Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 21 Februari 2014

Cambahan Lonjong

Bila rakan-rakan yang datang berkunjung ada yang melihat cambahan saya dengan waswas.  Pada wajah saya kira mereka seolah-olah tertanya, adakah saya semai di tempat lain dan bawa keluar hanya ketika mereka berkunjung?
Selepas rakan-rakan bertanya, saya mulakan dengan ayat begini, "Tahu dah itu soalan yang akan ditanya?  Jawapannya, tak, saya tak alih.  Memang saya ketak kat sini."

Tapi kadang-kadang terlintas juga.  Kalau letak bekas semaian di tempat cerah, kalau suhu terlalu tinggi, cambahan akan mati kehausan.  Ada sebabnya saya letak cambahan di tempat cerah.  Pertama supaya cambahan tumbuh tidak terlalu tinggi dan kukuh. Kedua, suhu tinggi membuatkan hanya cambahan yang mantap terus membesar, jadi bila rakan-rakan bawa pulang, peluang untuk cambahan bertahan lebih tinggi.

Bila dua tiga orang bertanya soalan yang sama, saya sendiri jadi resah.  Jadi, saya pun alih satu dulang semaian ke tempat yang teduh sedikit.  Selepas dua hari di tempat teduh,  cambahan menjadi lonjong.  Apa yang saya maksudkan dengan lonjong adalah pokok tumbuh terlebih tinggi daripada yang sepatutya.  Ketinggian yang elok ialah dua kali lebar antara hujung daun benih.  Tapi cambahan yang dialih nisbah tinggi dengan lebar antara hujung daun melebihi 2 1/2 kali.  Lihatlah sendiri.  Bila kurang air, pokok mula rebah dan kelihatan seperti lemah.
Nampaknya saya perlu bertahan dengan konsep asal, pokok peru diletak di tempat cerah.  Walaupun begitu, saya perlu cari jalan supaya suhu tidak terlalu tinggi kerana ia akan memudaratkan cambahan.

Cambahan yang tumbuh lonjong.

2 ulasan:

  1. Salam, boleh saya beli terus anak benih dari En Iskandar? Saya tinggal di Kajang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Boleh. Sms kan dulu senarai supaya kami dapat sediakan terlebih dulu.senarai

      Padam