Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 27 Januari 2014

MENYIRAM, Bahagian 4 daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"

Mana-mana air yang masuk ke dalam tanah setelah ruang mikroliang telah penuh, akan mengisi ruang di antara agregat.  Ruang ini dikenali sebagai makroliang.  Air tersebut dikenali sebagai air graviti dan ia mengalir melalui tindakan daya graviti dan secara fizikal tidak melekat pada zarah-zarah tanah langsung.

Jika lebih banyak air masuk ke dalam tanah, melalui daya tindakan graviti, ia akan masuk lebih dalam.  Air tersebut menyambung semua zarah tanah yang ada, mengisi semua ruang yang ada sehingga ia masuk ke dalam paras air dalam tanah iaitu pada aras tanah tepu dengan air secara kekal.  Paras ini adalah pada aras air perigi.

Jika air yang masuk ke dalam tanah terlalu banyak dan semua liang yang ada telah diisi sehingga ke paras air tanah, tanah dikatakan berada pada tahap tepu.  Mana-mana air yang masih jatuh ke tanah tidak lagi dapat memasuki tanah akan bertakung atau mengalir ke tempat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan