Sabtu, 22 Februari 2014

Struktur tanah mungkin menjadi punca pokok kehausan

Kadang-kadang pokok tetap layu walau pun selepas disiram (seperti dalam gambar (1)). Jika jadi begini, perhatikan tanah. Ia mungkin kering dan membentuk lapisan yang keras (gambar (2)) berkerak dipermukaan. Jika ini berlaku, apabila disiram, air akan mengalir melalui rekahan tanah tetapi tidak membasahi tanah tersebut. Akibatnya pokok tetap kehausan dan layu. Kita perlu pecahkan struktur tanah tersebut. Gunakan pemutar skru lama atau kayu penyepit (chopstick) yang ditajamkan hujungnya menggunakan penajam pensel. Saya gunakan penyungkil rumpai (gambar (3)).



Cucuk tanah sehingga 1 inci (2.5 cm) dari dasar bekas (gambar (4)) dengan jarak 3 inci (7.5 cm) antara setiap tempat dicucuk. Gambar (5) menunjukkan permukaan tanah selepas dicucuk. Dengan berbuat demikian saya telah memecahkan struktur tanah dan memberi ruang untuk air dan udara meresap masuk ke dalam tanah.


Kemudian, siram dengan air (gambar (6)). Selepas setengah jam, insyaAllah pokok tidak lagi layu (gambar (7)).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan