Rabu, 8 Januari 2014

Soalan Pengunjung -- Pokok Tomato Subur Tapi Tidak Berbunga

Salam En Iskandar,
Pokok tomato yang saya tanam umbuh dengan subur.  Daun pun besar.  Malangnya pokok tersebut tidak berbunga.  Apa salah saya?

-------------------------------

Waalaikum salam,
Tiada salahnya.  Jika pokok tumbuh subur, dah kira ok tu.  Begini, jika pokok "happy" ia tidak terlintas untuk membiak.  Mengapa perlu membiak jika keadaan amat sesaui sekarang?

Itu kalau kita andaikan pokok tomato seperti manusia.  Kemungkinan apa yang berlaku ialah tanah tempat yang anda tanam tomato tersebut kaya dengan nitrogen.  Atau mungkin anda membaja dengan baja yang kaya dengan nitrogen.  Makronutrien tersebut elok untuk pertumbuhan daun, bukannya bunga.

Jika anda membaja dengan baja yang kaya dengan nitrogen, hentikan pembajaan.  Tabur tanah di pangkal pokok dengan abu daripada sisa pembakaran tumbuhan.  Sebelum tabur, bilas abu sekurang-kurangnya 3 kali untuk kurangkan garam.  Letakkan kira-kira 3 sudu besar abu di pangkal pokok.

Anda juga boleh sembur daun dengan larutan garam epsom iaitu magnesium sulfat.  larutkan 1 sudu teh magnesium sulfat dalam 1 liter air dan sempur pada daun di sebelah petang.  Amalkan selama 3 hari.

Anda juga boleh paksa pokok berbunga dengan kurangkan air.  Begini, Selama 3 hari perturut turut,jangan siram pokok sebelum tanah kering.  Bila pokok layu sedikit selepas tengahari, baru siram dengan air.  Amalkan selama 3 hingga 5 hari.  Selepas itu siram seperti biasa.  Bila pokok stress ia akan terlintas untuk membiak dan akan mula berbunga.  Bila pokok mula berbunga, pastikan tanah tidak kering.

1 ulasan:

  1. T.kasih atas tips diberikan. Pokok tomato saya sudah mula berbunga bila saya amalkan tips ini.

    BalasPadam