Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 19 Januari 2014

Mengawet Herba Dengan Cara Dingin Beku

Biasanya herba diawet dengan cara mengering.  Bagaimanapun sebahagian besar molekul beraroma hilang dalam proses tersebut menyebabkan herba kering hilang sebahagian besar daripada aromanya.  Cara yang lebih elok ialah dengan membekukan herba.  Molekul aroma akan terperangakan di dalam ais dan dan akan dibebaskan apabila ais dicairkan.  Saiz yang palin sesuai ialah saiz ais kiub iaitu lebih kurang 1 inci persegi.

Bahan-bahan:
Herbal, air yang telah direbus atau ditapis (nyahklorin).
Alatan:
Bekas kiub ais.

Caranya:
1. Basuh herba dan celupkan dalam air beberapa kali untuk bersihkan daripada habuk dan serangga perosak.
2. Hiris herba supaya mempunyai saiz yang kecil.


Hiris herba.
3.  Masukkan hirisan kerba ke dalam sel dalam plastik kiub ais.
4.  Isikan kiub ais dengan air yag telah direbus atau ditapis.


Masukkan hirisan herba dan air ke dalam sel dalam plastik kiub ais.

5. Masukkan plastik kiub ais ke dalam beti sejuk (bahagian beku) dan biarkan sehingga air beku menghasilkan ketulan kiub ais.

Ketulan ais berherba. Aroma herba terperangkap di dalam ais.
6.  Setelah ketulan ais membeku, keluarkan ketulan ais tersebut daripada plastik kiub ais dan masukkan ke dalam plastik zip dan simpan dalam ruang beku di dalam peti sejuk.  Selagi ketulan ais herba tersebut tidak cair, herba tetap segar.  Ia tahan antara 6 bulan hingga 1 tahun.



Panduan Untuk Guna:
Keluarkan ketulan ais berheba dan masukkan dalam masakan seperti biasa.  Rasa herba dari ketulan ais tersebut tetap segar seperti baru saja lepas dipetik.  

8 ulasan:

  1. menarik ni en is. terima kasih kongsi ilmu

    BalasPadam
  2. hehehe... sy pernah buat mcm ni... tp bukan simpan herba... sy simpan petai... hihihi... boleh rupanya guna cara yg sama utk simpan herba... bagus ni simpan daun kesum cara ni jugak... :)

    BalasPadam
  3. good idea! nak try la malam ni :P

    BalasPadam
  4. Kne beli peti ais yg besar sikit la nak buat mcm ni...

    Biasanya sy terus sejukbeku herba mcm daun kari. Senang sikit..hehe

    BalasPadam