Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 25 November 2013

Uji Cambah Benih Maman

Benih maman yang diuji bercambah dalam masa 3 hari.

Benih maman disemai dalam bekas plastik pada 22 November sebelah pagi.
Hari ini, 25 November, cambahan kelihatan.
Saya telah gunakan tanah kompos sowmix yang mempunyai pH 6.5.

Benih maman serasi dengan tanah hampir neutral dengan julat pH 5.5 hingga 7.0.  Lazimnya benih akan bercambah dalam masa 3 minggu.  Selepas semai pastikan cambahan sentiasa lembap.

Ada beberapa orang rakan yang menyemai benih daripada tanamsendiri.com yang mengadu benih maman tidah bernas.  Saya syak, benih bercambah tetapi oleh sebab cambahan terlalu halus, ia cepat kering apabila tanah kering dan tidak meninggalkan apa-apa kesan seolah-olah benih tidak bercambah.

Benih maman ada stok. Harganya RM2 satu pek.
Tanah sowmix juga ada stok.  1 pek 1 kg dijual dengan harga RM10.  Jumlah tanah cukup untuk 1 dulang semaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan