Jika anda lihat ada lapisan hijau pada
permukaan tanah, ia mungkin kerana tanah sentiasa lembap. Lapisan hijau tersebut ialah lapisan lumut. Walaupun lumut tidak menyebabkan penyakit, ia
menjadi tanda bahawa permukaan tanah sentiasa lembap. Ini tidak elok kerana tanah yang sentiasa lembap meyebabkan penyakit dan kulat mudah
merebak.
Lapisan lumut juga menghalang
udara daripada menembus masuk ke dalam tanah atau keluar daripada tanah. Ini menghalang pertukaran udara. Pastikan permukaan tanah ada waktu kering di
antara waktu menyiram untuk menghentikan pertumbuhan lumut.
Artikel dipetik daripada Ebook "Menyiram" oleh Iskandar di tanamsendiri.com
Assalamualaikum En. Iskandar, jika berlaku permukaan tanat berlumut, adakah perlu membuang permukaan berlumut sahaja?? Atau tanaman perlu dialihkan ke pasu/bekas tanaman yang lain sahaja??
BalasPadamWaalaikum salam,
PadamTanah berlumut menandakan kawasan yang sentiasa basah.
Kurangkan siraman atau baiki struktur tanah untuk elakkan air bertakung.
Ada service hollow tine.? Emel saya [email protected]
BalasPadam