Selasa, 31 Disember 2013

Soalan Pengunjung -- Makhluk Perosak

Salam En. Is,
Adakah binatang kecil-kecil ini serangga perosak? Kalau serangga perosak, adakah dengan adanya kerengga boleh membantu menghapuskan perosak ni?

Adakah binatang kecil ini makhluk perosak? (Gambar milik azila komar <[email protected]>, jangan guna tanpa kebenaran pemilik).

Dan saya dah berjaya panggil kerengga datang pada patch kacang panjang saya dengan menggantungkan kepala ikan goreng pada pancang pokok. Cepat sampai, tak sampai setengah hari. Harap2 mereka akan duduk lama di patch kacang panjang saya.

----------------------------------

Ya, ini makhuk perosak. Ia selalu menyerang pokok berbatang lembut, misalnya pokok kacang dan pokok cili.  Biasanya ia dibawa oleh semut.  Semut "menternak" makhluk ini untuk mendapatkan cecair yang dihasilkan oleh makhluk ini.  Biasanya pokok yang diserang makhluk ini menjadi tidak subur kerana sebahagian daripada cecair nutrien disedut keluar.

Dari pengalaman saya, kerengga dapat selesaikan masalah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan