Jumaat, 7 Februari 2014

Lalat Buah Gemar Bunga Kemboja

Lalat buah di atas kelopak bunga kemboja.

Biasanya selepas musim hujan, jumlah lalat buah lebih daripada biasa.  Lalat buah digeruni rakan-rakan yang menanam sayur buah, misalnya cili dan tomato.  Lalt ini menyuntik telur pada buah yang masih muda.  Apabila buah hampir matang, telur menetas menghasilkan larva menyerupai lenggai yang emakan buah daripada dalam.  Biasanya buah cili akan dantomato akan buruk dan apabila ranum ia akan luruh.

Saya dapati, bunga kemboja mempunyai aroma yang menarik perhatian lalt buah.  Lalat buah akan singgah pada kelopak yang basah di waktu pagi dan menghisap cairan ayng ada di atas kelopak bunga kemboja.  Saya ada menanam cici yang sedang berbuah berdekatan dengan pokok kemboja.  Gabungan ini pastinya tidak serasi kerana lala buah yang berkunjung ke kelopak bunga ini mugkin akan menemui buah cili yang sedia untuk disuntik.

Saya perlu alih pokok ini jauh dari pokok cili dan pasang perangkap lalat buah.

5 ulasan:

  1. Tk suka lalat buah. Byk cili sy kne serang...begitu juga tomato...

    BalasPadam
  2. Oh.. baru tahu kenapa buahnya rosak. Boleh tunjuk bagaimana memasang perangkap lalat buah ni? Pokok saya jenis tanam di tanah, tak dapat dialihkan lagi. Dan boleh tuan terangkan bagaimana nak menyemai kemboja dari batangnya. Bolehkah ditutkan?

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, saya nak beli kertas untuk perangkap lalat buah tu. ada lagi ke?

    BalasPadam