Ahad, 2 Februari 2014

MENYIRAM, Bahagian 10 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEHILANGAN AIR DALAM TANAH
Berikut adalah beberapa faktor atau penyebab tanah kehilangan air.

SEJATAN:  Ketika hari panas, permukaan tanah yang terdedah kehilangan air yang banyak melalui sejatan.  Aktiviti berkebun meningkatkan lagi kadar kehilangan air melalui sejatan kerana jumlah permukaan tanah yang terdedah bertambah bertambah melalui pembinaan batas serta aktiviti menggembur tanah.  

Tanah berpasir lazimnya hilang kurang air melalui sejatan berbanding dengan tanah liat kerana air masuk ke dalam tanah berpasir dengan lebih cepat membentuk sungkup debu pada permukaan tanah dan kurang tindakan kapilari untuk menyerap air ke permukaan tanah kerana saiz zarah pasir lebih besar daripada zarah tanah liat.

Angin juga meningkatkan kadar sejatan air.  Oleh sebab itu, jika kawasan selalu kena angin kencang, bina penghadang angin untuk minimakan kadar sejatan.

Lapisan sungkup menghalang kehilangan air melalui proses sejatan. Ia menghasilkan satu lapisan lembap di permukaan tanah dan selain dari itu, sungkup menghalang cahaya matahari daripada terkena pada permukaan tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan