Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 25 Disember 2013

Kompos Bahagian 39 Daripada 40

Kompos Panas Adalah Suatu Yang Elok


Kaki kompos (ader pulok kaki kompos), maksud saya orang yang bersungguh buat kompos bertanggapan kompos yang panas adalah suatu yang baik. Ada sebabnya. Lagipun suhu yang tinggi dapat membunuh benih rumpai dan spora penyakit.

Dalam timbunan kompos, bahagian tengah sentiasa lebih panas daripada di luar. Dan tiba waktunya bakteria akan kehabisan makanan dan udara. Kadar proses penguraian bahan kompos di bahagian tengah timbunan kompos akan berkurang. Apabila anda gaul kompos, proses penguraian akan bermula semula.

Jadi jika timbuan kompos anda besar dan anda sentiasa menggaul kompos, timbunan kompos anda akan sentiasa panas. Jangan bimbang jika haba dalam kompos terlalu panas untuk hidupan di dalam timbunan kompos. Cacing akan bergerak keluar pada lapisan yang mempunyai suhu yang sesuai. Bakteria mesofil akan menghasilkan spora dan berada dalam keadaan tak aktif.

Bersambung esok…

4 ulasan:

  1. Ha ha ha cakap kaki kompos saya rasa saya kaki kompos, tapi kompos tak jadi. semalam saya cuba lagi tanam sisa bahan dapur dibelakang rumah gali lubang dan timbus. masalahnya sekarang musim hujan tak henti. ntah jadikah tidak sekali ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kompos kalau kaedah tanam, iansyaAllah jadi dengan sempurna.

      Padam
  2. Sy cuba buat kompos guna tong sampah lama...tak sabar nak tunggu matangnya...nak letak kat pokok anggur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok anggur yang ditabur kompos menghasilkan buah yang manis.

      Padam