.30 hingga 11.00 pagi.
Untuk pastikan bunga disenyawa, jentik  batang pokok berulang kali dengan lembut (jangan batang cedera) supaya getaran pada batang pokok akan menggoncang bunga yang sedang mekar dan debunga terlerai dan terkena pada bahagian betina.
Ketika ini pokok tomato baka kingcup yang saya tanam di belakang rumah telah mula berbuah.  Tak sabar menunggu tomato baka tersebut ranum.

2 ulasan: