Rabu, 29 Januari 2014

MENYIRAM, bahagian 6 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

CARA AIR MENGALIR DI DALAM TANAH
Air yang berada berhampiran dengan permukaan tanah lebih cepat kering kerana ia hilang melalui proses sejatan pada permukaan tanah dan diserap ke dalam tumbuhan melalui akar tumbuhan.  Air tersebut diganti oleh air kapilari, yang mengalir daripada tanah berhampiran yang lebih basah.  Ini berlaku kerana lapisan air di permukaan zarah tanah menjadi semakin nipis apabila ia kering menyebabkan daya jelekit menjadi semakin kuat dan menyerap air daripada zarah tanah berhampiran yang lebih basah sehingga semua zarah-zarah tanah mempunyai kelembapan yang setara.  Secara semulajadi, kelembapan tidak mungkin akan setara kerana air yang hilang melalui proses sejatan pada permukaan tanah dan serapan pada permukaan akar berlaku secara berterusan.

Jika air keluar daripada tanah secara berterusan, pada satu tahap ia akan habis dan aliran air akan terputus menyebabkan ia tidak lagi dapat menggantikan air yang hilang secara berterusan. Aliran air kapilari berkait dengan daya jelekit dan berkurang apabila lapisan air yang menyalut zarah tanah kering.  Aliran terhenti apabila air menghampiri takat layu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan