Isnin, 30 September 2013

Memilih Bendi Yang Lembut

Buah bendi jika lambat dipetik, lazimnya buah menjadi liat dan kurang enak dimasak bersama lenggai.  Bagaimanapun biji kacang bendi boleh dimasak sebagaimana kacang pea.  Lazimnya orang dulu-dulu tolak bahagian hujung lenggai bendi dengan jari.  Jika hujung lenggai patah, bendi masih lembut.

Cara yang lazim diamalkan untuk menguji samada lenggai bendi masih lembut.

Jika membeli bendi di pasar, selepas diuji begini biasanya buah bendi yang tidak dipilih tidak akan terjual kerana buah bendi telah rosak.  Amalan begini kurang elok kerana peniaga tidak lagi dapat menjual buah tersebut kerana tidak lagi kelihatan menarik sedangkan lenggai yang liat masih berguna, misalnya biji bendi tersebut dikeluarkan dan dimasak sebagaimana masakan kacang pea.  Rasanyanya pun enak dan biji bendi kaya dengan protein.

Untuk memilih bendi yang masih lembut tanpa merosakkan buah bendi, ikut kaedah berikut.

Perhatikan pangkal bendi. Jika tangkai bendi masih padat, lenggai bendi masih lembut.

Bendi yang masih lembut mempunyai tangkai dengan isi penuh (padat)


Jika tangkai bendi ada rongga, lenggai bendi dah liat.

Bendi yang liat mempunyai tangkai berongga dan kurang padat.

Dapatkan cara menanam serta petua tentang bendi dari buku "Mudahnya Tanam Bendi" terbitan Venton Publishing.  Buku akan berada di pasaran tidak lama lagi.
-------------------------
Benih bendi masih ada stok. Dapatkan sekarang.

Khamis, 26 September 2013

Stok Benih -- Set Basil Telah Habis

Set Basil telah habis stok.  InsyaAllah saya akan sediakan set basil dengan senarai yang baru.

Harap maklum.

Selasa, 24 September 2013

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Alice Lim

Hari ini saya terima gambar kiriman oleh Alice Lim <[email protected]>.  Saya difahamkan Alice ada menanam 9 pasu tomato dan beberapa pasu cili.  Benih dari tanamsendiri.com, rasa puas bila lihat semaian rakan-rakan menjadi.

Pokok tomato hasil tanaman Alice Lim. Gambar milik [email protected]

Buah tomato yang baru mula nak ranum,.  Gambar milik [email protected]

Putik buah cili pelagi hasil tanaman Alice Lim.  Gambar milik [email protected]

Ahad, 22 September 2013

Tuaian Hari Ini -- Kacang Panjang Ular

Kacang panjang ular, enak dimakan begitu saja atau dibuat ulam. Kacang panjang yang saya tanam berbuah dalam masa 10 minggu.
Pokok kacang panjang memanjat dengan melilit, jadi saya tanam di tepi pagar. Pokok kacang panjang boleh ditanam dalam pasu. Jadi jika tinggal di pangsapuri atau kawasan tidak bertanah, tiada masalah. Cuma pastikan kawasan tersebut mendapat cahaya matahari.
Kacang panjang ular. dituai dari pokok yang ditanam di tepi pagar dalam halaman rumah.

Petua -- Halau Semut Gatal

Jika laman di rumah mengandungi semut gatal, aktiviti berkebun jadi kurang seronok. Ini kerana semut gatal menggigit jika terpijak sarangnya. Semut gatal juga nembunuh cacing tanah.
Untuk halau semut gatal, tabur serbuk rempah. Semut gatal akan menghindari serbuk rempah. Selepas seketika, semut gatal di kawasan yang ditabur akan berpindah ke tempat lain.

Rempah yang ditabur di kawasan sarang semut telah menghalau semut tersebut.

Jumaat, 20 September 2013

Tuaian Hari Ini -- Bendi

Bendi hijau dan cili kerinting.

Bendi hijau adalah dari baka berbuah lebat.  Tuaian hari ini adalah dari satu pokok sahaja.  Bendi ini saya makan bersama kuah rojak.  Kulitnya nipis dengan biji yang manis seperti pea.  Memang enak.  Saya juga tuai buah cili kerinting yang masih hijau. Ia dihiris dan dicampur dalam kicap soya dan dimakan bersama mee goreng.

Jika keluarga anda penggemar bendi, tanam 2 atau 3 pokok untuk setiap ahli yang makan bendi.  Anda boleh tanam bendi dalam bekas.  Saya hanya tanman dalam pasu 5 1/2 inci dan kotak gabus.  Untuk gandakan hasil tuaian, kerat tunas utama ketika pokok mencecah 1 kaki (30 cm) supaya pokok bercabang.

Selasa, 17 September 2013

Tanam Sendiri -- Plum (Prunus spp)


Ada berbagai jenis plum yang dijual di negara kita.  Ada yang bersaiz kecil sebesar tomato sederhana dan ada yang besar sebesar buah mangga.  Buah plum yang ranum manis rasanya dengan satu biji benih berkulit keras (seperti cangkerang).  Plum jenis Asia lazimnya bersaiz besar.  Jika dipangkas selalu, pokok plum boleh dikekalkan kecil.  Jika tinggal di kawasan perumahan dengan kawasan tanah atau ruang yang terhad, boleh tanam dalam pasu besar.

Anak pokok plum


Lokasi
Tanam pokok plum mdan letakkan di tempat yang menerima cahaya matahari sepenuhnya. Plum boleh ditanam di kawasan tanah rendah.

Menanam
Sebelum menanam, gaulkan baja organik (tinja ayam) denagn tanah yang elok salirannya dan biarkan baja mereput, iaitu kira-kira 1 hingga 2 minggu.
Tanam semaian pokok plum dengan mengeluarkan semaian daripada bekas semaian ke atas tanah atau pasu besar.
Jika tanam di kawasan yang luas, jarakkan 5 meter antara pokok. Jika tanam baka renek, jarakkan kira-kira 2 meter antara pokok.
Selepas menanam, tutup permukaan tanah sekeliling teduhan daun dengan sungkup kompos setebal 5 cm.  Tambah sungkup kompos setiap 3 bulan.

Penjagaan
Di peringkat awal, siram pokok sekurang-kurangnya 2 hari sekali atau 5 cm air seminggu.  Pangkas ranting mati atau ranting yang diserang penyakit.  Merumput apabila perlu.
Apabila putik buah keluar, di peringkat awal cubit buang buah yang cela atau cacat dan biarkan buah yang subur sahaja iaitu 2 atau 3 biji setangkai.

Tuai

Buah sedia dipetik apabila ia budah luruh bila buah dipulas dari tangkai.  Jika buah lemau dan luruh, kutip dan bakar untuk mengelakkan serangga perosak misalnya, lalat buah daripada membiak.

Penyakit
Pokok mudah diserang penyakit kulat.  Pastikan aliran udara elok dan air tidak bertakung.
 

Rabu, 11 September 2013

Cara Menanam Pokok Tonkin Jasmine Menggunakan Keratan

Pokok tonkin jasmine disemai menggunakan keratan batang. Jika anda mempunyai induk keratan batang, tarik batang pokok dan timbus sebahagian dengan tanah. Selepas 2 minggu, kerata bahagian yang berakar dan semai ke dalam bekas semaian. Cara ini paling mudah. Bagaimanapun keratan yang berakar terlalu manja dan mudah rosak jika dialih. Saya ada cuba semaian menggunakan keratan berakar, ia menjadi layu selepas dialih. Ini mungkin kerana apabila akar dialih, sebahagiannya rosak dan gagal menyerap air, akibatnya pokok mati kehausan. Jadi lebih mudah jika menyemai keratan tanpa akar. Dari pengalaman saya, kadar kejayaan menggunakan keratan tanpa akar ialah 60%. Iaitu dari 20 yang saya cuba, 12 anak pokok berjaya dihasilkan.

Jika anda memesan keratan daripada tanamsendiri.com, anda akan mendapat keratan yang begini.

Keratan pokok bunga tonkin jasmine.

Isikan tanah semaian di dalam bekas semaian atau pasu dengan diameter 14 cm (~5.5 inci). Isikan dengan tanah semaian atau topsoil yang digaul dengan pasir dan baja tinja ayam (nisbah 2:1:1).   Buat alur sedalam 2.5 cm (1 inci) dengan jarak panjang sedikit daripada ukuran keratan.

Tanam keratan di dalam secara melintang dengan daun keluar sebagaimana dalam gambar berikut.  Sembur dengan air untuk lembapkan tanah.   Letakkan semaian di tempat cerah tetapi tidak terkena panas terik.  Akar akan tumbuh dalam masa 2 minggu.

Tanam keratan dengan kedudukan melintang.


Keratan yang telah ditanam.


Jangan semai secara mencacang. Keratan akan layu dalam masa 2 hari dan mati.


Cara semaian keratan yang salah.


Gambar berikut menunjukkan anak pokok bunga tonkin jasmine yang berjaya disemai.

Anak pokok bunga tonkin jasmine yang berjaya disemai dari keratan.


Pokok bunga tonkin jasmine yang matang ditunjukkan dalam gambar berikut.  Pokok ini telah menghasilkan bunga yang banyak. Tuaian boleh dibuat selepas 12 minggu disemai.

Pokok bunga tonkin jasmine.



Bunga tonkin jasmine mempunyai aroma bunga jasmine, mempunyai rasa yang enak serta rangup jiika dimakan sebagai ulam dan salad. Ia juga enak dijadikan ramuan telur dadar, digoreng bersama bawang putih, dan dibuat sup.



Bunga tonkin jasmine yang telah dituai.


 -------------------------------
Apa? Keratan pokok tonkin jasmin.
Guna? Semaian pokok tonkin jasmine.
Mana nak dapat keratan? Boleh pesan dari blog ini.
Harga? 1 set 5 keratan harganya RM10. Tambah RM10 bagi setiap pesanan untuk kendalian poslaju.
Bagaimana nak beli? SMS 0175009364 atau emel [email protected]

Isnin, 9 September 2013

Stok Benih -- Benih Tembikai Panther Habis Stok

Benih tembikai bujur (panther) telah habis stok.  Jika pesanan telah dibuat, saya akan ganti pesanan dengan benih Tembikai Sugar Baby (tanpa biji).

Cambahan Selasih

Cambahan Selasih  sedia untuk dijual.


Pokok selasih (basil) berasal dari India, timur tengah dan kepulauan Pasifik.  Dari bacaan kami, ia telah ditanam sejak beribu tahun dahulu di kawasan Mediterranean.  Patutlah orang di sana mahir memanfaatkan tanaman ini. 
Selasih dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai thai basil.  Perkataan basil dipercayai basal daripada perkataan Yunani, Basikon phuton yang bermaksud raja herba.
Di negara kita, biji selasih direndam dan dicampur ke dalam minuman sirap serta air batu campur.  Daunnya yang harum dijadikan ramuan masakan.  Ia serasi dengan tomato dan bawang putih.  Kalau tanam lebih tak jadi masalah.  Boleh blend buat sambal atau bekukan dalam kiub ais dan guna kemudian. 
Baunya pula mampu menghalau lalat putih, jadi ia sesuai ditanam bersama cili.  Sejak tanam basil di halaman rumah, cili yang saya tanam tidak lagi diserang lalat putih.
Gambar menunjukkan semaian selasih.  Jika tinggal berdekatan, rakan-rakan boleh dapatkan semaian basil serta lain-lain semaian.  Saya tidak kirim semaian melalui pos kerana bimbang ia akan rosak dalam perjalanan.
Oh ya, set basil masih ada stok. Ia mengandungi 15 pek bnih daripada 5 jenis basil.  Benih tahan lama. jika simpan di tempat kering, tahan sehingga 8 tahun.  Untuk pesan set basil, boleh emel atau sms 0175009364.


Ahad, 8 September 2013

Menyemai Benih

Kedalaman benih yang disemai mempengaruhi percambahan. Jika benih disemai terlalu dalam, benih tersebut tidak dapat bercambah dengan elok. Benih mungkin tidak bercambah kerana kekurangan udara iaitu oksigen.  Proses percambahan perlukan oksigen. Ada pula cambahan mungkin bantut kerana ia terpaksa menggunakan terlalu banyak tenaga untuk keluar tunas ke permukaan tanah.

Jika benih disemai terlalu cetek, ada kemungkinan benih tidak mendapat air yang cukup iaitu apabila anda tidak siram dengan sekata.

Secara asasnya, semai benih sedalam 4 kali ganda garispusat benih jika berada di kawasan yang panas.  Pastikan semua benih disemai dengan kedalaman yang sekata supaya percambahan semua benih sekata.

-------------------
Posting hari ini dipetik dari ebook "Boleh Semai Terus"
Ebook dalam format PDF
Satu salinan, RM10.  SMS 0175009364 untuk dapatkan ebook tersebut.

Sabtu, 7 September 2013

Semburan AntiKulat Buat Sendiri

Kebiasaannya bila pokok lemah, ia menjadi sasaran  makhluk perosak.  Minggu ini saya tidak menyiram kerana hujan.  Rupa-rupanya pokok stevia  terlindung dari hujan. Bila kering pokok menjadi lemah dan diserang kulat.
Saya akan musnahkan pokok ini.  Bagaimanapun, jika ingin selamatkan pokok tersebut, saya  boleh bunuh kulat dengan mengubah pH. Kura tumbuh bila tanah terlalu berasid.  Saya semburkan dengan cecair larutan .
penimbal yang tingkatkap pH kawasan  kulat tumbuh.
Pokok stevia yang hampir mati diserang kulat.
Rumusan semburan adalah seperti berikut.
1 liter air, 
1 sudu teh minyak masak,
1 sudu besar cecair pencuci pinggan,
1 sudu besar serbuk natrium bikarbonat.

Biasanya kulat akan mati dalam masa 1  hari dan pokok akan tumbuh semula.

Tuaian Hari Ini -- Kailan Dan Kobis

Kailan dan kobis adalah dari keluarga Brassicas. Dari bacaan saya, sayur ini baik untuk jantung. Ada doktor yang syorkan supaya dibuat jus amal minum setiap hari.

Jika nak dibuat jus, pada pendapat saya, elok tanamsendiri. Jangan guna racun perosak.
Tanamsendiri kailan mudah. Kalau nak cuba berbagai jenis kailan, dapatkan set kailan. Hanya RM30 satu set.


Selasa, 3 September 2013

Gambar Hari Ini -- Bunga Roselle

Bunga Roselle

Roselle (Hibiscus sabdariffa) adalah satu keluarga dengan bunga raya, kapas dan bendi.  Ia mempunyai bunga yang cantik yang mekar di waktu pagi.  Roselle yang menghasilkan kaliks yang bekhasiat juga boleh dijadikan tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik.  Bunga roselle juga boleh dimakan. Ia enak dijadikan salad.

---------------------------------------------
Gambar apa?  Bunga roselle
Gunanya? Hiasan, salad
Ada benih? Ada, SMS 0175009364

Isnin, 2 September 2013

Cara Memerangkap dan Menghapuskan Kekabuh Timun Tanpa Menggunakan Racun

Bila menanam pokok mentimun, petola, labu serta lain-lain pokok yang menjalar, kebiasaannya bila tiba musim hujan, kekabuh timun akan menyerang.  Kekabuh ini mempunyai saiz kekabuh kura-kura (ladybird).  Ia akan menyerang pokok yang lemah. 


Semalam saya telah memangkas daun dan ranting pokok timun susu.  Cecair yang dirembeskan oleh tanaman untuk mengubat luka tempat dipangkas telah menarik perhatian kekabuh timun. Akibatnya, pagi tadi beberapa ekor kekabuh timun telah singgah di pokok timun susu.  Sebahagian daripada daun pokok timun susu telah rosak dimakan kekabuh timun.

Daun timun susu rosak dimakan kekabuh timun.

Untuk mengelakkan daripada serangan yang teruk, saya telah ambil keputusan untuk memusnahkan sebahagian daripada kekabuh tersebut. Saya pilih awal pagi kerana ketika itu suhu masih rendah dan kekabuh timun kurang aktif pada suhu yang rendah.  Walaupun begitu, masih sukar untuk menangkap kekabuh timun menggunakan tangan. 

Jadi saya perhatikan pergerakan kekabuh tersebut.  Oleh kerana kekabuh timun mempunyai 2 set sayap, ia tidak dapat terbang dengan segera.  Sayap luar yang keras berwarna oren adalah pelindung sayap sebenar. Ia tidak dapat terbang menggunakan pasangan sayap tersebut. Sayap yang digunakan untuk terbang berada di bawah sayap pelindung.  Apabila terganggu, kekabuh timun akan terjun dan membuka sayap pelindung.  Selepas itu baru ia dapat terbang menggunakan pasangan sayap di sebelah dalam.   Pergerakan kekabuh timun ketika ingin terbang adalah seperti di dalam ilustrasi di bawah.

Laluan kekabuh timun ketika terbang untuk melepaskan diri daripada bahaya.

Untuk menangkap kekabuh timun, saya boleh sekat di laluan tersebut, iaitu dengan menadah  bekas di bawah kedudukan kekabuh.  Jadi apabila ia terjun, kekabuh timun akan terperangkap di dalam bekas yang ditadah.  Ilustrasi berikut menunjukkan kedudukan bekas yang digunakan untuk memerangkap kekabuh timun.

Bekas diletakkan pada laluan kekabuh timun ketika membuat penerbangan kecemasan untuk melepaskan diri.

