Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 2 Disember 2013

Manfaat Bendi

Makan bendi banyak manfaatnya.


Bendi atau kacang lendir memang popular di negara kita. Apa lagi ia sesuai ditanam di Malaysia. Bertambah rahmatlah kita. Seperti biasa ada yang bertanya, apa khasiat bendi ni? Alamak, saya selama ni tau makaaaaan aja, tak pernah belek belek buku cari maklumat tentang khasiatnya. Lepas buka kitab-kitab lama yang dah berabuk masa belajar dulu, inilah antara khasiat bend yang dapat saya kongsi.
Biar saya cerita tentang manfaat dulu, kandungannya boleh dapat dalam posting terdahulu.
Lenggai kacang bendi (pod) mengandungi serat yang tinggi. Ia membantu system penghadaman sebagai pelawas. Yang ini semua orang dah tahu kan, apa lagi kacang bendi berlendir. Lendir tersebut dikenali sebagai serat cecair yang juga bertindak sebagai pelawas. Rakan-rakan yang ada kencing manis, bendi dikatakan mampu membantu regulate kandungan gula dalam darah. InsyaAllah ada masa saya cerita lebih detail di masa akan datang. Folates dalam sayur ini mampu membantu ibu yang hamil menghalang anak daripada terkena kecacatan tiub saraf tunjang. Jadi masa trimester pertama, makanlah bendi.
Vitamin K diperlukan dalam keupayaan darah untuk menggumpal jika berlaku kecederaan. Ia juga mengukuhkan tulang. Ada juga kajian yang menyatakan bendi mampu mengurangkan serangan asma. Rakan-rakan yang ada peyakit asma, makanlah bendi. Bendi juga mempunya bahan yang membantu badan menyerap air dengan lebih efisien. Ia membantu badan melindungi daripada sembelit dan strok panas, sesuai untuk kita yang suka berjemur bekebun di rumah.
Akhir-akhir ini ramai yang kena barah usus. Khabarnya bendi mampu membantu menghindari penyakit ini. Kegendutan adalah antara masalah oang Malaysia masakini. Makanlah bendi sebab kekurangan nutrient juga menyebabkan kegendutan. Bendi bernutrisi, ada yang kata, ia mampu menghalang kegendutan.
Serat cecair dalam bendi mampu menghalang badan menyerap kolesterol dengan lebih banyak. Makan bendi, insyaAllah selamat jantung. Ada kajian menyatakan orang yang makan bendi mempunyai kulit yang lebih sihat. Awet muda katanya.
Ada pula jurnal yang kaitkan pemakanan bendi dengan rambut yang sihat serta pertumbuhan semula rambut. Geng botak mesti gembira ni. Bendi juga mampu membaiki sistem pertahanan badang, pengelihatan lebih jelas, menambah darah, nak saya nytakan lagi…
Macamana nak buat ni…. Pesan benih bendi dari kami, lagi sebulan setengah nikmati bendi segar.
Set bendi hanya RM30 satu set. SMS atau Whatsapp 0183601610 untuk buat pesanan.

2 ulasan:

  1. Assalam encik iskandar... memang suka bendi..saya tanam di sekolah namun akhhir akhhir ini tanah kurang nutrien.. Perlu tanam semula selepas sekolah di buka.. Saya juga buat kajian tentg bendi. Dahh order buku terbitan venton.. untuk rujukan ... terima kasihh.. berminat sangat degan usaha tuan... syabas.. mungkin nak pesan benih dari blog ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Terima kasih kerana memanfaatkan usaha kami.
      Silakan, boleh pesan benih melalui blog ini.

      Padam