Isnin, 13 Januari 2014

Anak Pokok Timun Mini

Anak pokok timun mini.

Pagi ini sempat alih beberapa anak pokok ke dalam bekas.  Niatnya timun mini nak di tanam di seberang jalan. Kena tunggu sebas sedikit sebab di seberang jalan ada banyak serangga perosak.  Bila anak pokok dah benar-benar kukuh baru nak alih. Mungkin dalam seminggu lagi.
Pokok timun mini cepat menghasilkan buah yang bersaiz kecil. Buahnya enak dijeruk, buat "pickle'.  Kalau serasi buahnya lebat. Anak pokok ni, saya anggarkan akan mula berbuah dalam sebulan lagi.
Ramai yang menolak untuk tanam timun mini di rumah. "Tiada tempat,"  adalah alasan yang biasa saya dengar.  Alasan ini berasas kerana pokok timun mini memanjat.
Bagaimanapun pokok ini kalau tak disediakan pancang akan merayap aja.
Benihnya pula cepat bercambah.  Mudah jaga timun mini dan pulangannya lumayan.  Timun segar enak, jauh bezanya dengan timun pasaraya.
Jika nak jimat belanja, tanamlah timun sebab bukan aja boleh dibuat acar.  Timun juga dimasak, dihiris jadikan ulam.  Kaum Hawa pula, hiris nipis, tempek kat mata.  Saya sendiri, suap ke dalam juicer, picit limau nipis sikit, tambah ais.  Fuh..... tiada kata dapat menjelaskan nikmatnya.
Oh ya, set timun yang terdiri daripada pelbagai jenis timun masih ada stok.  Jika berminat, SMS atau WhatsApp 0175009364.  Berbaloi.

1 ulasan: