Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 21 Januari 2014

Tempurung Sebagai Sungkup (Mulch)

Biasanya bila sebut aja sungkup, ramai akan terlintas untuk gunakan plastik hitam untuk tutup.  Plastik tersebut akan bertindak memerangkap haba dan membunuh rumpai yang ada.  Ia juga mampu memerangkap permukaan tanah dan menghalang air daripada hilang melalui sejatan.

Masalahnya, saya menanam untuk jimatkan duit belanja.  Plastik sungkup mahal harganya.  Lagi pula ia produk berasaskan petroleum.  Di zaman kanak-kanak dulu, selalu juga ikut ayah berkebun.  Ketika itu ayah saya seorang guru, hobinya berkebun.  Balik mengajar, lepas solat zuhur, kami terus lompat Vespa ke kepun, kira-kira 1 jam dengan Vespa (sekuter).  Dia gunakan jerami dari batang dan daun jagung sebagai sungkup.  Tanamannya amat subur dan saiz amat besar.  Oleh kerana sumber air ketika itu air perigi, tak larat untuk kami menyiram tetapi tanaman tetap subur.  Inilah rahsianya, lembapan tanah terpelihara kerana sungkup menutup permukaan tanah dan menghalang lembapan air tersejat daripada permukaan tanah.

Saya tinggal di kawasan perumahan, kalau guna jerami pasti nampak tak terurus.  Lagipun mana nak cari jerami di kawasan perumahan.  Jadi, saya gunakan cip tempurung.  Ia boleh didapati dari kedai runcit dan pasar secara percuma.  Yang perlu dilakukan hanya pecahkan tempurung menjadi cip kecil menggunakan kapak, golok, atau tukul besi.

Saya pecahkan tempurung dan tutup tanah (yang terdedah) yang saya tidak gunakan untuk menanam.  Ia tidak memanaskan permukaan tanah, jadi aktiviti hidupan tanah berlaku walaupun ketika di waktu tengahari yang terik.  Air yang saya siram tidak hilang melalui sejatan jadi tanah kekal lembap.  Tempurung juga menghalang rumpai daripada tumbuh bebas.

Saya perharikan selepas 2 minggu, tempurung bertukar menjadi perang kehitaman.  Di bawahnya terdapat banyak tinja cacing (worm casting), ulat gonggok, kutu kayu -- membuktikan komuniti hidupan dalam tanah tetap aktif.  Tempurung itu sendiri terurai secara perlahan lahan membekalkan bahan organik ke dalam tanah.

Ia juga mampu menghalang kucing daripada menggali untuk buat jamban.

Nah, ia percuma, ia berkesan dan insyaAllah kami akan dapat nikmati tuaian sayur segar bebas racun.
Beat inflasi makanan dengan tanamsendiri di rumah.

Tempurung dipecahkan menjadi cip kecil digunakan sebagai sungkup.







13 ulasan:

  1. selama ni x terfikir lak..tempurung kelapa dibuang2 je..lepas ni x membazirla jawabnya tempurung kelapa di rumah saya..hehehe..bagus..tq atas pengkongsian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak patut buang. Ada orang dah jadi jutawan hasil ekspot tempurung kelapa aja.

      Padam
  2. kalau guna daun kering boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi mungkin tak dapat halang pertumbuhan rumpai kerana daun kering cepat terurai.

      Padam
  3. Lepas ni boleh mntk tempurung kelapa kt kdai2 runcit..kutip n recycle..Beat inflasi kata En.Is :-)

    BalasPadam
  4. kena booking tempurung macam nii,,,
    kena p cepat satg habis diambil pekebun2 yang teruja...

    BalasPadam
  5. owh. byk guna tempurung kelapa ni ya.. ibu sy tiap tahun sekali akn ambil 4-5guni besar tempurung kelapa buat bahan bakar utk kacau dodol. 10thn berniaga dodol, 1 thn guna kayu api, 9thn dia guna tempurung kelapa. kayu api katanya beli rm30 pon x ckup utk hasilkan bahan bakar. tempurung berguni2 tapi free.. malah lebih tahan lama bila dibakar.

    BalasPadam
  6. Wah.... Baru tau. Hari nie br tutup pasu n bekas tmpt semai n tanam bayam ngan jaring tutup pagar. Geram sbb jd jamban kucing. Blh praktikkan lps nie

    BalasPadam