Isnin, 3 Februari 2014

ASAM PEDAS KEDAH -- Kiriman Ann Jelani

Pada 30 Januari 2014, tanamsendiri telah meminta rakan-rakan mengirim resepi bendi melalui laman facebook.com/tanamsendiri

Alhamdulillah, ramai daripada rakan-rakan telah mengirim resepi masakan kegemaran mereka melalui posting tersebut.  Resepi yang dikirim akan diletakkan dalam blog ini supaya dapat dicuba dan dinikmati sama hasil masakannya oleh rakan-rakan.

Hari ini kita nikmati resepi yang dikongsi oleh Ann Jelani.

Terima kasih Ann Jelani kerana sudi berkongsi resepi.

 7 tangkai cili kering dipotong dan direndam sekejap di dalam air panas.
10 ulas bawang kecil
1 inci belacan
1/2 sudu teh rempah biji

Bahan di atas dikisar menggunakan blender sehingga semua menjadi halus dan lumat.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan selama 10 minit, kemudian tambah air untuk dibuat kuah.   .
Masukkan 3 asam keping.
Masukkan ikan.
Letakkan bunga kantan dan daun kesum, garam, garam perisa (monosodium glutamate),
Kemudian masukkan bendi segar yang ditanamsendiri di laman rumah

SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan