Mmmmm.... Buah tomato baka plum dah mula meranum. Sebenarnya saya dah tuai beberapa tangkai. Alhamdulillah, bunga baru ada tumbuh. Saya perhatikan ada beberapa ekor koya (
mealy bug) yang berwarna putih berdebu kelihatan pada batang pokok tomato tersebut. Itu tanda pokok mngalami
stress. Mungkin tanda kekurangan air.
 |
Pokok tomato plum berbuah lebat dan ada buah yang sedang ranum. Namn begitu ada kora pada batang pokok. |
Pagi ni perlu
check kelembapan tanah kerana tindakan perlu dibuat segera sebelum keadaan pokok menjadi semakin kurang subur. Saya gunakan
moisture meter. Jika tiada moisture meter, rakan-rakan boleh guna tapak tangan. Korek tanah dengan sudu yang tidak digunakan lagi sedalam 2 inci dan letakkan tanah di tapak tangan. Jika kering, siram tanah hingga lembap.
Kan betul jangkaan saya. Pokok kurang air. Sebab tu koya singgah. Walaupun hujan, kalau tanam dalam bekas, tanah yang terhad hanya mampu simpan air yang terhad. Pokok tomatu yang sedang berbuah perlu air lebih dari biasa.
 |
Setelah diperiksa dengan moisture meter, didapati tanah kering. |
Lepas siram, tanah lembap sedikit dah ok. Tak perlu sampai bertakung. Kelembapan dalam 50% atau 5 pada skala moisyure dah mencukupi. Jika tanah terlalu basah dan air bertakung tak elok juga. Bimbang akar rosak dan gagal serap air. Jika ini berlaku, pokok yang berbuah pasti akan mati kehausan walaupun tanah basah.
 |
Selepas disiram dan tanah diperiksa, ia tidak lagi kering. |
assalam..benih tomato ni ada stok lg...?
BalasPadamWaalaikum salam,
PadamBenih tomato plum masih ada stok. Boleh pesan melalui emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364
sedap x buahnya..sama mcm tomato pasar ke?
PadamJika ditanam sendiri, ia dimakan ketika masih segar. Petik terus makan. Tomato di pasar dah ada tertangguh antara petik dan makan.
Padam