Sabtu, 1 Februari 2014

MENYIRAM, Bahagian 9 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

Air tanah yang boleh diserap oleh tanaman disebut "air yang ada", atau reservoir tanah. Air yang tidak dapat diserap oleh tanaman dikenali sebagai air yang tidak boleh dicapai dan ini termasuk air graviti dan air higroskop.

Tidak elok membiarkan tanah kering sehingga tanah kehilangan lebih daripada separuh kapasiti air yang ada kerana tumbuhan terpaksa "berkerja keras" untuk mendapatkan air.  Apabila tumbuhan terpaksa gunakan lebih banyak tenaga untuk menyerap air, tenaga yang tinggal untuk pertumbuhan menjadi kurang.  Ini menyebabkan kadar pertumbuhan berkurang dan tumbuhan menjadi lambat besar.

Sebagai pekebun di rumah, anda perlu pastikan tanaman anda mendapat jumlah air perlu yang cukup supaya tanaman dapat hidup subur dengan kadar pertumbuhan yang elok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan