Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Februari 2014

Soalan Pengunjung -- Berengga Lalat Memakan Benih

Soalan rakan tanamsendiri:
Saya semai benih roselle menggunakan dua kaedah, satu pakai jiffy, satu lagi pakai tanah dalam polibag kecil.  Pagi tadi saya dapati terdapat ulat kecil berwarna putih sedang memakan benih semaian.
------------------------
Ulat putih kecil tersebut adalah berengga (maggot/larva) dari jenis lalat sayur atau mungkin juga berengga bari-bari.  Mungkin serangga perosak telah bertelur pada benih ketika direndam atau ketika disemai.  Jika kawasan rumah ada masalah serangga perosak yang menyerang benih, saya cadangkan ditutup tutup rapat bekas rendaman, misalnya menggunakan cawan pakai buang yang bertudung supaya lalat atau bari-bari tidak dapat masuk untuk bertelur.  Untuk elakkan serangan perosak pada benih ketika disemai, saya cadangkan tutup bekas semaian dengan jaring halus di permukaan atas semaian.  Bila benih bercambah, alihkan jaring.

Kadang-kadang ada juga serangga perosak yang menyerang akar cambahan.    Saya pernah menghadapi masalah tersebut.  Saya gunakan kertas “baby wipes” yang digunting hingga tengah kertas dan dipasangkan pada cambahan seperti collar.

Menghindar serangan lalat pada akar cambahan.

Rabu, 26 Februari 2014

Gambar Hari Ini -- Tomato Ceri Baka Season Red

Tomato Ceri Baka Season Red yang baru berbunga.

Pokok tomato ini saya tanam di ruang depan rumah di dalam kotak polistirena.  Pokok tomato ceri baka season red adalah dari jenis rimbun dengan buah yang lebat. Jangka hayat pokok ini tak lama, jadi saya akan pastikan pokok ini menghasilkan bunga dan buah sebanyak mungkin dalam satu masa.  Sati biji buah ini hanya sebesar guli dengan rasa masam tomato dan mempunyai sari manis.  Buah enak dibuat ulam atau dimakan sebagai salad atau snek.

Tomato Ceri KingCup Menunggu Masa Untuk Ranum

Satu tangkai buah tomato ceri baka kingcup.

Tanam tomato di kawasan rumah adalah suatu aktiviti yang memuaskan hati.  Ini kerana tomato mudah tumbuh apabila disemai, mudah dijaga dan cepat mendapat hasil.  Bagaimanapun bila persekitaran terlalu panas atau terlalu basah, pencagaan mencabar sedikit.  Kali ini penghasilan buah tidak sebanyak yang diharapkan.  Sebahagian daripada putik buah gugur ketika suhu terlalu tinggi.  Saya perhatikan bila cuaca panas terik, pokok tomato tahan tetapi apabila suhu mencecah melebihi 38 darjah Celsius, putik buah mula kering dan gugur.
Sebenarnya ada cara untuk membantu putik buah supaya tidak gugur.  Jika cuaca terlalu terik dan kemarau panjang seperti sekarang, pastikan tanah tidak kering sebelum menyiram.  Jika tanah kering di waktu tengahari, siram atau setkan timer sistem titis untuk siraman sekitar pukul 10.30 hingga 11.00 pagi.
Untuk pastikan bunga disenyawa, jentik  batang pokok berulang kali dengan lembut (jangan batang cedera) supaya getaran pada batang pokok akan menggoncang bunga yang sedang mekar dan debunga terlerai dan terkena pada bahagian betina.
Ketika ini pokok tomato baka kingcup yang saya tanam di belakang rumah telah mula berbuah.  Tak sabar menunggu tomato baka tersebut ranum.

Selasa, 25 Februari 2014

Kiriman Selepas Cut Off Time

Salam rakan-rakan yang membuat pesanan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.  Kiriman yang dijanjikan pada hari Isnin telah dibuat selepas waktu kutipan (Pukul 5.00 petang).  Kiriman tersebut hanya akan diproses oleh pihak PosLaju hari ini dan akan masuk ke dalam sistem atas talian malam ini apabila tiba di PPL Kajang.  Senarai nama rakan-rakan yang membuat pesanan hanya akan dikeluarkan daripada senarai kiriman yang belum dihantar apabila telah masuk ke dalam sistem.

Pesanan yang dibuat hari Isnin dan Selasa (hari ini, sebelum pukul 12.00 pm) akan dikirim hari ini.

Harap maklum dan terima kasih kerana sabar menanti.


Ahad, 23 Februari 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Cambahan Kacang Pea

Cambahan Kacang Pea
Gambar yang dipamerkan hari ini adalah kiriman daripada rakan di Kajang.  Rakan tersebut tidak mahu namanya dinyatakan.  :)  Benih kacang pea ini telah lama dibeli dari tanamsendiri.com tetapi baru saja disemai.  Alhamdulillah benih bercambah dalam masa yang singkat.

Seingat saya benih kacang pea yang terakhir dijual benihnya berasal dari Paris.  Risau juga, bimbang benih tersebut lambat bercambah, tapi alhamdulillah benih tersebut cepat bercambah.  Saya berharap cambahan ini akan tumbuh hingga mengahsilkan buah yang lebat.

Sabtu, 22 Februari 2014

Struktur tanah mungkin menjadi punca pokok kehausan

Kadang-kadang pokok tetap layu walau pun selepas disiram (seperti dalam gambar (1)). Jika jadi begini, perhatikan tanah. Ia mungkin kering dan membentuk lapisan yang keras (gambar (2)) berkerak dipermukaan. Jika ini berlaku, apabila disiram, air akan mengalir melalui rekahan tanah tetapi tidak membasahi tanah tersebut. Akibatnya pokok tetap kehausan dan layu. Kita perlu pecahkan struktur tanah tersebut. Gunakan pemutar skru lama atau kayu penyepit (chopstick) yang ditajamkan hujungnya menggunakan penajam pensel. Saya gunakan penyungkil rumpai (gambar (3)).



Cucuk tanah sehingga 1 inci (2.5 cm) dari dasar bekas (gambar (4)) dengan jarak 3 inci (7.5 cm) antara setiap tempat dicucuk. Gambar (5) menunjukkan permukaan tanah selepas dicucuk. Dengan berbuat demikian saya telah memecahkan struktur tanah dan memberi ruang untuk air dan udara meresap masuk ke dalam tanah.


Kemudian, siram dengan air (gambar (6)). Selepas setengah jam, insyaAllah pokok tidak lagi layu (gambar (7)).


Jumaat, 21 Februari 2014

Benih Yang Disemai Rosak Angkara Bari-bari

Lama-lama sekali jenguk pasar.  Teropong harga sayur sambil beli sayur yang pelik-pelik.  Bila tengok kacang buncis, mak oi mahalnya.  Mulalah terlintas nak semai kacang buncis.  Kemaruk, Bukan nak semai sedikit, semai banyak.  Kononnya letak di ruang seberang jalan.

Lepas rendam 12 jam, benih kembang elok.  Mata tunas dah menunjukkan pertumbuhan akar.  Saya tuang air, ganti dengan air yang baru. Nak semai ke dalam dulang semaian.  Dua ratus benih semuanya.  Itu yang saya kata kemaruk.  Lepas isi tanah dalam separuh daripada dulang pertama, tak boleh tahan. Suhu terlalu tinggi.  Masuk rehatlah dulu.  Bekas rendaman tak ditutup.

Esoknya nak sambung kerja, ambil bekas rendaman, berterbangan baru-bari (fruitfly).  Kuis benih dengan jari, Alamak!  Benih reput.  Tunas akar putus begitu saja.  Bila diteliti, halus aja larva bari-bari berenang meratah benih yang baru nak bercambah.

Nak buat macamana.... Nanti semai lagi.  kali ni biar realistic sikit.  Semai 20 benih aja.

Cambahan Lonjong

Bila rakan-rakan yang datang berkunjung ada yang melihat cambahan saya dengan waswas.  Pada wajah saya kira mereka seolah-olah tertanya, adakah saya semai di tempat lain dan bawa keluar hanya ketika mereka berkunjung?
Selepas rakan-rakan bertanya, saya mulakan dengan ayat begini, "Tahu dah itu soalan yang akan ditanya?  Jawapannya, tak, saya tak alih.  Memang saya ketak kat sini."

Tapi kadang-kadang terlintas juga.  Kalau letak bekas semaian di tempat cerah, kalau suhu terlalu tinggi, cambahan akan mati kehausan.  Ada sebabnya saya letak cambahan di tempat cerah.  Pertama supaya cambahan tumbuh tidak terlalu tinggi dan kukuh. Kedua, suhu tinggi membuatkan hanya cambahan yang mantap terus membesar, jadi bila rakan-rakan bawa pulang, peluang untuk cambahan bertahan lebih tinggi.

Bila dua tiga orang bertanya soalan yang sama, saya sendiri jadi resah.  Jadi, saya pun alih satu dulang semaian ke tempat yang teduh sedikit.  Selepas dua hari di tempat teduh,  cambahan menjadi lonjong.  Apa yang saya maksudkan dengan lonjong adalah pokok tumbuh terlebih tinggi daripada yang sepatutya.  Ketinggian yang elok ialah dua kali lebar antara hujung daun benih.  Tapi cambahan yang dialih nisbah tinggi dengan lebar antara hujung daun melebihi 2 1/2 kali.  Lihatlah sendiri.  Bila kurang air, pokok mula rebah dan kelihatan seperti lemah.
Nampaknya saya perlu bertahan dengan konsep asal, pokok peru diletak di tempat cerah.  Walaupun begitu, saya perlu cari jalan supaya suhu tidak terlalu tinggi kerana ia akan memudaratkan cambahan.

Cambahan yang tumbuh lonjong.

Kamera Apa Digunakan Untuk Rakam Gambar Di Dalam Blog Ini?

Ada rakan pengunjung bertanya, kamera apa yang saya gunakan untuk rakam gambar, dan mengapa? Adakah saya edit gambar?
----------------------------
Kebiasaannya saya gunakan kamera telefon bimbit yang menggunakan pelantar Android, sebab ia mudah dikendali dan saya boleh terus share ke dalam laman tanamsendiri menggunakan Pages Manager dan Blogger. Oleh kerana ciri dalam apps telefon bimbit terhad, saya akan buka posting tersebut menggunakan komputer untuk menyunting teks. Ada kalanya saya terpaksa sunting gambar untuk ilustrasi artkel. Biasanya saya jajar (align) gambar yang senget atau pangkas (crop) gambar menggunakan Google Picasa atau PhotoScape.

Terima kasih rakan-rakan yang memberi kepercayaan dengan memesan benih dari kami



Bila lihat sampul yang bakal diterima rakan-rakan, rasa puas. InsyaAllah, akan ramai lagi rakan-rakan akan menikmati aktiviti sihat dengan menanam sendiri di rumah. Segala usaha menghidupkan tanamsendiri.com berbaloi. Pada rakan-rakan yang memberi kepercayaan memesan benih dari kami, serta bersabar menunggu kehadiran benih yang dipesan, terima kasih daun keladi, habis benih pesanlah lagi.

Rabu, 19 Februari 2014

Waktu Ni Dah Elok Kalau Nak Menyemai.

Cuaca panas terik tanpa hujan ni sementara aja. Tak lama lagi akan pulih. Dah elok jika nak mula menyemai. Jangan lupa semai tomato. Contohnya tomato plum, enak kalau nak buat perisa sambal lada, kuah spaghetti, topping pizza, dan kalau buat ulam pun, meletup dalam mulut. Sekali berbuah banyak. Tanam dalam 10 pokok, ikat kat pagar. Kalau menjadi 5 pokok aja, setiap pokok dapat 3 gugus, satu gugus ada 10 biji, dah 150 biji sekali tuai.  Dah cukup untuk satu keluarga makan.

Saya sendiri pun dah mula menyemai hari ni.  Bila bercambah boleh letak dekat cerah tapi elakkan suhu yang terlalu tinggi.  Waktu tengahari kalau tutup semaian dengan bakul, elok juga.

Satu gugus buah tomato yang sedang meranum.

Selasa, 18 Februari 2014

Tuaian Hari Ini

Terung giant naga, timun, bendi,dayam dan bunga tonkin.

Hari ini seronok sebab tuai pelbagai sayur.  Jumlah 1.6 kg semmuanya. 1.1 kg sayur buah termasuk terung giant naga, terung snow naga, timun termasuk timun jepun, timun wonder, dan timun batu, bendi termasuk bendi kampung dan bendi merah.  Selain sayur buah, saya tuai sayur bunga 2 dua tangkai iaitu bunga tonkin jasmine.  Sayur daun pula 1/2 kg, iaitu bayam merah autumn, bayam putih daun bulat, bayam malabar, daun bawang dan sawi kailan jepun.  Memang puas hari makan hari ni. :)

Isnin, 17 Februari 2014

Gambar Kiriman Rakan Tanamsendiri -- Ben Ali



Sawi hijau renek ditanam dalam struktur khas untuk mengelakkan gangguan siut dan tikus.  Gambar milik Ben Ali.  

Sawi hijau renek yang subur, sedia dituai dalam seminggu lagi.  Gambar milik Ben Ali.

Bekas semaian disusun rapi.  Tanah yang digunakan mempunyai struktur yang elok.  Gambar milik Ben Ali. 

Anak pokok kacang botor yang tumbuh dengan subur.  Gambar milik Ben Ali.

Cambahan ditanam dengan halaman untuk mengelakkan serangan makhluk perosak.  Gambar oleh Ben Ali.

Hari ini kita  dapat menatap gambar kiriman rakan tanamsendiri iaitu Sdr Ben Ali dari Pahang Darul Makmur.  Saya tabik saudara Ben Ali kerana begitu cekal dalam aktiviti menanam sendiri di rumah.  Ini kerana kawasan rumah Sdr Ben Ali agak mencabar untuk menanam sayur disebabkan oleh gangguan makhluk perosak yang pelbagai.  Perhatikan setup yang dibuat oleh rakan kita ini, agak lain daripada yang lain kerana ingin mengatasi masalah makhluk perosak.

Pokok sawi ditanam dalam pasu yang disusun dalam struktur besi khas untuk gardening mampu mengurangkan risiko serangan tikus dan siput.  Sawi renek yang menjadi tiada cela, kelihatan begitu subur.

Tanah yang digunakan untuk menyemai juga kelihatan cantik, kaya dengan nutrien.  Warna tanah sebegini menandakan tanah kaya dengan beberapa jenis nutrien.  Untuk mengetahui jenis nutrien tersebut sila rujuk posting terdahulu tentang tanah dan nutrien.

Pokok kacang botor uga telah mula memanjat tanpa sebarang cela./  InsyaAllah dalam 4 bulan lagi Sdr Ben Ali akan dapat menikmati kacang botor segar.

Terima kasih Sdr Ben Ali kerana sudi berkongsi gambar dengan kami melalui blog tanamsendiri.com

Tuaian Tomato

Puteri menikmati buah tomato segar yang enak rasanya.

Buah tomato yang dipetik segar paling enak rasanya. Anak-naka kita semua pasti dapat yang terbaik jika kita semua tanamsendiri di rumah.  Tidakkah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita?

Sabtu, 15 Februari 2014

Bendi Kampung Yang Ditanam Dalam Kompos

Pokok bendi ini ditanam dalam timbunan kompos yang ditutup dengan tanah daripada pasu terpakai.

Saya ingin pamerkan seluruh pokok bendi berserta tanah dalam bekas untuk tunjukkan rupa tanah yang digunakan serta pokok yang terhasil.  Walaupun begitu lensa yang terpasang pada kamera tak cukup sudut bukaan untuk pamerkan semua.  Jika saya undur ke belakang, terdapat banyak objek yang menghalang pandangan.  Maklum sajalah, laman rumah sempit.
Nasib baik saya pernah membeli perisian untk menggabungkan menjadi format panorama.  Jika digabung gambar secara menegak (vertical), saya dapat pamerkan gambar sebagaimana yang saya idamkan.  Jadi saya ambil tiga gambar dan menggabungkannya.  Inilah hasilnya.
Jika rakan-rakan perhatikan, tanah yang digunakan agak longgar dan pokok yang dihasilkan amat subur.
Sebenarnya, pokok ini adalah lebihan jualan.  Semua pokok ini berada daam satu cawan.
Saya isi kotak polistirena dengan ranting dan daun kering hasil daripada keratan rumpai serta pokok yang telah mati sebelumnya.  Bahan ini kebanyakannya terdiri daripada kompos kandungan karbon tinggi.  Untuk seimbangkan kompos saya isikan kotak tersebut dengan tanah yang saya kumpul daripada basu terpakai. Tanah tersebut kaya dengan nitrogen kerana ia pernah dibaja dengan baja organik pellet tinja ayam.
Kemudian saya alih pokok bendi ke dalam kotak tersebut.

Selain daripada pokok bendi, saya juga letakkan pokok bunga matahari yang telah patah dan beberapa cambahan kucai.  Semua tumbuhan tersebut tumbuh dengan subur.  Saya telah tuai bunga matahari untuk dijadikan benih.  Pokok kucai telah mati selepas menghasilkan bunga dan benih.

Saya perhatikan tanaman dalam kotak ini, termasuk bendi kampung tumbuh dengan subur.  Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, tanah yang kita guna untuk menanam tidak semestinya mampat.  Ini kerana akar memerlukan udara untuk pertumbuhan.  Akar yang subur akan menghasilkan pokok yang subur.
Kompos juga mampu menyimpan air secukupnya untuk tumbuhan.  Misalnya, sekarang musim kemarau dan suhu amat tinggi terutamanya di waktu siang.  Kotak polistirena ini pula jauh daripada getah paip yang saya gunakan untuk menyiram.  jadi jumlah air yang digunakan untuk menyiram amat sedikit.  Bagaimanapun pokok mendapat air yang cukup kerana kompos mampu menyimpan air dengan banyak.

Ada juga rakan-rakan yang timbulkan isu penggunaan kotak polistirena sebagai bekas tanaman.  Khabarnya ada beberapa negara telah mengharamkan penggunaan bahan tersebut.  Sebenarnya sebab pengharaman bahan tersebut bukannya atas alasan bahan tersebut menghasilkan toksik.  Ia diharamkan kerana bahan tersebut tidak mudah terurai dan menjadi masalah pencemaran kerana tidak bioterurai.
       

Jumaat, 14 Februari 2014

Nak Siram Teh Kompos Atau Tidak?

Jika guna baja organik dah kira ok. Tapi kalau nak sayur yang besar tapi tak tawar, gunalah teh kompos.  Bukan idea saya, dah ramai yang guna sebelum ni.  Jika tiada kompos dan mikrob bermanfaat untuk digunakan, saya syorkan uncang teh kompos yang kami sediakan.  Tiada rahsia.

Pokok sebelah kiri disiram dengan teh kompos.  Pokok di sebelah kanan disiram dengan air.  Dua-dua pokok dibaja dengan baja organik.
Dua pokok sawi kailan jepun yang terabai yang disemai pada waktu yang sama telah dialih 2 minggu yang lalu. Tanah yang diguna telah digaul dengan organik. Pasu kiri disiram dengan teh kompos. Pasu kanan disiram dengan air paip.  Lihatlah sendiri.

------------------------
Uncang teh kompos masih ada stok.  SMS/WHATSApp 0183601610 untuk maklumat lanjut.

Khamis, 13 Februari 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Bayam Putih Daun Bulat.

Bayam putih daun bulat, subur dan eihatan enak walaupun belum dituai. Gambar milik Puan Nurul Azira.


Malam ini saya pamerkan gambar milik Puan Nurul Azira. Gambar pokok bayam putih daun bulat yang dikirim kelihatan amat subur. Envy saya melihatnya.  Pokok pula bercabang, cantik dan rimbun.
Bayam kelihatan begitu rangup. Kalaulah dapat, goreng dengan bawang putih ketika masih segar dan rangup.... Tiada kata yang dapat mengulas rasanya. Rahmat tanamsendiri di rumah. Terima kasih, Nurul Azira kerana sudi berkongsi gambar.

Sawi Kailan Jepun Disiram Teh Kompos

Pokok sawi kailan Jepun yang bantut selepas disiram teh kompos selama 2 minggu. Pertumbuhannya ketara. Untuk penanaman secara organik dalam pasu depan rumah, ia berbaloi.

Rabu, 12 Februari 2014

Eewwwww Ulat!

"Eeeew ulat!"
Puteri (anak bongsu) terus lari masuk ke dalam rumah.   Spoil mood gardening Puteri hari ni.


Hari ini pokok sawi kailan jepun di dalam dutch bucket mati. Ingatkan dah sampai masa akhir hayatnya. Bila kerat batang ada tanda reput. Saya suspek ada sesuatu telah makan akarnya. Bila korek tanah, dah jumpa puncanya. Lihatlah sendiri.

Ulat kekek rupanya.  Ulat ini adalah larva kekabuh.  Kalam kitar hidup serangga ini, memang sebahagian besar dari waktu hidupnya dalam bentuk larva.  Makan sahaja kerjanya.  Yang kurang enak tu, makannya ialah akar tanaman.

Sayur sawi kailan, kira ok juga.  Jika tanam betik atau kelapa, itu pun boleh mati dikerjakannya.

Ulat kekek yang hidup dengan memakan akar tanaman.
Untuk halang kekabuh dari masuk ke dalam tanah dan bertelur, saya syorkan diletakkan sungkup pada permukaan tanah.  Letak cebisan temburung sebagaimana yang saya tunjukkan dalam posting terdahulu mampu menghindari kekabuh dari masuk ke dalam tanah.  Jika tanam dalam bekas, memadai tutup permukaan tanah dengan jaring bermata halus.

Menutup tanah dengan sungkup seperti cebisan tempurung mampu mengurangkan bilangan kekabuh bertelur di dalam tanah di kawasan tanaman.



Teh Kompos Sebagai Baja

Dua minggu yang lalu saya baru perasan ada pokok sawi kailan jepun yang terabai.  Pokok lama tak disiram, tapi pokok ini kukuh, terus hidup dengan tempias siraman dari pasu yang lain.  Sauya alih pokok tersebut ke dalam pasu yang ebih besar dan mula menyiram menggunakan teh kompos hasil rendaman uncang yang mengandungi kompos serta campuran mikroorganisma yang boleh dimanfaatkan oleh tumbuhan.  Inilah hasilnya.

Perubahan pada pokok sawi kailan jepun selepas disiram dengan teh kompos. 
Gambar (1), 24 Januari, pokok diasingkan.
Gambar (2), 25 Januari, pokok dialih ke dalam pasu 12 inci. Keesokan harinya pokok disiram teh kompos.
Gambar (3), 27 Januari, warna hijau daun semakin pekat, hanya selepas 2 hari disiram teh kompos.
Gambar (4), 9 Februari, selepas 2 minggu.
Gambar (5), 10 Februari. 
Gambar (6), Contoh uncang teh kompos.




Benih Salad Apa Lagi Yang Ada?

Selain daripada benih salad yang disenaraikan semula ada dua lagi benih salad yang belum disenaraikan iaitu benih salad amerika dan salad lionhead.  Dua-dua salad semicos dengan daun beralun.  Warna hijau.
Harga, sama. 1 pek dengan purata 50 benih hanya RM2.
Untuk pesan SMS/WhatsApp 0175009364.

Benih Untuk Dijual -- Salad Titanic

Salad Titanic adalah salad yang mempunyai daun terbuka dengan warna hijau muda.  Ia membentuk separa jantung (semi cos).  Daunnya rapuh, rangup dan mempunyai rasa seakan-akan Salad Iceberge yang membentuk heart (cos).  Salad Titanic enak dimakan bersama salad dressing, dibuat ulam atau dihidangkan bersama burger. Untuk bekalan yang berterusan, semai setiap 3 minggu.  Salad dapat dituai selepas 8 minggu dituai.  Ia tumbuh segar di kawasan tanah rendah.

Setiap pek mengandungi 50  biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih


1 pek benih Salad Titanic.




------------------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 12 Februari 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Summer Green F1

Salad Loose Leaf Summer Green adalah salad yang mempunyai daun terbuka yang tahan panas.  Ia sesuai ditanam di tanah rendah serta di kawasan perumahan.  Salad ini boleh ditanam di dalam bekas. 

1 pek mengandungi 50 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.
SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan,
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih

Benih Salad (Selada) Summer Green


Salad Loose Leaf Summer Green, baka f1, selepas 4 minggu dialih. Gambar dari posting pada 16 Mei 2011.


-----------------------------
Posting asal 30 Ogos 2012
Posting semula 9 November 2013, 12 Februari 2014

Selasa, 11 Februari 2014

Menyemai Pokok Buah Naga Dari Keratan Dahan

Anda boleh semai pokok buah naga daripada benih.  Kami ada menjual benihnya.  Bagaimanapun, jika anda ada mempunyai pokok buah naga, ia boleh dijadikan induk untuk semaian melalui keratan dahan/natang.

Cara semai pokok buah naga dari keratan.
1) Kerat tunas atau dahan dari pokok induk.
2. Di bahagian pangkal, kerat dalam bentuk sendeng untuk kecilkan bahagian pangkal.
3. Simpan keratan selama 3 hingga 5 hari. Biarkan tanpa disiram. Akar akan mula tumbuh dari teras tengah keratan.
4. Tanam ke dalam pasu menggunakan tanah yang elok salirannya. Siram.

Langkah-langkah menyemai pokok buah naga daripada keratan dahan/batang.

Isnin, 10 Februari 2014

Benih untuk dijual -- Salad Merah, Fire Red

Salad yang menghasilkan daun merah di bahagian hujungnya.  Salad adalah dari jenis loose leaf iaitu tidak menghasilkan jantung.  Benih akan bercambah dalam masa 5 hingga 8 hari dan dapat dituai selepas 45 hari.

Satu pek mengandungi 50 benih.  5 pek RM10.
Untuk pesan, SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih



Salad Merah Fiery Red.  Gambar dikongsikan oleh Pn Haslinda Hussin <[email protected]>


Salad Merah, Fire Red



---------------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 10 Februari, 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Roman

Salad Roman adalah salad yang membentuk jantung yang longgar.  Ia sesuai dihidangkan bersama salad dressing, dibuat ulam atau dihidangkan bersama nasi ayam.  Pokok tahan panas serta tahan penyakit.

Setiap pek mengandungi 50 biji benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.

Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
 Cara Memesan Benih

Salad Roman



--------------------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 10 Februari, 2014

Ahad, 9 Februari 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Hawaii , hibrida F1 baka 7799

Salad Hawai adalah salad yang mempunyai daun yang terbuka dengan daun berbentuk bujur tirus dibahagian pangkal.  Daunnya manis.  Tanam di kawasan teduh.  Satu pek mengandungi 50 benih.  5 pek RM10

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih



Anak pokok selepas 10 hari di semai 




----------------------------
Posting asal, 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 9 Februari 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Semi Cos, Green Parade

Salad dari jenis separa tertutup (semi cos) yang cepat bercambah dan manis rasanya.  Pokok tahan panas.  Satu pek mengandungi 50 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.00

Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih

---------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 9 Februari 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad General

Salad General adalah salad yang membentuk jantung yang tertutup padat (head lettuce), biasa digunakan sebagai ulam nasi ayam.  Juga dikenali sebagai salad iceberge.  Isinya rangup dan enak dicicah sambah cili berbawang putih.  Benih mudah bercambah.

Satu pek mengandungi 50 benih.  5 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364
atau klik pautan berikut:
Cara Memesan Benih

Salad General

-------------------------------
Posting asal 3 May 2013
Posting semula 9 November 2013, 9 Februari, 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Cina Daun Tajam Manis Beraroma

Salad ini mengandungi daun hijau muda berkilau berbentuk panjang dengan hujung yang tajam.  Daunnya kurang berserat dengan rasa pahit manis halus.  Pertumbuhan galak dan pokok tahan panas.  Salad boleh dituai selepas 45 hingga 50 hari disemai.

Pokok Salad Cina.


Setiap pek mengandungi purata 50 biji benih.  5 pek RM10. 
Untuk pesanan, SMS/WhatsApp 0175009364
Cara Memesan Benih


Benih Salad Cina




----------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 9 Februari 2014

Sabtu, 8 Februari 2014

Benih Untuk Dijual -- Salad Butterhead

Salad Butterhead adalah dari jenis Salad Perancis yang membentuk jantung, tahan penyakit dan mudah tumbuh di negara kita.  Tanam di kawasan teduh kerana salad ini tidak tahan terik matahari di waktu tengahari.

Setiap pek mengandungi 50 benih secara purata.  5 pek dijual dengan harga RM10.  Jumlah adalah terhad.  Buat pesanan dengan segera.

Untuk pesan SMS atau WhatsApp 0175009364 atau ikut arahan dalam pautan berikut:
Cara Memesan Benih

Salad Butterhead

Benih Salad Butterhead.
---------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013, 8 Februari, 2014

Jumaat, 7 Februari 2014

Bila Cuaca Panas...

Bila cuaca panas berpanjangan tanpa hujan, kebanyakan tanaman akan mula berbunga. Ini disebut "peletusan benih" atau bolting.  Di laman rumah kami, kebanyakan pokok menghasilkan bunga.

Bunga balung ayam, baka plumosa.
Bunga butang


Bunga raya


Bunga kemunting cina

Bunga Aster







Lalat Buah Gemar Bunga Kemboja

Lalat buah di atas kelopak bunga kemboja.

Biasanya selepas musim hujan, jumlah lalat buah lebih daripada biasa.  Lalat buah digeruni rakan-rakan yang menanam sayur buah, misalnya cili dan tomato.  Lalt ini menyuntik telur pada buah yang masih muda.  Apabila buah hampir matang, telur menetas menghasilkan larva menyerupai lenggai yang emakan buah daripada dalam.  Biasanya buah cili akan dantomato akan buruk dan apabila ranum ia akan luruh.

Saya dapati, bunga kemboja mempunyai aroma yang menarik perhatian lalt buah.  Lalat buah akan singgah pada kelopak yang basah di waktu pagi dan menghisap cairan ayng ada di atas kelopak bunga kemboja.  Saya ada menanam cici yang sedang berbuah berdekatan dengan pokok kemboja.  Gabungan ini pastinya tidak serasi kerana lala buah yang berkunjung ke kelopak bunga ini mugkin akan menemui buah cili yang sedia untuk disuntik.

Saya perlu alih pokok ini jauh dari pokok cili dan pasang perangkap lalat buah.

Tawaran Hari Ini -- Benih Salad

Stok Benih Salad:
Benih salad yang ada dalam stok adalah seperti berikut:
1. Salad Cina (celtuce)
2. Salad Hawaii
3. Salad Green Parade
4. Salad Butterhead
5. Salad Coral Hijau
6. Salad Coral Merah
7. Salad General (Iceberg)
8. Salad Roman
9. Salad Merah (Firery red)
10. Salad Titanic
11. Salad Lionhead
12. Salad Amerika

Satu pek hanya RM2.  Beli semua pek, 2 pek setiap satu, tidak perlu bayar kos kendalian poslaju.  Hanya RM48 untuk 24 pek.

Hubungi sekarang melalui SMS/WhatsApp 017509364.

MENYIRAM, Bahagian 15 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

CERUN
Tanah cerun mengalirkan air dengan lebih elok berbanding dengan tanah yang rata dan ini menyebabkan ia kering dengan lebih cepat terutamanya dalam tanah yang ringan (berpasir).  Tanah di sebelah timur dan barat kering lebih cepat kerana ia mengadap arah cahaya matahari naik atau jatuh.  Tanah di bawah cerun mendapat lebih banyak air berbanding dengan tanah di bahagian atas cerun.

Kari Ikan Bersama Bendi -- Kiriman Farehah Husni

Pada 30 Januari 2014, tanamsendiri telah meminta rakan-rakan untuk berkongsi  resepi bendi melalui laman facebook.com/tanamsendiri

Ramai daripada rakan-rakan telah mengirim resepi melalui posting tersebut.  Resepi yang dikirim akan diletakkan dalam blog ini supaya dapat dicuba dan dinikmati sama hasil masakannya oleh rakan-rakan.

Hari ini kita nikmati resepi yang dikongsi oleh Farehah Husni.
------------------------------------

Tumis halba campur dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan bawang putih dann tumis hingga kuning keemasan.
Masukkan pes kari dan masak hingga pes garing.
Masukkan santan cair dan masak hingga menggelegak.
Masukkn cili hijau, tomato, bendi dan isi ikan.
Setelah ikan agak masak masukkan santan pekat.
Kacau  hingga menggelegak.
Tumis darat bawang, daun kari dan sdikit halba campur.
Tuang ke dalam periuk, tutup api dan tutup periuk.
Siap sudah kari ikan bersama bendi

Khamis, 6 Februari 2014

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Ulat Kekek

Salam En. Is.
 Ulat ape yer ni? Ia tinggal di dalam tanah.
Adakah ulat ini perosak?

Ulat kekek.  Gambar milik Mira 
---------------------------
Ini ulat kekek, anak (larva) kekabuh.
Ia adalah makhluk perosak kerana memakan akar.
Biasanya pokok yang akarnya dimakan oleh ulat ini akan mati secara perlahan-lahan.

Gambar Hari Ini -- Salad Amerika

Salad dari baka Salad Amerika.

Salad Amerika adalah dari baka daun terbuka, hijau dan beralun.  Sallad ini mempunyai sari yang manis dan dapat dituai selepas 6 minggu disemai.  Gambar diambil dari patch rakan di pekan Semenyih.

Soalan Pengunjung -- Stok Benih Jagung Hibrida

En Iskandar, benih jagung hibrid apakah yang ada dalam stok?
---------------------------

Semua baka jagung manis.

Setakat ini yang ada stok adalah spt berikut:
Jagung manis taiwan
Jagung manis putih mutiara
Jagung mutiara manis
Jagung manis siam
Jagung manis sweet melody
Jagung manis top star

MENYIRAM, Bahagian 14 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

STRUKTUR TANAH
Tanah dengan struktur yang elok ada jumlah liang besar dengan bilangan makroliang yang banyak yang mampu mengalirkan air dengan bebas sambil diserap ke dalam mikroliang untuk menyimpan air.

BAHAN ORGANIK DI DALAM TANAH
Bahan organik di dalam tanah bertindak seperti span.  Ia menyerap dan menyimpan air dan hanya akan membebaskan air tersebut apabila lapisan lembapan pada zarah tanah berkurang.  Jadi, bahan organik meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan air di dalam tanah berpasir yang ringan.

Bahan organik juga memperbaiki struktur ketulan di dalam tanah.  Ini meningkatkan ruang udara dan mengelokkan saliran di dalam tanah.  Akar mudah tumbuh menusuk ke dalam tanah dan tumbuh jauh mencari air.  Ciri ini elok jika tanah kaya dengan tanah liat yang berat.

Asam Pedas Ikan Tenggiri/Merah -- Kiriman Rohani Mat Som

Pada 30 Januari 2014, tanamsendiri telah meminta rakan-rakan untuk berkongsi  resepi bendi melalui laman
facebook.com/tanamsendiri

Ramai daripada rakan-rakan telah mengirim resepi melalui posting tersebut.  Resepi yang dikirim akan diletakkan dalam blog ini supaya dapat dicuba dan dinikmati sama hasil masakannya oleh rakan-rakan.

Hari ini kita nikmati resepi yang dikongsi oleh Rohani Mat Som.

------------------------------------
Bahan-bahan
1 kg ikan merah
2 senduk cili kering yg digiling/blend
Bhn2 yg ditumbuk :-
1 biji bwg putih
6 ulas bwg putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu the jintan putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 btg serai dititik
Bendi yg dicelor brsama sedikit kunyit hidup dan ketepikan
Daun kari/kesum/bunga kantan/daun kunyit
Perahan air asam jawa ikut suka

Cara-cara
1) Panaskn minyak dan tumis cili kering .
2) Masukkan daun kari dan serai yg dititik barsama semua bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3) Masukkan daun kesum/bunga kantan/daun kunyit.
4) Tambahkan perahan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
5) Bila mendidih  masukkan ikan merah dan biarkan seketika hingga masak.
6) Tambahkan sedikit garam dan serbuk perisa.
7) Akhir sekali masukkan bendi yg dicelor bersama ibu kunyit.
8) Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan/sambal tempoyak..

Rabu, 5 Februari 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kapsikum

Kapsikum sedang berbuah. Kiriman Puan Premala Balasubramaniam.

Ramai yang beranggapan kita tak boleh tanam pokok kapsikum di kawasan tanah rendah.  Puan Premala telah membuktikan tanggapan tersebut tidak benar.  Terima kasih Puan Premala kerana sudi berkongsi gambar hasil tanaman.

Mencambah Kangkung

Kebiasaannya benih kangkung yang disemai bercambah dalam masa 3 hari.  Itu kebiasaannya, tapi ada banyak faktor yang mempengaruhi kadar percambahan.  Ada beberapa orang rakan yang mengadu kangkung yang disemai tidak tumbuh.  Bimbang juga saya kalau kalau benih yang diedar tidak lagi bernas.  Saya telah ambil sampel dari beberapa stok benih kangkung dan ujicambah.  Dari ujicambah tersebut saya dapati kadar cambahan benih kangkung yang saya edar ialah 90%.
Jadi, bagaimana nak pastikan benih yang disemai bercambah?  Ada banyak kaedah yang boleh digunakan.  Berikut adalah kaedah yang sesuai digunakan oleh rakan-rakan yang tanamsendiri di rumah.

1.  Didihkan air.
2.  Masukkan 1/4 cawan air panas ke dalam cawan polistirena.
3.  Tambahkan air pada suhu bilik secara perlahan-lahan dan kacau sehingga suhu sekata, iaitu hingga ke paras 3/4 cawan polistirena.  Pastikan air masih suam iaitu sekitar 45 hingga 50 darjah Celsius.
4.  Masukkan benih kangkung dan tuangkan keluar air hingga paras air 2 cm paras benih kangkung.
5. Simpan bekas rendaman selaman 2 hingga 12 jam.
6.  Perhatikan benih.  Ia sepatutnya kembang sedikit dengan kulit benih merekah.  Asingkan benih yang tidak menyerap air.
7.  Tuang air rendaman dan bilas benih menggunakan air yang telah dinyahklorin atau air mati (telah direbus).
8.  Sentuh pangkal cawan polistirena.  Jika ada rasa licin atau berlendir, basuh benih dengan air suam.

Benih kangkung yang sedia untuk disemai.

9.  Biarkan benih di dalam cawan tanpa direndam selama 2 hingga 6 jam.



10.  Masukkan tanah semaian (tanah atas atau tanah kebun) ke dalam bekas semaian.  Lembapkan tanah dengan penyembur.
11.  Buat lubang sedalam 2 cm menggunakan pensel atau kayu penyepit.  Jarakkan 8 cm antara lubang.
12.  Masukkan 1 hingga 3 benih dalam setiap lubang.
13.  Tabur tanah semaian untuk tutup lubang dan biarkan bekas semaian di tempat cerah.
14.  Kekalkan kelembapan tanah dengan menyembur air menggunakan penyembur.

Benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 3 hari.

(Nota:  Anda boleh terus semai benih dalam bekas kekal tanpa perlu dialih cambahan.)

MENYIRAM, Bahagian 13 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

TANAH LIAT:  Tanah liat mampu menyimpan air hingga 40% pada kapasiti medan, bagaimanapun air tersebut tidak dapat dimanfaatkan jika berbanding dengan tanah berpasir.  Apabila tanah liat kering ia mengecut dan merekah.  Rekahan ini merosakkan akar damn sukar untuk dilembapkan semula kerana air mengalir keluar melalui rekahan tanpa membasahi tanah liat.
Kadar infiltrasi rendah sebab air yang masuk melalui permukaan tanah hilang melalui rekahan tanah.  Air mengalir dengan perlahan dan menjadi masalah di kawasan yang basah.  Tanah liat mempunyai jumlah simpanan air yang banyak, jadi kita tidak perlu menyiram dengan kerap jika dibandingkan dengan tanah berpasir.

TANAH KELADAK: Tanah keladak mempunyai ciri di antara pasir dan tanah liat.

SINGGANG BENDI -- Rahimah Ahmed

SINGGANG -- Kiriman Rahimah Ahmed

Pada 30 Januari 2014, tanamsendiri telah meminta rakan-rakan untuk berkongsi  resepi bendi melalui laman

facebook.com/tanamsendiri

Ramai daripada rakan-rakan telah mengirim resepi melalui posting tersebut.  Resepi yang dikirim akan diletakkan dalam blog ini supaya dapat dicuba dan dinikmati sama hasil masakannya oleh rakan-rakan.

Hari ini kita nikmati resepi yang dikongsi oleh Rahimah Ahmed.

------------------------------------
Resepinya ringkas saja:

10 biji bendi
2-4 keping asam gelugor(tengok saiz)
1 inci lengkuas di hiris nipis2
bawang putih 5 ulas-dimayang
bawang merah 3-5 ulas (mayang)
Cili padi 3-5 biji
garam secukup rasa (ada org suka masukkan serbuk perasa,tapi saya tak suka)
Air 3 cawan

Cara:
Air  campur asam keping campur bawang putih dan merah, dan lengkuas.
Kesemua bahan tadi dimasak sampai air mendidih.
Masukkan garam.
Bila air mendidih, potong bendi.(Sebatang bendi potong 2/3) dan masukkan kedalam air yg mendidih tadi.
Lepas tu masukkan cili padi.
Biarkan bendi empuk dan tutup api.
Airnya boleh dibuat kuah dan dimakan bersama dengan nasi panas, ikan goreng/ayam goreng dan semasa digaul dengan nasi tu, cili padi di penyet2kan kedalam nasi.

Tu jer cara saya masak singgang bendi.

Selasa, 4 Februari 2014

Soalan Pengunjung -- Tinggi Pokok Mulberi

Salam Encik Is.
Pokok mulberi ni tinggi maksima bila matang berapa meter?
Saya perlu tahu sebab nak sesuaikan dengan kedudukan di laman rumah.

--------------------------------------------


Waalaikum salam,
Jika tanam di atas tanah tanpa dipangkas ia boleh tumbuh tinggi.
Saya pernah lihat pokok mulberi setinggi 10 meter.

Soalan Pengunjung -- Bena

Asssalamualaikum En. Is,
 Boleh bantu saya? Pokok cili kampung saya telah diserang bena (aphid). Pokok sedang merimbun. Apa patut saya buat?

--------------------------------
Jika pokok telah diserang bena, kita perlu hapuskan atau halau bena tersebut.  Basahkan tisu dan sapu pada batang pokok untuk tanggalkan bena daripada batang.  Bakar tisu tersebut untuk membunuh bena tersebut.  Untuk bena yang terlekat pada daun, sembur dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak sebagaimana posting berikut:

http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Sembur terus pada bena bukannya pada daun yang tiada bena.

Bena biasanya dibawa oleh semut.  Setelah berjaya hapuskan bena, pastikan tiada semut datang berkunjung.  Jika ada semut di atas pokok, sapukan dengan tisu basah untuk menangkapnya dan memusnahkan semut tersebut.

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Pokok Apakah Ini?

En.Is, Ni pokok aper ye?
Thank you.
Gambar milik Puan Madonna John

----------------------------------------------------
Saya tidak pasti.  Mohon bantuan daripada rakan-rakan untuk kenalpasti pokok tersebut.

Terima kasih.

MENYIRAM, Bahagian 12 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

TEKSTUR TANAH
PASIR: Pasir mampu menyimpan 10% daripada air pada kapasiti medan. Ruang liang antara zarah pasir yang besar menyebabkan air mudah meresap masuk dan keluar daripada tanah tersebut.  Jadi, air masuk ke dalam tanah dan keluar dengan cepat.  Tanah sebegini tidak menyimpan air yang banyak, ia mesti disiram dengan lebih kerap untuk bekalkan air kepada tanaman supaya hidup ketika musim panas yang kering.  Walaupun begitu, akar tanaman dapat menusuk masuk ke dalam tanah dengan mudah dan tumbuh jauh untuk mencari air.
Lazimnya tanah pasir susah untuk melembapkan semua apabila telah kering kerana air yang memasukinya keluar begitu sahaja dengan mudah tanpa disimpan di dalam tanah tersebut.

TEH BENDI -- Kiriman Adibah Azhari

Pada 30 Januari 2014, tanamsendiri telah meminta rakan-rakan untuk berkongsi  resepi bendi melalui laman
facebook.com/tanamsendiri

Ramai daripada rakan-rakan telah mengirim resepi melalui posting tersebut.  Resepi yang dikirim akan
diletakkan dalam blog ini supaya dapat dicuba dan dinikmati sama hasil masakannya oleh rakan-rakan.

Hari ini kita nikmati resepi yang dikongsi oleh Adibah Azhari.

---------------------------------------------
Biasanya kita guna bendi yang masih lembut untuk dimasak. Bagaimana pula jika ingin gunakan bendi yang telah matang? Resipi ini dipelajari dari jiran saya yang berasal dari Hawaii, Teh Bendi.

Bendi matang(yang sangat berserat, dah tak lembut dan tidak lagi sesuai untuk dimasak) dituai, dibersihkan, dijemur di bawah matahari hingga kering, kemudian digunakan untuk membuat tea bendi.

Rebus satu sudu besar hirisan bendi kering bagi setiap satu cawan air sampai mendidih.

Tapis dan keluarkan sisa teh bendi.

Teh ini sangat bagus untuk pengidap diabetes.

Isnin, 3 Februari 2014

MENYIRAM, Bahagian 11 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram")

TRANSPIRASI: Tumbuhan membantu kehilangan air daripada tanah melalui proses transpirasi.  Air yang diserap oleh pokok hilang melalui liang stoma pada daun dan batang hijau.  Kadar transpirasi ada kaitan dengan suhu, kelembapan udara dan keamatan cahaya.  Di waktu tengahari tumbuhan kehilangan air melalui transpirasi lebih banyak jika dibandingkan dengan waktu mendung sebelum hujan.  Angin juga mempengaruhi kadar transpirasi.  Lebih banyak air hilang melalui transpirasi apabila daun ditiup angin.

MENGENDALI TANAH DAN AIR
Keupayaan tanah untuk menyimpan air bergantung kepada tekstur, struktur dan kandungan bahan organik di dalam tanah tersebut.

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Mengapa Bunga Labu Luruh

Bunga labu (betina)
Assalamualaikum Tuan. Nak tanya. Ini buah labu atau bunganya saje? Lepas beberapa hari ianya gugur.

--------------------------
Waalaikum salam,
Ini bunga labu yang mengandungi putik buah.
Labu hasilkan 2 jenis bunga, iaitu bunga jantan dan bunga betina. Yang ingi bunga betina. Biasanya ia luruh jika ketika mekar tidak berlaku persenyawaan (pendebungaan). Jika kawasan rumah tiada kumbang pendebunga, elok dibuat pendebungaan secara manual.

(Gambar milik Ibnu Ahmad)

--------------------------
Cara membuat pendebungaan manual,
http://www.tanamsendiri.com/2011/10/mendebunga-bunga-labu-manis-secara.html

Pelbagai Rupa Benih Kacang Memanjat

Dulu di zaman kanak-kanak bila saya nak benih kacang panjang, saya pinta benih kacang kacang panjang aja. Pakcik jual benih adjust spek rabun dekat, buka laci kecil kat belakang kaunter (abakus a.k.a. sempoa), bungkus benih kacang panjang. 5 benih, 5 sen)
Sekarang tak boleh buat begitu, sebab kacang panjang ada banyak baka, ada banyak warna, ada banyak rasa. Nah, lihatlah sendiri. Yang bulat tu benih kacang botor, yang ungu tua, benih kacang buncis, baka perancis. Yang lain semua adik beradik kacang panjang (Vigna).
 Bukan tak nak jual harga 5 sen, boleh jual tapi lepas tu gulung tikarlah. Dulu lain, sekarang lain, dulu 5 sen sekarang RM2.
 Buat apa susah-susah, set kacang memanjat hanya RM30, ada 75 benih daripada pelbagai adik beradik kacang memanjat. SMS atau WhatsApp 0175009364. Beli hari ni, esok atau lusa terima.

Pelbagai rupa benih kacang.