Isnin, 29 Julai 2013

Anak Pokok Betik Sekaki

Benih betik sekaki ambil masa yang lama untuk bercambah, jika dicambahkan cara biasa.  Jika direndam dalam air suam selama 2 jam, disemai dalam tanah khas untuk cambahan, ia bercambah dalam masa 5 hari.  Ada antara rakan yang patah hat bila benih lambat bercambah.  Jangan putus asa.  Jika tinggal berdekatan, boleh datang dan dapatkan anak pokok betik sekaki yang dah bercambah.  Dah ada banyak anak pokok yang menunggu tuan baru.  Saya akan cambahkan beberapa benih lagi supaya semua dapat nikmati pokok betik sekaki di halaman rumah.  Pokok betik sekaki istimewa kerana ia renek dan buahnya boleh dipetik tanpa menggunakan galah.

Anak pokok betik sekaki.

----------------------------------------------
Apa? Anak pokok betik sekaki.
Ada dijual?  Ada, tapi tidak dikirim, perlu datang ambil.
Harga? Hanya RM5 satu pokok.


-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Soalan Pengunjung -- Bila Boleh Tuai Kailan?

Salam En. Is.
Percubaan pertama menyemai kailan, alhamdulillah menjadi. Bila dah agak besar, saya alihkan beberapa pokok ke tanah bakaran, dan beberapa lagi ke dalam pasu. Kesemuanya alhamdulillah menjadi, walaupun masa nak berkebun memang terhad.
Saya sertakan gambar terkini pokok kailan. Soalan saya:
1. Adakah pokok-pokok itu masih perlukan baja?
2. Kenapa daun kailan ada yang bertompok kuning?
3. Macam mana nak tahu bila boleh dituai?
Alamak, saya tak ambil pun gambar batang kailan. Saya nak tunjukkan yang batangnya dah sebesar jari kelingking. Jadi agak-agaknya sudah boleh dituai ke?

Kailan. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Kailan tumbuh subur. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>

Dan kailan ini kelihatan amat subur. Gambar milik Norsita Tugimin <[email protected]>
---------------------------------------------------
Waalaikum salam,
1. Kalau diperhatikan gambar, pokok tersebut terima cukup baja.
2. Saya perhatikan daun, tiada masalah. Saya tidak dapat kenalpasti tompok kunig yang dimaksudkan.  Mungkin tompok tersebut berlaku kerana tompok air yang disiram berada di permukaan daun ketika tengahari.  Ia menyebabkan stoma pada daun terbuka dan kawasan tompok kehilangan lebih air dan kering.
3. Dari saiz pokok, daun boleh dituai dalam 1 atau 2 minggu lagi.  Jika ingin tuai seluruh pokok, dalam 2 minggu lagi.  Saiz batang bergantung pada baka kailan tersebut.  

Antara Cili Ungu dan Cili Pelangi

Kebiasaannya, cili ungu berbuah dengan warna ungu, cili pelangi pula berubah warna dari putih susu kepada merah.  Mungkin faktor baja, mungkin juga faktor cahaya, saya kurang pasti. Buah cili ungu mula menjadi hijau, buah cili pelangi pula semua menjadi ungu.  Inilah antara faktor yang mengasyikkan saya, banyak misteri yang ingin diungkai.  Hari ini misteri warna ungu cili, esok entah apa pula?
Yang pasti, berkebun di rumah memang menyeronokkan.

Antara cili padi ungu dan cili padi pelangi; satu hilang ungunya satu menjadi ungu.

-----------------------------------------------------------------
Apa? Cili ungu dan cili pelangi. Cili ungu sepatutnya ungu bertukar kepada warna hijau, cili pelangi pula bertukar menjadi ungu.
Mengapa? Mungkin baja, mungkin cahaya.
Ada benih?  Cili ungu, tiada. Cili pelangi, ada.
Boleh pesan benih?  Boleh.  http://www.tanamsendiri.com/2013/07/benih-untuk-dijual-cili-padi-pelangi.html
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Soalan Pengunjung, Cambahan Lonjong

Salam alaik encik is. Ni anak semaian benih kongsi bakchoy. Bengkok bengkok penangan kucing. Dah seminggu macam ni, tak besar-besar. Saya risau bantut.

Semaian Sawi Pak Choy. Gambar milik Nadz Rlan.
------------------------------------
Waalaikum salam,
Saya perhatikan cambahan tersebut lonjong sehingga tidal mampu tegak.  Ini tandanya cambahan tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.  Alih kotak semaian ke tempat yang menerima cahaya secara terus tanpa terhalang terutamanya cahaya pagi.

Sekiranya ada memiliki kucing pastikan ia tidak menjadikan bekas tanaman sayur sebagai jamban kerana tinja kucing berkemungkinan mempunyai parasit misalnya dari jenis protozoa (Taxoplasma) yang membahayakan kaum wanita serta anak kecil. Jika pokok bunga, tiada masalah.


Gambar Hari Ini -- Patch Lobak Putih



Patch Lobak Putih

Anak pokok lobak telah dialih ke patch lobak di depan rumah.  Dulu ruang ini ditanam dengan pokok sawi.  Tanah digaul dengan baja organik iaitu pellet tinja ayam dan dibiarkan baja mereput selama 2 minggu.  Saya perhatikan pokok tumbuh dengan galak.

Garfu pakai buang diletakkan sebagai tanda amaran kepada kucing supaya tidak merosakkan tanaman.  Cara ini berkesan hanya untuk sementara waktu.  Perbincangan tentang cara menghindari gangguan kucing ada diletakkan dalam ebook "Kucing Sahabat Taman?" yang akan diedarkan pada hari Isnin, 29 Julai.  Harga untuk pesanan awal ialah RM10.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Sdr Zulkahiri

Saya ada menerima beberapa gambar hasil usaha rakan-rakan yang berkebun di rumah.  Banyak daripada gambar yang saya terima membuatkan saya kagum dan teruja untuk terus mengahsilkan tanaman yang berkualiti di perkarangan rumah.
Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Sdr Zulkhairi.  Pokok sawi, bendi dan bayam di tanam di atas batas.  Susunannya begitu kemas.  Tanah di perkarangan rumah Sdr Zulkhairi juga sangat elok salirannya.  Pokok bendi belum berbunga.  Saya dapat bayangkan bila bendi mendatangkan hasil nanti.  Puas makan bendi segar yang rangup.

Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Pokok sawi hijau dan bendi hasil usaha Sdr Zulkhairi.  Gambar milik Sdr Zulkhairi, [email protected]

Bendi dan sawi kemas teratur di atas batas.   Gambar milik Sdr Zulkhairi, [email protected]

Ahad, 28 Julai 2013

Gambar Hari Ini -- Kailan


Kailan sedia untuk dituai.
Kailan pun bukan sekadar kailan.  Sejak aktif berkebun di rumah barulah saya tahu ada banyak jenis kailan. Ada kailan daun lebat dan lebar, ada kailan batng besar, ada pula kailan cepat berbunga dengan bunga beraroma.  Semuanya enak dimasak.  Kailan tidak dimakan senagai ulam tapi jika digoeng memang enak.  Paling popular, kailan ikan masin.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]
[email protected]-
Apa? Kailan.
Ada benih tak?  Ada.  Kailan OP, kailan 117, kailan 55.
Set Kailan?  Ada, Benih semua jenis kailan disertakan. Termasuk kailan tokyo, dan kailan hong kong yang hanya dijual melalui set ini.  Jimat RM10.  http://www.tanamsendiri.com/2013/01/tawaran-hari-ini-set-kailan.html
Mudah tak tanam?  Mudah. Cara tanam ada dalam blog. Lihat panel kanan.
Boleh tanam dalam bekas? Boleh.
Boleh letak dekat panas terik?  Boleh. Kailan gemar cahaya penuh.

Sabtu, 27 Julai 2013

Tuaian Hari Ini -- Sawi Bakso Dari Patch Depan Rumah

Patch depan rumah ada dwifungsi, sebagai ruang tanaman hiasan dan tanaman makanan.  Selain dari bunga, saya selitkan herba rosemary serta sayur sawi bakso, bawang, sawi natsujaidin, dan lobak putih.  Hari ini kami tuai 3 tangkai sawi bakso untuk dijadikan lauk ketika sahur.  3 tangkai sawi bakso muda, jisimnya tepat 200g.  Orang yang paling gembira membantu menuai sawi, tentulah Puteri.

Puteri dengan tuaiannya, sawi bakso.

Patch depan rumah, gabungan tanaman hiasan, herba dan sayur.

Bunga Basil Menarik Serangga Pendebunga

Jika anda biarkan pokok basil, misalnya pokok selasih berbunga, ia akan menarik serangga pendebunga, misalnya kelulut (sejenis lebah yang tidak menyengat) untuk berkunjung ke taman di rumah anda.  Ini adalah suatu yang baik kerana serangga tersebut akan membantu mendebunga tanaman anda.  Misalnya kelulut akan singgah ke bunga pokok tomato untuk mendapatkan cairan dan debunga.  Dalam masa yang sama, ia akan membantu pendebungaan pada bunga tersebut.  Bunga perlu didebunga, iaitu proses persenyawaan tumbuhan, supaya putik buah akan lekat. Lazimnya jika tiada pendebungaan berlaku, putik buah akan luruh.

Kelulut sedang singgah pada bunga pokok basil.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Gambar Hari Ini -- Cambahan Basil

Cambahan basil yang disemai 3 hari sebelum ini.

Kebiasaannya basil bercambah selepas 1 hingga 2 minggu benih disemai.  Bagaimanapun, benih baru lazimnya bercambah dalam masa 3 hari.  Cambahan di atas telah disemai 3 hari sebelum gambar diambil.  Saiz cambahan adalah sekitar 1 cm.  Tujuan benih disemai ialah untuk pastikan benih yang kami terima bernas.
Pokok basil yang muda yang tumbuh dalam 15 cm enak dijadikan ulam atau dibuat teh (infusion).  Teh basil menenangkan apabila diminum.  Ia sesuai diminum di waktu malam jika anda susah nak tidur.  Biasanya selepas minum teh basil, anda akan tidur lena.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364
atau email [email protected] atau [email protected]

Rabu, 24 Julai 2013

Tuaian Hari Ini -- Sayur Muda Dijadikan Ulam Ketika Berbuka

Hari ini saya tuai kangkug, daun lobak putih, bunga tonkin jasmin dan cili padi untuk dibuat ulam ketika berbuka.  Semua ini saya semai 3 minggu yang lalu.  Pasti berselera berbuka puasa hari ini.

Sayur yang akan dijadikan ulam ketika berbuka.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Semaian Verbena Menggunakan Keratan

Pokok Verbena lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang.  Dari pengalaman saya, walaupun pokok bunga yang matang tidak cerewet penjagaannya berbanding dengan sayur, benihnya lebih sukar dicambahkan.  Saya lebih gemar menyemai pokok bunga menggunakan keratan batang.  Gambar menunjukkan anak pokok verbena yang disemai menggunakan keratan batang.

Anak pokok verbena yang disemai dari keratan batang.
Pokok bunga verbena yang ditanam bersama pokok bunga gerbera
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Basil Sebagai Buddy Cili

Selain daripada digunakan sebagai herba, dibuat ulam, basil juga bertindak sebagai pemanggil serangga pollinator dan ladybird baik yang memakan bena. Saya perhatikan sejak bunga basil yang sangat kecil mekar, jumlah lebah tanpa sengat (kelulut) meningkat. Saya juga menemui ladybird dari jenis karnivora serta larvanya yang memakan bena berlindung dalam pokok basil.
Walaupun pokok cili tidak memerlukan bantuan serangga pendebunga, saya dapati kehadiran serangga pendebunga jelas meningkatkan lagi kadar bunga yang lekat yang menghasilkan lebih banyak buah cili. Jika diseimbangkan pembajaan, penyiraman, pendebunga dan cahaya, saya yakin anda dapat hasilkan jumlah cili sebanyak mungkin.
Saya belum lagi imbangkan elemen tersebut, tapi lihatlah sendiri betapa lebatnya buah cili yang dihasilkan.


Basil sesuai dijadikan buddy pokok cili.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau
email [email protected] atau [email protected]

Selasa, 23 Julai 2013

Apa Nak Buat Dengan Tomato Ceri Yang Berlebih Ni?



Tomato ceri memang seronok tanam.  Kalau tanam sepuluh pokok, katalah menjadi 5 pokok, sekali tuai satu pokok dapat 20 biji, 5 pokok dapat berapa biji yer?
Saya pernah tanam, satu pokok dapat antara 70 hingga 80 biji. Itu sekali tuai.  Buah tomato ceri tanamsendiri tak sama dengan yang dikedai. Yang tanamsendiri segar, rangup, manis dan pekat dengan rasa tomato.  Mana nak cari.  Saya dulu, tuai terlalu banyak, puas makan. Buat ulam nasi ayam, buat sos, buat sambar, simpan dalam balang, jemur sampai kering lepas tu simpan dalam balang bersama minyak zaitun dan bawang putih.  Letak atas pizza, buat sos spaghetti, ratah sambil nonton tv.... Memang best.

-------------------------------
Benih masih ada. Tomato tropical ruby, 1 pek ada sepuluh benih. Beli dua pek, hanya RM10. Tanam dalam tong gabus, tin susu, pasu besar.  Letak belakang rumah, sekali tuai 200 biji.  Itu kalau hanya ada sepuluh pokok dan sekali tuai 20 biji sepokok.  Tak berbaloi ker berbelanja RM10 dapat sebanyak itu. Itu sekali tuai. Lagi tiga hari tuai lagi. Minggu depan tuai lagi.  Begitulah selama 3 bulan. Murah rezeki.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
------------------------------
Apa? Tuaian tomato ceri banyak tak termakan.
Apa nak buat? Jemur dan simpan dalam balang berisi minyak zaitun.
Kegunaan? Untuk memasak. Enak dengan rasa yang ketara.
Benih ada?  Ada, banyak pilihan. Set koleksi tomato ceri pun ada, hanya RM30 satu set.

Soalan Pengunjung -- Cambahan Dimakan Perosak

Salam En. Iskandar,

Selamat berpuasa. Reen dah buat cambahan untuk anak pokok naga warna merah. Dalam 2 hari dah tumbuh. Banyak anak naik, tapi tak tahu kenapa macam ada benda yang mkn anak2 pokok naga tu. Cari si pemangsa tapi tak jumpa. Entah ulat atau apa coz yang Reen jumpa kat tanah hanya ulat gonggok.
Dah ubah bawah shade tapi makin berkurang juga. Ada petua tak?
Reen masih simpan lagi sedikit benih. kalau dah dapat petua baru nak semai lagi. Terima kasih.

--------------------------
Waalaikum salam,
Jika cambahan kelihatan sihat tetapi tumbang, kemungkinan ia diserang penyakit reput batang.  Letak bekas semaian di tempat yang udara bebas mengalir dan mendapat cahaya yang crah.  Jika pokok dimakan, kemungkinan serangan siput.  Ia biasanya menyerang di waktu malam atau selepas hujan.  Cuba tabur pellet siput atau buat perangkap siput.  Tinggalkan 1 cawan air Coke dalam bekas.  Bila siput singgah minum, apabila kenyang ia akan jatuh ke dalam air mnyebabkan lemas.

 

Ahad, 21 Julai 2013

Pokok Cili Pelangi

Selepas dipangkas ranting yang rosak dan kurang elok, dibaja dengan teh kompos, pokok cili pelangi (bolivian rainbow) berbunga semula dengan lebat dan kini sedang berbuah semula.  Tuaian yang lepas, saya jeruk menggunakan cuka anggur.  Memang enak dihidangkan ketika berbuka.

Untuk pastikan bunga tidak luruh, siram denanair yang cukup untuk kekalkan tanah sepaya lembap tetapi tidak bertakung air. Waktu tengahari tanah jangan kering kerana jika kehausan ketika panas, bunga akan luruh.  Dan "panggil" serangga pendebunga.

Lebah kelulut gemar singgah pada bunga basil (kemangi/tulasi/selasih).  Sambil itu ia akan singgah ke bunga cili.  Mujurlah bunga cili lekat hingga menjadi buah.

Cili pelangi sedang berbuah.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

-----------------------------
Apa? Pokok cili pelang.
Bagaimana boleh terus berbuah? Pangkas/gunting ranting mati, baja, siram air secukupnya.
Bagaimana nak kekalkan bunga? Jangan kering waktu tengahari, pastikan ada serangga pendebunga.
Ada benih tak?  Ada.
Cara pesan?  Klik http://www.tanamsendiri.com/2013/07/benih-untuk-dijual-cili-padi-pelangi.html

Gambar Hari Ini -- Anak Pokok Cili Oscar


Anak pokok cili oscar
Cili Oscar juga dikenali sebagai cili tanglung. Ia menghasilkan buah yang berbentuk seperti tanglung.  Mungkin sebab itu ia dikenali sebagai cili tanglung.  Benih yang saya perolehi mahal harganya.  Mungkin kerana buah cili oscar yang ranum istimewa.  Saya sendiri belum merasa buah cili ini, tapi dari bacaan saya cili oscar dikatan mempunyai rasa yang manis seperti jambu.

Biasanya kita makan cili untuk rasanya yang pedas.  Selain daripada rasa hangat, cili ada mempunyai rasa yang lain.  Tak sabar untuk rasa buah cili oscar.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]  

---------------------------------
Apa? Anak pokok cili tanglung.
Buahnya? Tak pedas, manis.
Ada benih? Ada, boleh pesan.
Harga? 1 pek ada 10 benih.  Harga RM5.

Jumaat, 19 Julai 2013

Benih Untuk Dijual -- Keratan Rosemary

Keratan rosemary (sepanjang 8-9 cm, 3-3.5 inci) dijual dalam set 5 keratan.  Harga satu set ialah RM10.  Kiriman dibuat melalu poslaju, jadi tambah RM10 untuk kendalian.

Untuk makluamat akaun dan cara membuat pesan, klik pautan berikut.

Cara Memesan Benih



Semaian rosemary daripada keratan.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]  

Menyemai Keratan Rosemary

Pokok rosemary adalah herba yang boleh ditanam di negara kita.  Ia tahan panas.  Daun rosemary enak dijadikan perisa terutamanya ketika memanggang ayam atau kambing.  Rakan-rakan boleh dapatkan serbuk rosemary dalam botol perisa, tapi rasanya tidak seenak herba yang segar yang ditanam sendiri.  Saya ada bekalkan keratan rosemary untuk disemai.

1. Lakukan aktiviti sebelah petang untuk elak panas tengahari di waktu tengahari. Sementara itu simpan keratan dalam plastik sanwic dan letakkan  peti sejuk tapi bukan ruang beku.

2. Isi tanah ke dalam bekas semaian. Lembapkan tanah semaian atau topsoil. Jika terlalu banyak tanah liat, campurkan sedikit pasir. Jangan biarkan air bertakung.

3. Siat atau gunting buang semua daun kira-kira 1 inci dari pangkal. (Lihat Ilustrasi 1).

Ilustrasi 1: Keratan rosemary.


4. Dengan menggunakan kayu atau belakang pensel, buat cucuk tanah untuk membuat lubang kira-kira 4 cm (1.5 inci). (Lihat Ilustrasi 2)

Ilustrasi 2:  Buat lubang tanpa memampatkan tanah.



5. Masukkan (tanam) keratan dan kambus lubang dengan tanah yang ringan. (Lihat Ilustrasi 3)

Ilustrasi 3:  Tanam keratan rosemary.

 6. Biarkan bekas semaian di tempat redup tetapi ada angin (udara bebas bebas mengalir untuk elakkan keratan dijangkiti kulat. Tidak perlu siram. Semburkan air hanya jika tanah terlalu kering.

7. Selepas seminggu letakkan di tempat yang kena cahaya matahari secara terus (terang) selama 2 atau 3 jam sehari untuk kukuhkan semaian. (Lihat Ilustrasi 4)

Ilustrasi 4:  Anak pokok rosemary yang telah dikukuhkan.

 8. Bila pokok dah kukuh, (2 minggu kemudian) letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi (direct sunlight). Kurangkan siraman air.

 9. Alih ke dalam pasu yang lebih besar bila akar memenuhi bekas semaian, biasanya 2 minggu kemudian. Gunakan tanah topsoil yang dicampur dengan pasir dan baja organik (pellet tinja ayam atau kambing).

10. Letak di tempat yang tidak terlindung yang memdapat cahaya sepenuhnya. Siram dengan air yang sedikit setiap 2 hari. 11. Apabila pokok dah rimbun, alih ke tanah atau ke dalam pasu yang besar. (Lihat Ilustrasi 5) Dari pengalaman saya, pokok rosemary akan mengeluarkan bunga selepas 6 bulan dialih ke tanah.  Bunganya yang berwarna ungu cerah sangat cantik.

Ilustrasi 5: Pokok rosemary yang dialih ke tanah.
 Masalah
Rosemary berasal dari Mediterranean yang musim panasnya kering dan musim dinginnya basah.  Jadi rosemary tahan kering.  jangan siram terlalu banyak.  Pokok akan mati jika terlebih air. Gunakan tanah yang mampu menyimpn sedikit air tetapi tidak menakung air.
Jika ketika menyemai, daun menjadi hitam, ini tanda serangan kulat.  Jauhkan dari semaian yang lain untuk elakkan jangkitan.  Bakar untuk elakkan jangkitan.  Jika ingin selamatkan pokok tersebut, cuba dengan sapu serbuk sulfur.

---------------
Apa? Semai rosemary guna keratan.
Keratan bagaimana yang boleh diguna?  Keratan dengan batang lembut.
Mana nak dapat? Boleh dapat dari blog ini.
Harga? Satu set yang mengandungi 5 keratan, RM10. Perlu poslaju, tambah RM10 untuk kendalian. Jadi, 1 set, RM20.  Dua set, RM30. 
Cara beli? Klik pautan "Cara Memesan Benih" pada panel kanan blog. Atau SMS 0175009364.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]   

Rabu, 17 Julai 2013

Sawi dan Daun Bawang Dalam Patch Depan Rumah

Dalam patch depan rumah yang dibina hampir 3 minggu yang lepas, kami telah isikan ruang kosong dengan tanaman sayur.  Jika dibiarkan kosong mungkin akan menarik kucing untuk merosakkan patch.  Bila tiada ruang kosong, kucing tidak datang membuat kacau.
Niat kami untuk dijadikan hidangan di bulan puasa.  Cepat sungguh pertumbuhan sawi dan bawang.  Jika semuanya menjadi, insyaAllah kami akan tuai sawi dan daun bawang minggu depan.

Daun bawang dah sedia untuk dituai. Pertumbuhan sawi pula amat galak.

Sawi ini akan dituai minggu depan untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa.

Sawi membesar sambil menutup ruang kosong.

Saiz sawi semakin besar hampir sama dengan saiz daun gerbera.
 -------------------------------
Apa? Sawi dalam patch depan rumah.
Mengapa? Mengisi ruang kosong supaya patch tak diganggu kucing.
Bila tuai?  Minggu depan.
Ada benih tak?  Ada, sawi ini dinamakan sawi bakso.
Boleh pesan?  Boleh. Lihat pautan Benih Untuk DiJual pada panel kanan.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0183601610 atau email [email protected] atau [email protected]   

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Terung Besar Giant Naga Milik Juli Zan

Hari ini sayapamerkan gambar kiriman Juli Zan, iaitu gambar Terung Giant Naga.  Walaupun pokok masih kecil, ia telah menghasilkan buah yang besar dan gemuk.  Memang puas hati tanam terung ni kerana ia menghasilkan buah dalam jangka masa yang lama. Saiz buah pula besar.
Buah terung Giant Naga memang enak dimakan segar sebagai ulam, dipanggang atau celur atau dimasak. Untuk rasa yang paling enak, tuai ketika kulit buah masih berkilau.
Ketika berbunga atau berbuah, pastikan pokok tidak kekeringan. Ini kerana ketika berbunga atau berbuah, pokok perlukan air yang banyak.  Jika kekeringan bunga akan luruh. Buah akan kecut dan pokok akan mati kehausan di waku tengahari.

Terima kasih Juli Zan kerana sudi berkongsi gambar.
Terung Besar Giant Naga. Gambar oleh Juli Zan <[email protected]>.

Selasa, 16 Julai 2013

Tanam Sendiri -- Bunga Telang Dalam Pasu

Bunga telang (Butterfly pea, Blue pea) atau nama latinnya Clitoria ternatea adalah pokok kekacang yang memanjat yang mampu tumbuh subur di negara yang mempunyai cuaca yang panas seperti di negara kita.  Bunganya yang biru cantik menjadi hiasan laman rumah jika dijaga dengan elok.

Bunga telang berwarna biru.


Selain dari pokok hiasan, bunga dari pokok ini dituai untuk dijadikan pewarna dan perisa makanan. Warna yang dihasilkan daripada kelopak bunga telang boleh diubah kepada warna merah dengan mencampurkan jus limau nipis (asid).

Lazimnya bunga telang dibiakkan menggunakan benih.  Bentuk benih bunga telang bulat pipih dengan kulit berwarna hitam.  Benih boleh dibeli dari blog ini, menggunakan pautan (link) berikut.

http://www.tanamsendiri.com/2011/02/benih-untuk-dijual-bunga-telang.html


Benih Bunga Telang



Persediaan
Sebelum menyemai, sediakan bekas semaian terlebih dahulu.  Isikan tanah semaian (tanah organik, atau tanah atas (topsoil) yang digaul dengan pasir dengan nisbah 2:1 ke dalam bekas semaian atau pasu semaian (saiz 6 cm atau 2.5 inci).  Jika tinggal di kawasan berpasir, gunakan tanah pasir yang digaul dengan kompos atau rumpai reput dengan nisbah 1:1.  Lembapkan tanah dengan menyembur air. Anda juga boleh gunakan dulang semaian bersel atau dulang semaian rata atau kotak gabus.

Merendam Benih
Benih perlu direndam dalam air suam (40-45oC) selama 2 hingga 8 jam untuk mengaktifkannya.  Jika tidak direndam benih lambat bercambah.  Gunakan cawan gabus (cawan pakai buang) kerana ia kekalkan haba agak lama berbanding bekas lain.  Campurkan  1 bahagian air mendidih dengan 2 bahagian air paip pada suhu bilik.  Kemudian letakkan benih dan bn tutup bekas.  Biarkan selama 2 hingga 8 jam.

Menyemai
Gunakan belakang pensel dan cucuk tanah semaian sedalam 1 cm.   Isikan 1 atau 2 benih ke dalam lubang. Jika guna dulang rata atau kotak gabus, buat lubang menggunakan belakang pensel dengan jarak antara lubang 12 cm atau 5 inci.


Gunakan pensel dan buat lubang sedalam 1 cm.

Kemudian tabur tanah yang ringan untuk tutup lubang.  Jangan mampatkan tanah.
Masukkan benih dan tutup lubang dengan tanagh ringa.
Letak bekas semaian di tempat cerah untuk pastikan suhu tinggi. Pastikan tanah sentiasa lembap.  Jika tanah kering, basahkan menggunakan penyembur.  Benih akan bercambah dalam masa 5 hari hingga 2 minggu.

Menyediakan Bekas Tanaman
Sediakan bekas untuk letakkan pokok.  Seeloknya gunakan bekas atau pasu besar.  Pasu dengan bukaan 20 cm atau 8 inci sesuai digunakan.  Jika inginkan pokok yang lebih besar, gunakan pasu yang lebih besar.  Isikan 1 bahagian tanah atas dan 1 bahagian baja organik (pellet tinja ayam) hingga ke paras 3/4 bekas.  Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.


Mengalih
Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.  Selepas dua set daun tumbuh, iaitu set daun benih dan set daun sebenar (4 helai daun) cambahan sedia untuk dialih. Ketika ini lazimnya akar telah memenuhi bekas cambahan. 
daun benih dan daun sebenar



Buat lubang saiz bekas semaian atau saiz tanah yang ingin dialih ke dalam bekas atau tanaman.
Dengan berhati-hati ketuk bekas semaian, pegang daun dan tarik kluar cambahan yang ingin dialih.  Masukkan bahagian akar dengan tanah ke dalam lubang.  Tutup tanah lubang dengan tanah semaian.  Jangan mampatkan tanah.  Siram dengan penyembur.

Jika semai dalam bekas semaian rata, pegang daun cambahan dan sodok tanah bahagian pangkal cambahan menggunaan sudu besar.  Tanam ke dalam lubang dalam beas semaian.  Tutup dengan tanah semaian dan siram dengan penyembur.

Jika semai dalam dulang semaian bersel, dengan berhati-hati, tarik keluar cambahan.  Ia akan keluar dengan akar yang penuh seperti dalam gambar di bawah.
 
Akar memenuhi sel semaian.

Tanam ke dalam bekas semaian.  Tutup lubang dengan tanah semaian.  Jangan mampatkan tanah.

Letakkan bekas tanaman di tempat teduh selama dua hari.  Siram dengan jumlah air yang sedikit.  Selepas 2 hari alih bekas ke tempat yang cerah.  Siram sekali sehari di sebalah pagi.

Memangkas Tunas Utama
Apabila pokok tumbuh kira-kira 20 cm (8 inci), guntung tunas utama untuk menggalakkan pertumbuhan tunas sisi.  Ini untuk menghasilkan pokok yang rimbun.

Memasang Pancang
Bila pokok mula menunjukkan tanda untuk memanjat, pasang pancang kayu atau buluh.  Gunakan 4 batang kayu atau buluh sepanjang 60 cm (2 kaki) dan lilit dawai untuk melingkungi pokok.  Pokok akan tumbuh merimbun dengan melilit kayu atau dawai tersebut.

Pangkas
Kerat atas pangkas pucuk yang tumbuh keluar dari rimbunan untuk kekalkan bentuk kubah (dome). 


Kekalkan pokok dalam bentuk kubah.


Bunga
Lazimnya pokok berbunga selapas 8 minggu dialih.  Tuai bunga yang sedang mekar untuk dijadikan perisa atau pewarna makanan.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]  

Isnin, 15 Julai 2013

Tanam Strawberi Di Depan Rumah?

Sepasu pokok strawberi dengan buah yang hampir ranum.

Boleh tanam strawberi di tempat panas, bukan tak boleh.  Sebelum kita bincang tentang cara tanam strawberi depan rumah, jom kita tanam roselle dulu.  Ia lebih mudah dijaga, pertumbuhan pokok galak, dan bila tiba masanya pokok berbuah lebat.  kaliks roselle boleh dibuat jus, jem, sirap, dalwa, pewarna asli, serta bemacam-macam lagi.  Berbaloi tanam roselle. Benih masih banyak.  Lihat panel kanan blog, dalam senarai "Benih Untuk Dijual" dan klik Roselle (Hibiscus sabdariffa). Bila dah puas nikmati produk roselle hasil tanam sendiri, kita nikmati strawberi tanamsendiri pula.

Anak pokok roselle yang tumbuh dengan tinggi 1 kaki.

-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]  

Patch Depan Rumah, Bahagian 3


Membina patch yang berjaya perlukan masa. Cuba bayangkan rupa patch yang diidamkan, rancang dan kemudian usahakan untuk mencapai matlamat tersebut.  Menanam di rumah adalah aktiviti hobi, jadi bila buat perancangan, biarlah berpada-pada. 

Maksud saya, saiz jangan terlalu besar.  Ini kerana patch atau kawasan yang terlalu besar perlukan banyak masa dan tenaga.  Kita yang melakukan aktiviti secara hobi mana ada banyak masa yang terluang.  Paling banyak masa yang ada, beberapa minit sebelah pagi dan beberapa minit di sebelah petang.  Waktu tengahari, kalau ada di rumah sekali pun mustahil dapat lakukan aktiviti di laman depan rumah kerana suhu yang amat tinggi.

Jangan cuba lakukan semua tugas sekali gus. Buat sedikit sedikit.  Kita perlu bersabar untuk hasilkan patch depan rumah sebagaimana yang diidamkan.  Mulakan dengan saiz yang kecil.  Jika 2 ela terlalu besar, mulakan dengan sekaki persegi.  Dari situ kembangkan patch hingga ke saiz yang diidamkan.
Saya perhatikan dari cerita rakan-rakan, punca utama kegagalan menyiapkan patch ialah terlalu ghairah di peringkat permulaan.  Bila dah terasa terlalu payah nak siapkan sesuatu tugas, biasanya projek patch depan rumah akan terbengkalai.

Bila bina patch, biar realistik.  Mulakan dengan kawasan yang kecil dulu.  Patch bersaiz 1 ela persegi mungkin memenatkan. Mulakan dengan 1 kaki persegi dulu.


Cara saya buat, begini; rancangkan patch yang diidamkan. Ambil satu kawasan daripada patch tersebut, misalnya satu kaki persegi dan lakukan aktiviti dalam patch tersebut sahaja.  Beberapa hari kemudian, sambung dengan satu kaki persegi lagi.  Ambil masa antara 45 minit hingga satu jam sahaja.  Cukup untuk keluarkan peluh.

Lama-lama bila dah mahir, segala tugas akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

--------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]  

Gambar Hari Ini -- Patch Depan Rumah, 2 Minggu Kemudian

Patch depan rumah selepas 2 minggu pokok dialih atau disemai.

Gambar Hari Ini menunjukkan gambar panorama yang dihasilkan dengan menggabungkan 6 gambar untuk menghasilkan gambar penuh patch depan rumah.  Patch ini menggabungkan tanaman hiasan dan tanaman sayur untuk menghasilkan laman depan rumah yang menarik serta menghasilkan makanan untuk keluarga.

Patch ini dihasilkan dengan perancangan terlebih dahulu.  Tanah dikerjakan supaya "hidup" dan akan bekerja untuk membekalkan nutrien serta keperluan lain tanaman untuk menghasilkan pokok yang subur penuh dengan bunga atau buah, menghasilkan tuaian yang banyak, rangup, segar dan enak dimakan, tidak dimusnahkan oleh perosak.

Dengan perancangan juga, kami dapat pastikan laman yang dihasilkan kelihatan subur walaupun dibina dalam kawasan yang panas sehingga mencecah 38oC di waktu tengahari.  Isu yang berkait dengan penghasian serta penjagaan ruang kecil ini akan dibincangkan dari masa ke masa dengan harapan rakan-rakan mendapat idea untuk hasilkan laman tanaman makanan/hiasan yang cantik serta mendatangkan hasil.
 --------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected] 

Jumaat, 12 Julai 2013

Gambar Hari Ini -- Cambahan Bendi Hijau

Cambahan Bendi Hijau Berbuah Lebat


Cambahan bendi hijau yang berumur 2 hari telah mula mengeluarkan set daun pertama, iaitu daun kotelidon atau juga dikenali sebagai daun benih.  Ketika ini cambahan mendapat tenaga/makanan daripada simpanan dalam benih. 
Oleh sebab itu tidak perlu tanah yang kaya dengan baja untuk mencambah benih.  Saya perhatikan jika gunakan tanah yang dicampur terlalu banyak baja, benih tidak bercambah.

Saya gunakan  tanah yang dirumus khas untuk mencambah benih.

Saya semai 280 anak benih bendi hijau berbuah lebat dan bendi putih.  Dua-dua ada keistimewaannya.  Alhamdulillah, semua benih yang disemai tumbuh.  Mungkin dalam sebulan lagi (lepas raya) kami akan jual anak pokok bendi.  Jadi, rakan-rakan yang tinggal berdekatan boleh singgah beli jika tidak mahu menunggu lama untuk nikmati bendi segar.

Walau apapun saya syorkan semai sendiri benih kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan.

------------------------------------

Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

Apakah maksud benih hybrida atau F1?

Apa maksudnya baka hibrida (hybrid) atau F1?  Baka F1 adalah baka kacukan daripada 2 atau lebih induk untuk menghasilkan ciri-ciri tertentu yang dikehendaki atau diperlukan dalam tanaman.  

Oleh kerana benih hibrida dihasilkan dengan mengahwinkan induk yang mempunyai ciri berbeza, benih yang dihasilkan oleh tanaman hibrida lazimnya tidak menghasilkan buah atau tuaian sama dengan tanaman baka hibrida itu sendiri.

Adakah benih hibrida benih GMO?
Tidak.  Benih GMO mengandungi DNA yang telah diubahsuai secara fizik.  Benih hibrida mengandungi DNA hasil daripada kacukan induknya.


Selasa, 9 Julai 2013

Gambar Terkini Patch Depan Rumah

Selepas seminggu lebih "bermain" dengan patch depan rumah, inilah hasilnya. Ia seperti yang kami bayangkan. Daun bawang, kobis cina, sawi bakso, jika tiada masalah akan dapat dituai bulan ramadhan.

Patch depan rumah selepas 1 minggu lebih dialih pokok ke dalamnya.

Bunga Gerbera yang tahan panas mula menghasilkan bunga yang mekar.  Verbena juga menghasilkan beberapa jambak bunga yang baru.

Bunga Gerbera yang sedang mekar.

Ada seranggang yang perasan kehadiran "makanan" dalam ruang patch tersebut.  Bahagian hujung yang ada pokok rosemary, tiada masalah.  Bahagian   hujung satu lagi menunjukkan tanda dimakan flea beetle.  Tapi masalah tidak katara, hanya beberapa pokok daun sawi bakso berlubang sedikit.  Saya akan semai beberapa pokok basil atau herba yang lain di situ untuk dijadikan buddy.  Cuma pilihan dibuat dengan teliti supaya pokok yang ditambah tidak merosakkan "rupa" patch.

Pokok sawi bakso menunjukkan tanda dimakan flea beetle.  Ia bukan masalah yang besar.

Selain dari itu saya akan semal beberapa jenis bunga, bermula dengan bunga Anemone Leveillei.  Kalau menjadi bunga yang berwarna biru pasti akan dapat menambah seri patch depan rumah.

---------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

Apa Jadi Bila Pokok Kehausan?

Bila pokok terung mula berbuah, ia perlu air yang cukup. Jika satu hari sahaja pokok kehausan di waktu tengahari, inilah jadinya. Jika tanam di tanah tiada masalah kerana akar boleh pergi jauh untuk cari air. Jika tanam dalam pasu, pastikan air cukup. Bila buah kecut macam ni, elok tuai aja. Bila rendam dalam air, buah akan segah semula. Kerat pucuk yang layu. Pokok akan segah semula dan hasilkan bunga serta buah yang baru.

Buah terung kecut bila kurang air.

-------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

Isnin, 8 Julai 2013

Selamat Jalan Lalat Putih (Whitefly)

Hari ni berborak dengan pembekal benih...
"Frust" katanya.
Pokok cili kurang menjadi kerana diserang lalat putih.
"You punya ramuan tak jadi.  Saya guna racun, baru puas hati."
Saya jelaskan bahawa fungsi semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak yang saya tunjukkan tidak berfungsi sebagai racun.  Ia hanya membunuh makhluk perosak dengan melemaskannya.   Ia perlu diamalkan sehingga tiada lagi lalat putih kelihatan.
Racun pun hanya memberi penyelesaian sementara.  Habis racun, lalat putih akan datang lagi.
"You punya cili ada lalat putih tak?"

"Tak, jawab saya selamba.  Dah lama tak lihat lalat putih kat pokok cili di rumah."

"Macamana you buat?"  dia mula menunjukkan minat.

Sebenarnya masalah lalat putih (whitefly) bukannya masalah yang besar jika menanam di rumah.  Jika nampak lalat putih sembur aja dengan larutan pencuci dan minyak masak.  Ini menyelesaian semenara sahaja.  Saya amalkan "buddy system", iaitu menanam tanaman yang menghalau lalat putih.  Sebelum ini saya bincangkan tentang fungsi tanaman herba, iaitu basil, rosemary, kesom...

Hari ini saya ingin perkenalkan satu lagi tanaman buddy yang boleh digunakan untuk melindungi pokok cili, iaitu "Pokok Ubat Nyamuk."  Pokok ini, nama latinnya Pelargonium citrosum, bukanlah nama yang tepat. Nama ini dipilih kerana baunya seakan-akan serai wangi yang digunakan untuk menghalau nyamuk.  Pokok ini juga dikenali sebagai Citrosia granium.

Dalam posting ini, saya tidak bincangkan tentang keupayaan pokok menghasilkan bau yang mampu menghalau nyamuk aedese.  Posting ini ingin perkenalkan Pelargonium citrosum sebagai badi pokok cili. Ia memang benar-benar berkesan. Pokok cili yang saya tanam bersama buddynya tidak diganggu serangga langsung.  Lihatlah sendiri.  Cili padi subur tanpa gangguan lalat putih.

Pokok cili padi subur tanpa gangguan makhluk perosak.  Pokok cili ini ada buddy yang menjaganya.  Pokok Ubat Nyamuk mampu menjaga pokok cili dari gangguan lalat putih.
 
-------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]

Rendam Dulu Benih Betik Sekaki Sebelum Semai

Sebelummenyemai benih betik sekaki, rendam dulu benih dalam air suam, iaitu campurkan 1/2 cawan air panas dengan 1/2 cawan air pada suhu bilik. Suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celsius selama 2 jam.
Kali pertama saya semai, saya tak rendam benih.  6 minggu baru bercambah.  Nasib baik saya tak buang benih sebab ingatkan benih tak bernas. 
Kali kedua semai, saya rendam dalam air suam selama 2 jam.  Benih bercambah dalam masa 6 hari.  Gambar menunjukkan anak pokok betik 1 minggu selepas bercambah.

Anak pokok betik sekaki.

---------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]