Untuk pastikan kekabuh timun yang terjun terjatuh ke dalam bekas tidak dapat melepaskan diri, saya gunakan larutan minyak masak dan cecair pencuci pinggan.  Larutan tersebut akan menyebabkan kekabuh timun tidak dapat bernafas dan mati lemas.

Saya gunakan cawan pakai buang sebagai bekas perangkap. Rumusan cecair perangkap ialah setengah cawan air, 1 sudu teh minyak masak dan 1 sudu besar cecair pencuci pinggan.  Saya letakkan cawan di bawah kekabuh timun sebagaimana gambar berikut.

Cawan perangkap diletakkan di bawah kekabuh timun yang ingin dihapuskan.

Kemudian saya kuis kebabuh timun dengan jari.  Kekabuh terjun  untuk melepaskan diri.  Ia terperangkap di dalam cawan dan mati lemas. Lihatlah sendiri hasil tangkapan pagi ini.

Kekabuh timun yang terperangkap di dalam cawan berisi larutan minyak masak dan pencuci pinggan.

Saya tidak membunuh semua kekabuh timun.  Saya biarkan sebahagian terbang kerana ia mungkin membantu pendebungaan pokok timun.

Kiriman Pada Hari Jumaat Akan Diterima Pada Hari Selasa Atau Rabu

Sebahagian daripada kiriman pada hari Jumaat telah dibuat selepas "Cut Out Time" dan tidak diproses kerana cuti Merdeka pada hari Sabtu.  Ia hanya akan diproses hari ini.  Kemungkinan besar kiriman tersebut akan diterima esok dan hari Rabu.

Pesanan yang dibuat sebelum pukul 2:00 hari ini telah dikirim. Ia akan diterima pada hari Selasa atau Rabu.

Harap maklum.

Tuaian Hari Ini -- Roselle

Roselle dari baka tanamsendiri menghasilkan pokok dengan saiz daun yang kecil dengan buah yang lebat. Kaliks roselle boleh dibuat jus, sirap, halwa dan jem.  Benih roselle bercambah dalam masa 3 hari selepas disemai.  Roselle sesuai ditanam di dalam bekas.  Pokok yang sedang berbuah perlukan lebih banyak air, jadi ia perlu disiram setiap hari.


Jika ingin bekalkan jus roselle secukupnya secara berterusan, tanam 3 pokok untuk setiap ahli keluarga.  Saya syorkan semai 2 pek roselle setiap bulan untuk hasilkan buah yang berterusan.  Dapatkan benih tanamsendiri, ia dapat dituai 12 minggu selepas disemai.

Buah roselle yang baru dituai.


Gambar Hari Ini -- Bunga Telang

Pokok Bunga Telang dengan bunga yang lebat.  Gambar diambil di waktu pagi, selepas hujan.


Pokok bunga telang adalah pokok memanjat dengan cara melilit.  Ia tahan panas dan sesuai ditanam di dalam pasu.  Pokok bunga telang tidak perlukan air yang banyak.  Ia sesuai ditanam jika tinggal di kawasan tak bertanah.  Benih bunga telang bercambah dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas disemai.  Bunga telang yang berwarna biru sesuai dijadikan pewarna makanan.  Ia dijadikan pewarna nasi kerabu dan sirap biru.

Benih Kongsi Bulan September 2013

Untuk bulan ini kami akan edarkan 2 jenis benih kongsi. Benih kongsi tanapa pembelian ialah Sawi Menang dan benih kongsi bersama pembelian iaitu Kobis Cina 663. Kedua-dua jenis benih kongsi ini cepat bercambah dan dapat dituai dalam masa 4 minggu selepas dialih. Untuk dapatkan benih kongsi SMS atau emelkan nama alamat ke 0175009364 atau emel [email protected] Letakkan tajuk emel (Subject) "Bennih Kongsi September."  Jika anda buat pesanan benih, benih kongsi diberi secara automatik.

 Sawi Menang adalah sawi saiz penuh dengan tangkai hijau yang halus dan rangup. Sawi ini enak digoreng, dimasak bersama sup atau dijadikan rencah mee goreng, mee segera dan lain-lain.

Kobis Cina 663 menghasilkan sayur putih dengan daun terbuka (loose-leafed) yang enak digoreng, diibuat sup atau dijadikan rencah dalam masakan.


Sawi Menang 12 hari kemudian, iaitu 2 minggu selepas dialih.  Pokok kelihatan padat.


Anak pokok kobis cina dalam pasu.