Kebiasaannya sumber air bagi kita yang
berkebun di rumah ialah air paip yang dibekalkan oleh syarikat bekalan
air. Air paip lazimnya tidak mengandungi
nutrien. Bagaimanapun ia mengandungi sedikit
klorin (klorida) dan florin (florida) yang berupaya membunuh mikroorganisma
dalam tanah. Ia juga mampu membunuh
benih menyebabkan benih menjadi reput dan tidak bercambah.
Jika anda ingin menyiram cambahan
menggunakan air paip, seeloknya isikan air paip ke dalam baldi dan biarkan
selama 2 atau 3 hari supaya klorin terbebas daripada permukaan air tersebut.
Jangan gunakan air yang telah dicampur
bahan kimia peembut air kerana ia mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ada yang berpendapat penggunaan air paip
dalam kebun di rumah suatu pembaziran kerana bil air yang meningkat sedangkan satu
daripada tujuan berkebun di rumah adalah untuk kurangkan belanja. Lagipun di setengah kawasan, air adalah
terhad dan sering berlaku bekalan air terputus.
Ramai daripada pekebun di rumah gunakan air
perigi. Bagaimanapun kadangkala air
perigi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan jika tinggal berdekatan
dengan kawasan perindustrian, air perigi mungkin tercemar dengan bahan toksik.
Ada juga yang dapatkan air untuk menyiram
daripada sungai, jeram dan paya.
Kebanyakan dari air tersebut sesuai untuk menyiram tanaman.
Dipetik daripada Ebook "Menyiram".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan