Selasa, 7 Januari 2014

AIR TERPAKAI, dipetik daripada eBook "Menyiram"

Air terpakai atau gray water adalah air yang telah digunakan.  Misalnya air mandian, air dari mesin basuh, dan air dari singki.  Jika tinggal di kawasan yang kering, air terpakai elok dimanfaatkan.  Jika anda ingin terus amil air terpakai, mungkin anda boleh ubahsuai system paip untuk mengutip air terpakai dari ruang mandi atau dari mesin basuh.

Jika anda ingin gunakan air terpakai, elok teliti dulu air tersebut.  Misalnya detergen mungkin mengandungi bahan toksik.

Pada pendapat saya, air terpakai daripada sisa mandian elok digunakan dan tanpa waswas.  Jika air daripada mesin basuh, gunakan untuk tanaman bebuah seperti pisang dan rambutan..  Itu pun jangan secara berterusan.  Jika digunakan untuk menyiram pokok hiasan, rumput, atau tujuan membuat kompos, boleh gunakan secara berterusan.

Jika gunakan air terpakai dari singki, elok tapis dulu.  Jangan gunakan air sisa mencuci pinggan kerana mungkin mengandungi minyak dan gris.

Saya pernah gunakan air basuhan pakaian untuk menyiram pokok pisang dibelakang rumah.  Pokok tumbuh amat subur dan menghasilkan buah yang banyak.  Ini mungkin kerana detergen mengandungi elemen P (fosfat) yang diperlukan oleh tumbuhan.

Seeloknya jangan simpan air terpakai.  Ini kerana ia mungkin akan menjadi tempat bakteria membiak dan menghasilkan bau busuk melalui aktiviti anaerobik (tanpa udara).

Jika anda ada menanam tanaman kompos, elok siram dengan air terpakai.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan