Jumaat, 21 Februari 2014

Benih Yang Disemai Rosak Angkara Bari-bari

Lama-lama sekali jenguk pasar.  Teropong harga sayur sambil beli sayur yang pelik-pelik.  Bila tengok kacang buncis, mak oi mahalnya.  Mulalah terlintas nak semai kacang buncis.  Kemaruk, Bukan nak semai sedikit, semai banyak.  Kononnya letak di ruang seberang jalan.

Lepas rendam 12 jam, benih kembang elok.  Mata tunas dah menunjukkan pertumbuhan akar.  Saya tuang air, ganti dengan air yang baru. Nak semai ke dalam dulang semaian.  Dua ratus benih semuanya.  Itu yang saya kata kemaruk.  Lepas isi tanah dalam separuh daripada dulang pertama, tak boleh tahan. Suhu terlalu tinggi.  Masuk rehatlah dulu.  Bekas rendaman tak ditutup.

Esoknya nak sambung kerja, ambil bekas rendaman, berterbangan baru-bari (fruitfly).  Kuis benih dengan jari, Alamak!  Benih reput.  Tunas akar putus begitu saja.  Bila diteliti, halus aja larva bari-bari berenang meratah benih yang baru nak bercambah.

Nak buat macamana.... Nanti semai lagi.  kali ni biar realistic sikit.  Semai 20 benih aja.

4 ulasan:

  1. bari-bari tu dtg waktu malam ke En. Iskandar ?. ada lagi tak benih rezom temu pauh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bari-bari biasanya ada juga dalam rumah, menghurung keratan limau nipis.

      Rizom temu pauh ada stok. Anak pokok juga ada stok.

      Padam
    2. En. Is sy nak order rizom temu pauh utk di tanam, nanti sy pm..

      Padam