![]() |
Rupa daun sweet basil dalam keamatan cahaya yang berbeza. |
"Bimbang kalau-kalau daun dijangkiti virus." Katanya.
Kebisaannya jika daun tersebut dijangkiti virus, selepas seketika pokok akan mati. Jika pokok tumbuh dengan subur, daun berkedut kerana terdedah padapanas matahari yang keterlaluan.
Saya perhatikan, jika pokok terdedah pada cahaya matahari hingga suhu mencecah 35 darjah celsius, daun pokok akan berkedut. Untuk kurangkan berkedut, alih pokok ke tempat teduh atau pasang sungkup untuk kurangkan keamatan cahaya terutamanya di sebelah petang. Sebaiknya biar pokok mendapat cahaya pagi tanpa terhalang tetapi di sebelah petang teduh.
pokok kedondong sy berkedut pucuknya mungkin sebab tu la kot
BalasPadamMungkin juga. Mungkin juga serangan perosak. Perhatikan pada permukaan daun Jika ada hidupan halus kemungkinan serangan perosak.
PadamMana nak beli benihnya...
BalasPadamUntuk sweet basil saya jual keratan untuk propagasi. Untuk pesanan, hubungi melalui SMS/WhatsApp 0175009364.
Padam