Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 14 November 2013

Tuaian Hari Ini -- Sayuran Untuk Lauk Makan Tengahari

Tuaian hari ini; kangkung, bendi, daun bawang putih, bawang merah, bayam dan sawi kailan jepun.

Tuaian hari ini digunakan sebagai ramuan dalam masakan untuk makan tengahari.  Sayur hasil tuaian hari ini mudah ditanam dan dijaga.
Ada yang bertanya sekiranya berkebun di rumah benar-benar dapat mengurangkan belanja dapur.  Di peringkat awal memanglah berbelanjann menjadi lebih sedikit jika berkebun di rumah.  Ini kerana benih serta peralatan perlukan belanja sedangkan sayur yang diharapkan hanya dapat dituai sebulan kemudian.  Untuk pastikan aktiviti berkebun benar-benar dapat menjimatkan belanja dapur. pilih benih berkualiti yang menghasilkan cambahan yang tahan penyakit dan mudah dijaga.  Yang lebih pentinng dari itu, pilih tanaman yang dimakan.  Tiada guna tanam sayur untuk jimat belanja dapur tetapi tiada ahli keluarga yang gemar memakannya.  Guna semula bekas terpakai sebagai bekas tanaman.  Misalnya tin susu, kotak jus boleh diguna semula sebagai bekas tanaman.
Gunakan tanah topsoil di sekitar rumah.  Tidak perlu beli tanah.  Anda cuma perlu gaul tanah supaya ia tidak menakung air.  Sebagai baja, buat sendiri kompos menggunakan sisa dapur serta sisa keratan rumai, surat khabar lama dan lain-lain bahan organik.
Benih yang mudah bercambah, mudah dijaga serta cepat mendatangkan hasil termasuk kangkung, jenis jenis sawi dan kailan, bendi, roselle, lobak putih, dan kacang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan