Jumaat, 10 Januari 2014

Bunga Tomato Tak Lekat

Bunga tomato luruh, ada sebabnya. 
Ramai antara rakan-rakan yang menyuarakan rasa kecewa kerana pokok tomato yang ditanam walaupun subur, apabila berbunga, ia gugur sebelum berputik. Jadi, pokok tidak menghasilkan buah yang diharapkan.

Kalau nak diceritakan secara terperinci, boleh dibuat buku tentang topik ini sahaja. Saya ringkaskan aja. Jika perlukan maklumat lebih lanjut, rakan-rakan boleh tanya.

Biasanya bunga pertama gugur. Orang dulu-dulu kata, baru belajar berbunga. Selepas tangkai pertama bunga sepatutnya lekat. Jika bunga tak lekat, mungkin kerana tanah terlalu subur, iaitu kaya dengan nitrogen, yang baik untuk pertubuhan daun. Untuk seesaikan masalah ini boleh tabur abu sisa pempakaran tumbuhan yang telah dibilas dengan air. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang nutrien yang diperlukan untuk pokok berbunga dan berbuah, baca posting tentang nutrien.

Satu lagi kemungkinan, ialah pokok tidak didebunga. Ini kerana tiada kehadiran serangga pendebunga. Bagaimanapun, kemungkinan masalah pendebungaan adalah tipis kerana lazimnya pokok tomato mendebunga sendiri (self-pollinate).

Dari pengalaman saya, kemungkinan yang lebih kukuh adalah pokok mengalami tekanan (stress) ketika bunga telah keluar. Ini berlaku bila tanah kering berpanjangan atau kerana berlaku perubahan pada persekitaran. Jadi bila pokok telah berbunga, pastikan pokok tidak mengalami waktu kering untuk kurangkan tekanan kepada pokok.
.
Oh ya, satu lagi, suhu optima untuk pokok berbuah ialah antara 21 hingga 27 darjah celsius. Lazimnya bunga akan luruh jika suhu melebih 30 darjah celsius.  Pada pendapat saya, suhu yang panas adalah punca utama bunga tidak lekat.

Walaupun tomato perlukan cahaya yang tak terhalang, ia tidak tahan suhu yang terlalu tinggi.
Seeloknya pastikan pokok tidak kena cahaya petang (sekitar pukul 4) yang terlalu panas. Pastikan sebelah petang ia berada dalam bayang. Ini boleh di atasi dengan memasang pelindung cahaya yang menghalang cahaya sebelah petang.

Jika belakang rumah anda mendapat cahaya pagi tetapi tedh di waktu pedang, elok tanam di belakang rumah. Jika bahagian depan rumah mendapat cahaya di sebelah pagi dan terlindung di sebelah petang, tanam tomato di depan rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan