Sabtu, 15 Februari 2014

Bendi Kampung Yang Ditanam Dalam Kompos

Pokok bendi ini ditanam dalam timbunan kompos yang ditutup dengan tanah daripada pasu terpakai.

Saya ingin pamerkan seluruh pokok bendi berserta tanah dalam bekas untuk tunjukkan rupa tanah yang digunakan serta pokok yang terhasil.  Walaupun begitu lensa yang terpasang pada kamera tak cukup sudut bukaan untuk pamerkan semua.  Jika saya undur ke belakang, terdapat banyak objek yang menghalang pandangan.  Maklum sajalah, laman rumah sempit.
Nasib baik saya pernah membeli perisian untk menggabungkan menjadi format panorama.  Jika digabung gambar secara menegak (vertical), saya dapat pamerkan gambar sebagaimana yang saya idamkan.  Jadi saya ambil tiga gambar dan menggabungkannya.  Inilah hasilnya.
Jika rakan-rakan perhatikan, tanah yang digunakan agak longgar dan pokok yang dihasilkan amat subur.
Sebenarnya, pokok ini adalah lebihan jualan.  Semua pokok ini berada daam satu cawan.
Saya isi kotak polistirena dengan ranting dan daun kering hasil daripada keratan rumpai serta pokok yang telah mati sebelumnya.  Bahan ini kebanyakannya terdiri daripada kompos kandungan karbon tinggi.  Untuk seimbangkan kompos saya isikan kotak tersebut dengan tanah yang saya kumpul daripada basu terpakai. Tanah tersebut kaya dengan nitrogen kerana ia pernah dibaja dengan baja organik pellet tinja ayam.
Kemudian saya alih pokok bendi ke dalam kotak tersebut.

Selain daripada pokok bendi, saya juga letakkan pokok bunga matahari yang telah patah dan beberapa cambahan kucai.  Semua tumbuhan tersebut tumbuh dengan subur.  Saya telah tuai bunga matahari untuk dijadikan benih.  Pokok kucai telah mati selepas menghasilkan bunga dan benih.

Saya perhatikan tanaman dalam kotak ini, termasuk bendi kampung tumbuh dengan subur.  Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, tanah yang kita guna untuk menanam tidak semestinya mampat.  Ini kerana akar memerlukan udara untuk pertumbuhan.  Akar yang subur akan menghasilkan pokok yang subur.
Kompos juga mampu menyimpan air secukupnya untuk tumbuhan.  Misalnya, sekarang musim kemarau dan suhu amat tinggi terutamanya di waktu siang.  Kotak polistirena ini pula jauh daripada getah paip yang saya gunakan untuk menyiram.  jadi jumlah air yang digunakan untuk menyiram amat sedikit.  Bagaimanapun pokok mendapat air yang cukup kerana kompos mampu menyimpan air dengan banyak.

Ada juga rakan-rakan yang timbulkan isu penggunaan kotak polistirena sebagai bekas tanaman.  Khabarnya ada beberapa negara telah mengharamkan penggunaan bahan tersebut.  Sebenarnya sebab pengharaman bahan tersebut bukannya atas alasan bahan tersebut menghasilkan toksik.  Ia diharamkan kerana bahan tersebut tidak mudah terurai dan menjadi masalah pencemaran kerana tidak bioterurai.
       

3 ulasan:

  1. Salam En Iskandar, saya sangat suka bendi. Buat makluman..saya ada letakkan link saudara pada laman sya.

    Laman tanamsendiri.com ini antara laman pertanian yang saya suka lawat untuk dapatkan pelbagai info mengenai tanaman. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Sila berikan URL blog saudara supaya kita semua dapat bertandang ke blog tersebut.

    BalasPadam
  3. Laman ini dan fb tanamsendiri.com memang saya suka

    BalasPadam