Isnin, 23 Disember 2013

Stok Benih -- Benih Kucai Telah Habis

Untuk makluman rakan-rakan benih kucai telah habis.

Baru-baru ini ada rakan yang mengadu tentang benih garland chrysenthemum tidak tumbuh apabila disemai.  Apabila saya ujicambah, benihtersebut bernas tetapi ambil masa yang terlalu lama untuk bercambah.  Jadi saya telah musnahkan benih tersebut dan gamtikan dengan batch yang baru.  Benih yang baru saya ambil benih tempatan, jadi saya harap ia lebih mudah bercambah.  Bagaimanapun saya sendiri belum ujicambah benih tersebut.

Selain dari itu, benih baru yang saya baru terima termasuk salad kepala singa dan cili kulai.  Dari gambar pembekal, saya berhatikan saiz cili kulai yang saya terima tidak sepanjang cili kulai king.  Tapi buah (dari gambar) cili kulai tersebut lebih gemuk.





2 ulasan:

  1. betul tu, garland tu susah bercambah. kat tangan i, baru 2 yang hidup, tapi ambil masa yang sangat lama. saya biarkan saja, biar dia tumbuh lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kalau subur menanti tumbuh banyak lagi tu. Perhatikan semut dan siput. Pokok yang saya semai banyak mati dimakan semut. Mungkin pokok muda manis rasanya.

      Padam