Sabtu, 30 November 2013

Tabiat Kucing -- Dipetik daripada buku ""Kucing Sahabat Taman"

Kucing adalah haiwan bebas yang mampu hidup berdikari. Kucing boleh hidup sendirian tanpa perlu bergantung kepada kucing-kucing yang lain. Ia boleh mencari sendiri makanan (dengan memburu atau mengorek tong sampah), melindungi diri sendiri, menjaga kebersihan serta mempertahankan kawasannya. Jika mahu, ia memilih pasangan atau kawannya.
Oleh kerana kucing kadangkala bersosial, ia juga menunjukkan kemampuan untuk cemburu, irihati dan dendam. Kucing mampu melakukan kerosakan kerana marah, dendam, irihati atau untuk memfitnah kucing lain. Jadi jika anda ada memiliki kucing, laman kebun di rumah anda mungkin dirosakkan oleh kucing lain hanya kerana kucing tersebut ingin memfitnah kucing milik anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan