Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 21 Januari 2014

Uncang Teh Kompos


Ada yang minta supaya kami hasilkan produk baja yang dapat membantu sayur daun tumbuh dengan saiz yang besar lagi manis. Buat seperti uncang teh tiga dalam satu -- celup celup minum.

Sebenarnya idea tersebut memang bagus. Lagipun cecair rendaman kompos sememangnya dipanggil teh -- teh kompos!

Jawapan saya, sedang diusahakan. Pakai uncang juga, cuma celup celup siram. Bagaimanapun ada cabarannya, sebab ruang untuk kami sediakan kompos terhad, jadi kompos yang kami terdaya hasilkan amat terhad. Kalau banyak ruang, ingin aja tanam sayur yang cepat membesar, kaya dengan nutrien dan jika dikomposkan tiada rasa kesal.

Sebenarnya lalang mampu menghasilkan kompos yang bermutu. Akarnya menusuk kauh ke dalam tanah, menyerap segala nutrien yang perlu. Bila dikompos, daun lalang kaya dengan nutrien hasil dari aktiviti akar di dalam tanah. Lalang juga cepat membiak dan jika digaul ke dalam tanah, lalang mampu membaiki struktur tanah. Tapi kalau buat projek tanam lalang untuk buat baja, barangkali tersenyum oang mendengarnya.

Ada juga yang menyuarakan hasrat nak bela cacing untuk buat kompos. Saya pernah bela cacing untuk hasilkan baja berkualiti. OK idea tu, kalau tak duduk di kawasan perumahan. Mengapa? Sebab mesti ada feeder. Cacing kuat makan.  Feeder yang terbaik ialah tinja arnab. Arnab kerjanya makan dan beranak aja. Hasilnya tinja yang berkilo kilo.
ialah tinja arnab. Sekejap aja, tinja jadi tepung seperti serbuk kopi.  Tinja lembu pun cacing suka juga.  Boleh juga guna.

Arnab cepat membiak. Sebulan dua kali beranak. Kalau hidup semuanya, mak oi puas makan daging arnab. Daripada kajian yang dibuat, vermikompos (kompos tinja cacing) membekalkan nutrien dalam bentuk yang sedia untuk diserap oleh tanaman. Jangan jangan. Jangan buat baja guna tinja arnab sebagai baja tanpa diproses terlebih dahulu. Pokok melecur nanti. Kandungan garam dalam tinja arnab tinggi!

Katalah saya jual uncang untuk teh kompos, boleh ker sayur daun besar bila siram dengan bahan tersebut? Adusy, cabaran tu. Sebab perkara asas masih perlu iaitu:

1) pokok dapat banyak cahaya (tenaga untuk fotosintesis).
2) struktur tanah kena elok supaya hidupan dalam tanah dapat hidup dan menjalankan aktiviti pada tahap yang optima,
3) ada ruang udara dalam tanah supaya akar dapat bernafas (respirasi) dan tumbuh menghasilkan sistem akar yang kukuh, dan
4) air perlu cukup, bukan sahaja untuk fotosintesis, tetapi juga untuk regulasi dalam tumbuhan tersebut.

Jika semua perkara di atas dituruti, insyaAllah uncang teh kompos kami berkesan.

Soalannya bila boleh hasilkan uncang tersebut? Adusy... kompos masak hanya ada tiga beg plastik besar. Tengoklah, dua tiga hari lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan