Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 26 Januari 2014

Tanam Ubi Kayu Dalam Pasu Untuk Tuaian Pucuk

Selain daripada ubi, daun ubi kayu enak dibuat ulam.  Kalau pucuknya direbus, cicah budu.... Tiada kata dapat membayangkan keenakannya.

1. Gunakan pasu besar, misalnya bukaan 10 inci.
2. Isikan pasu dengan tanah atas (topsoil) yang kaya dengan bahan organik sehingga 3/4 penuh.
3. Siram tanah dengan air untuk basahkan tapi jangan sampai bertakung.
4. Buat lubang lebar 15 cm (6 inci) dengan kedalaman 10 cm (4 inci).
5. Masukkan keratan batang dengan kedudukan 45 darjah.
6. Pastikan tunas berada di bahagian atas.
7. Tutup lubang dengan tanah ringan, misalnya kompos atau humus. JANGAN MAMPATKAN TANAH.
8. Sembur dengan air berkabut (mist) menggunakan penyembur.
9. Letak ditempat teduh.  Pokok akan bertunas selepas 1 minggu.
10. Apabila telah bertunas alih pasu ke tempat panas.
11. Apabila tunas baru tumbuh dalam 30 cm (1 kaki), boleh mula tuai pucuknya.

Ilustrasi cara menanam ubi kayu untuk tuaian pucuk.

Untuk dapatkan keratan, sms atau whatsapp 0175009364.


Kiri: Daun ubi kayu.  Kanan: Keratan ubi kayu.


8 ulasan:

  1. Salam...wah leh Cuba ni dh lama Nk wat camni tp x tau caranya... Nnti x payah le beli pucuk ubi kt pasar malam g.

    BalasPadam
  2. Pernah tanam yang daun kedut2 dlm pasu. Tapi bila daun dah banyak, ada kumbang putih bawah daun..dan bila pegang daun2 tangan rasa melekit....mcmana nak buat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makhluk perosak tersebut dikenali sebagai koya-koya. Ia boleh dihapuskan dengan menyembur larutan minyak masak dan pencuci pinggan. Sembur terus ke atas koya-koya. Kerat buang daun yang rosak.
      Sila rujuk ke posting berikut.
      Semburan Makhluk Perosak

      Padam
  3. boss yg nie ada lagik x? bape rege tu? lama den menghilang pasal busy ngan study..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi, Batch dulu dah habis. Yng ada batch baru. 1 set 3 keratan RM10. Study, bagus tu. Hidup mesti terus cari ilmu. Biar berkembang.

      Padam
  4. Salam En. Is,

    Kalau tanam atas tanah, blh tanam mcm dlm gambar ke atau masukkan keseluruhan batang ubi kayu tu ke dalam tanah. Terima kasih didulukan ya. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua kaedah boleh digunakan.
      Sama-sama.

      Padam