Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Disember 2013

Gambar Hari Ini -- Sawi Kailan Jepun


Sawi Kailan Jepun dalam patch depan rumah.

Ketika pembekal benih tawarkan benih sawi kailan jepun, saya waswas untuk membelinya.  Maklum sajalah ini kali pertama saya mendengar tentang sawi kailan.  Saya hanya beli sedikit dengan niat mahu cuba dulu.  Bila tanam dan tuai sayur ni, rupa-rupanya enak.

Bial saya cuba dapatkan lebih banyak benih, hampa, stok telah habis.  Kadi yang ada dengan saya hanya tinggal sedikit sahaja lagi.  Sawi Kailan Jepun memang berbaloi kalau tanam.  Sayur ini besar dan anda boleh tuai daunnya. Jadi anda boleh tuai sehingga beberapa kali.  Sayur ini enak digoreng, dijadkan rencah mee goreng, nasi goreng dan lain-lain.  Rupanya juga cantik sesuai ditanam di laman depan rumah sebagai hiasan.

2 ulasan:

  1. baru 1st time nengok sawi kailan jepun ni...biasa makan sawi jepun jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya sendiri pun hanya dapat tahu sawi kailan jepun dari pembekal benih. Saya sendiri waswas nak ambil. Bila dah tanam dan tuai. MasyaAllah sedapnya. Saya cuba dapatkan lebih banyak benih tapi malangnya stok telah habis.
      Mujurlah masih ada sedikit lagi untuk dikongsi melalui blog.

      Padam