Bila benih tidak bercambah selepas seminggu saya akan merasa kecewa dan tuangkan saja tanah semaian dan semai semula. Kebiasaannya benih tersebut memerlukan masa sehingga 5 atau 6 minggu untuk bercambah.
Walaupun telah dituang ke tanah, apabila tiba waktunya benih tersebut akan bercambah jua. Akibatnya saya tidak dapat pastikan baka cambahan tersebut dengan tepat kerana ia tidak lagi dilabelkan atau telah bercampur dengan benih yang lain.
Cili ini adalah contoh akibat dari sikap saya yang tidak sabar. Selepas satu minggu menyemai dan benih tidak bercambah, saya telah menuang tanah semaian tersebut ke atas tanah untuk guna semula bekas semaian. Apabila tiba waktunya, benih yang saya sangka tidak bernas mula bercambah. Oleh kerana tiada lagi rekod tentang cambahan tersebut, saya tidak dapat kenalpasti baka cili ini. :(
![]() |
Cili yang tumbuh setelah semaian dituang ke tanah kerana disangka benih tidak bernas. |
Ok.Saya lah orang itu yang menuang selepas seminggu benih tak bertunas.
BalasPadamDan saya dah semai lagi 1 round last week dan kali ini saya akan terus tabah menunggu.
Heeeee... Terima kasih..
saya pun sangat tak sabar bila menyemai benih ni. bagi saya kalau 3 hari tak cambah kira benih tu tak elok. paling lama saya sanggup tunggu pun adalah 1 minggu. that being said, saya ada semai benih capsicum n jalapeno 3 minggu lepas and rasa dah sangat give up. tapi bila baca posting ni, saya tunggu lagi 2 minggu lah.
BalasPadamSama la situasi dgn sy.Apabila benih semaian tu tumbuh di tmpt lain & mbesar dgn sndri br perasan pokok..
BalasPadamSaya pun begitu juga. Tanam asparagus. Dah masuk empat bulan nampak tumbuh. Halus je daunnya.Tapi pertumbuhan sangat lambat.
BalasPadamAsparagus, betik, cili, terung.... sememangnya ambil masa yang lama.
PadamTerung ambil masa lama ya? Patutlah walaupun saya dah semai 2 minggu , masih belum bercambah .Tapi saya tak buang , bagi chance.Winged beans saya bercambah 10 hari selepas disemai.
PadamPastikan tanah sentiasa lembap. Jika tanah kering embrio dalam benih yang dah aktif mungkin akan mati.
Padam