Puteri (anak bongsu) terus lari masuk ke dalam rumah. Spoil mood gardening Puteri hari ni.
Hari ini pokok sawi kailan jepun di dalam dutch bucket mati. Ingatkan dah sampai masa akhir hayatnya. Bila kerat batang ada tanda reput. Saya suspek ada sesuatu telah makan akarnya. Bila korek tanah, dah jumpa puncanya. Lihatlah sendiri.
Ulat kekek rupanya. Ulat ini adalah larva kekabuh. Kalam kitar hidup serangga ini, memang sebahagian besar dari waktu hidupnya dalam bentuk larva. Makan sahaja kerjanya. Yang kurang enak tu, makannya ialah akar tanaman.
Sayur sawi kailan, kira ok juga. Jika tanam betik atau kelapa, itu pun boleh mati dikerjakannya.
![]() |
Ulat kekek yang hidup dengan memakan akar tanaman. |
![]() |
Menutup tanah dengan sungkup seperti cebisan tempurung mampu mengurangkan bilangan kekabuh bertelur di dalam tanah di kawasan tanaman. |
Memang euww. Saya jumpa di bawah pasu kentang saya. Mohon bertanya, jaris itu apa?
BalasPadamSy rse En.Is maksudkn jaris tu jaring...Jaring yg lubang halus. Betul kn En.Is..
PadamYa betul. Typo.
Padam