Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 5 Januari 2014

Khasiat Kailan Yang Baru Dipetik

Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini (yang baru dipetik) kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kailan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Tuaian kangkung dan kailan yang menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.

4 ulasan:

  1. Ya betul tuan
    kangkung saya dah kerat kali ketiga, tapi kailan slow sikit pertumbuhannya, memang begitukah? atau sebab apa? bajanya sama ja dengan pokok lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitu, jika dibanding dengan kangkung pertumbuhannya lambat sedikit. Kalilan cepat membesar jika berada tempat cerah dengan cahaya matahari tidak terhalang.

      Padam
  2. salam, tn iskandar. saya ada hantar email pd tuan pagi semalam. mengenai kongsi benih sayur dan herba. tn sudah terima ke TK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Ya saya ada terima. Kiriman akan dibuat esok.
      Terima kasih.

      Padam